ARKIB SOKERNET

29

Epilog Dan Prebiu

LuciusMaximus Jumaat, April 30, 2010
Epilog

Aku suka lagu Epilog Cinta Dari Bromley nyanyian Sohaimi Mior Hassan. Sohaimi Mior Hassan anak jati negeri Perak dan lagu-lagu beliau memang mahakarya. Siapa yang tak suka Epilog Cinta Dari Bromley atau Suhaimi Mior Hassan memang tak layak baca Sokernet.

Liverpool sebuah kelab yang hebat, macam Sohaimi Mior Hassan dan itu tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan Manchester United. Tapi kekuasaan dan kehebatan itu tidak kekal selama-lamanya.

11 dari 18 kejuaraan liga yang dimiliki Liverpool dimenangi dalam dekad 70-an dan 80-an. Sebanyak 18 musim memperlihatkan Liverpool mencapai kedudukan 3 tempat teratas. Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish menjadi nakhoda zaman emas Liverpool. Sepanjang 2 dekad ini cuma Arsenal, Aston Villa, Derby County, Everton, Leeds United dan Nottingham Forest saja yang sekali-sekala berjaya merampas takhta liga dari menjadi hak milik mutlak Liverpool.

Di mana Manchester United? Sekadar pelengkap jadual perlawanan. Malah pernah disingkir ke Divisyen 2 dalam dekad 70-an.

26 tahun lamanya sebelum kejuaraan liga kembali ke Old Trafford. Di bawah Alex Ferguson, Manchester United mendominasi dekad 90-an dan dekad pertama milenium ketiga. Dari 18 kejuaraan liga mereka, 11 dimenangi oleh Alex Ferguson dalam tempoh 2 dekad ini. Hanya Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Leeds United sekali-sekala memecah dominasi Manchester United. Ini zaman emas Manchester United.

Maka tidak ada yang pelik jika 20 tahun sudah berlalu tanpa Liverpool memenangi kejuaraan liga. Bukan tidak salah, tapi tidak pelik.

Salah tetap salah. Dan beban penyalahan itu terletak pada Liverpool. Maksud aku pengurusannya. Bukan penyokongnya.

Selama 20 tahun mereka gagal merencana rancangan yang baik untuk menggugat dominasi Manchester United. Cuma musim lepas saja yang boleh aku akui di sini sebagai persaingan terbaik pernah diberikan Liverpool kepada Red Devils.

Selebihnya, Liverpool terpaksa berterima kasih kepada Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Leeds United yang membantu mengekang Manchester United dari membolot semuanya. Juga tidak lupa kepada Newcastle United yang walaupun tidak pernah menang tetapi paling kurang pernah membuatkan Alex Ferguson berpeluh.

Barisan pengurus yang pernah mengemudi Liverpool pasca Dalglish, pada pendapat aku, bukanlah mereka yang berpotensi menjuarai liga. Souness mungkin pernah menjuarai liga Scotland tapi itu bersama Rangers, sedangkan Ferguson melakukannya dengan Aberdeen. Evans dan Houllier? Lebih kepada tiada apa-apa. Benitez? La Liga bersama Valencia ketika Real Madrid dan Barcelona melalui pancaroba, yang kemudian gagal dihidupkan kembali sentuhannya di England.

Tentang pemain? Dari Nigel Clough hingga ke Alberto Aquilani sayang Liverpool tidak mampu menyaingi Manchester United dari Eric Cantona hingga ke Wayne Rooney. Atau Dimitar Berbatov yang lebih kepada flop poppy.

Tapi pastinya ada sinar di hujung terowong. Empayar Manchester United tidak akan kekal selamanya. Alex Ferguson sudah memberi bayangan beliau akan berundur dalam masa terdekat dan hulubalang di Old Trafford sudah pun mula memerah otak mencari penggantinya.

Setiap ruang vakum wajib diisi. Manchester United mungkin kekal sebagai kuasa dominan untuk beberapa tahun pasca Ferguson, sama seperti Liverpool selepas Bill Shankly mengundur diri.

Mungkin juga tidak. Arsene Wenger komited bersama Arsenal dan skuad muda beliau bakal menjadi dewasa. Carlo Ancelotti pula komited bersama Chelsea dan beliau mempunyai pengalaman dalam menjadikan pemain berusia kekal bertenaga.

Bagaimana dengan Liverpool? Atau mahu berikan dekad berikutnya kepada kuasa baru seperti Tottenham Hotspur dan Manchester City?

Aku serahkan pada Dingin, Jannah dan juak-juak Liverpool seperti Shankly, Jarr, Mangifera dan lain-lain.

Prebiu: Liverpool Lawan Chelsea

Hari Ahad ini kita semua bakal bertumpu ke Anfield dalam apa yang boleh dikatakan sebagai ujian paling getir buat Chelsea.

Menang dan prospek menjuarai liga kekal cerah. Kalah dan kemungkinan kejuaraan liga milik Manchester United.

Liverpool mungkin berada dalam musim terburuk mereka semenjak kali terakhir menjuarai liga 20 tahun yang lampau. Tapi mereka yang kaki bangku dan otak tepu saja akan menganggap Liverpool ialah kari ayam yang enak dibedal.

Dan mereka yang menganggap artikel English Reds ditulis sebab mahu memberi tekanan psikologi agar Liverpool menyerah bulat-bulat kepada Chelsea, apa kau ingat Rafael Benitez faham ke kalau dia baca Sokernet?

Liverpool akan bermain habis-habisan Ahad ini. Sama seperti musim 1994/95 bila mereka menundukkan Blakcburn Rovers biarpun risikonya membuka peluang buat Manchester United menjuarai liga. The Reds adalah kelab tradisi yang kaya dengan sejarah. Mereka perlu menjaga prestij dan kejantanan mereka, bukan melondeh seluar kepada Chelsea agar rekod mereka tidak lebur di tangan Manchester United.

Untuk sekali ini, aku tidak letakkan sebarang tilikan. Kita tengok sajalah perlawanan hari Ahad nanti.

Minggu Terbaik

Inter, kelab kesukaan di Itali layak ke perlawanan akhir Champions League, menentang Bayern Munich yang bukanlah satu kegemaran peribadi. Atletico Madrid, kelab kesukaan di Sepanyol layak ke perlawanan akhir Europa League, menentang Fulham yang merupakan seteru Chelsea.

Sementara itu skuad remaja Chelsea seri 1-1 dengan Aston Villa dalam perlawanan akhir pertama FA Youth Cup. Perlawanan kedua akan diadakan di Stamford Bridge Selasa depan.

Harap-harap semua perkara baik ini berlanjutan hingga hari Ahad nanti.
22

Tahniah Fulham , Takziah Sandarkan Pada Kenangan FC

Obefiend Weiland
Keputusan Separuh akhir piala EUROPA

Setelah mengalahkan Hamburg semalam, pasukan dari Kota London (jiran seberang jalan Chelsea) akhirnya berjaya ke final Piala EUROPA musim ini. Orang tua-tua kata jangan percaya kepada Fairy Tale. Tapi inilah yang berlaku kepada pasukan bimbingan Roy Hodgson. Mereka berjaya mengalahkan pasukan Hamburg dengan keputusan 2-1. Walaupun bagi penyokong Chelsea Fulham ini macam adik tiri yang selalu kitorang buli, kejayaan pasukan ini ke final buat aku terasa bangga. Maca mana tak bangga bro kalau team yang on paper nampak macam cap sardin Liverbird boleh kalahkan team yang ada Ruud Van Nistelrooj a.k.a Van Horseface. Gol-gol Fulham dijaringkan oleh Zoltan Gera dan Simon Davis manakala gol Hamburg dijaringkan Mladen Petric. Tahniah buat Roy and his Rovers.



ROY - "Seb baik lu blah Liverpool Danny.. dapat gak gi final"

Sementara itu Liverpool Historical Society FC gagal ke final walaupun menang 2-1 terhadap Atletico Madrid. Liverpool gagal akibat away goal yang dijaringkan Diego "I like scoring against the Scouse" Forlan. Forlan jugalah yang menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan pertama mereka minggu lalu . Perlawanan semalam agak exciting. Jaringan Alberto Aquilani pada minit ke 44 memastikan perlawanan bersambung ke masa tambahan. Pada minit ke 95, Yossi Benayoun berjaya memberi gol pendahuluan kepada Merseyside Reds. Tetapi harapan penyokong Liverpool remuk 7 minit kemudian apabila Forlan menyudahkan hantaran Jose Antonia Reyes. Maka ranaplah peluang memenangi Piala EUROPA Liverpool walaupun merekalah pasukan favourite pertandingan ini. Nampaknya tahun ni semua team favourite kantoi.



Lucas alergi kepada bola. Forlan pula ialah klon Nando?

Secara tulus ikhlas hati sucinya aku nak Liverpool menang. Kenapa? Pasal kalau Liverpool menang something season ni at least boleh dengar cerita penglipurlara baru dari fans derang. Ini dah bertahun-tahun asik recycle cerita "kitorang menang kat CL Istanbul man!!" dan "kitorang menang liga bergaya macam dinasti Qin". Bosan bro... bosan tahap perlawanan Johor FC menentang PBDKT T-Team. Nampak gayanya The Battle of Anfield minggu ini pasti explosive. Kalau Liverpool menang, impian Chelsex Football Stars untuk memenangi piala liga sure hancur. Pada waktu yang sama Alex Ferguson akhirnya berjaya "menolak Liverpool dari tenggekkan senggama mereka".



Sobs.. takpe NEXT year WILL be our year.

Bring it on Scousers!
104

English Reds

LuciusMaximus Khamis, April 29, 2010
29 Mei 1985
Tragedi Stadium Heysel, penyokong Liverpool merusuh dalam stadium usang berusia 55 tahun. 39 maut, 600 lagi cedera. Pengurus Liverpool, Joe Fagan meletak jawatan. Kelab-kelab England diharamkan dari pertandingan UEFA.

Tenang Sebelum Badai
Tragedi yang berlaku ibarat petanda awal. Seperti awan hitam yang kelihatan jauh di ufuk, perlahan-lahan hampir untuk menyelimuti Anfield dalam kegelapan. Pada saat yang getir ini, Liverpool mengangkat Kenny Dalglish sebagai pengendali yang baru, mengisi kekosongan pra matang akibat pemergian Joe Fagan.

Minggu-minggu pertama Dalglish memperlihatkan tiupan angin deras mirip sebelum melandanya badai. Takdir seperti bergurau, ibarat memberitahu imbangan kekuasaan akan berpindah dari Anfield ke Old Trafford. Awal musim 1985/86, musim pertama Liverpool di bawah Dalglish, Manchester United menang 10 perlawanan pertama mereka di bawah Ron Atkinson.

Untuk seketika Dalglish, pengurus juga pemain, kelihatan bakal berakhir dengan kegagalan. Manchester United jauh meninggalkan Liverpool, yang bergelut dengan pesaing liga yang lain, Everton, West Ham United, Sheffield Wednesday dan Chelsea. Kemudian tahun baru 1986 tiba, Bryan Robson menerima kecederaan dan Manchester United gugur ibarat daun layu.

Liverpool muncul juara Divisyen 1, dengan Dalglish menjaringkan gol di Stamford Bridge untuk Liverpool menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan hari terakhir. Dalglish, yang naik sebagai pengurus kerana perletakan jawatan mengejut Joe Fagan, membawa kejuaraan liga ke-16 buat Liverpool.

Kenny Dalglish terus membuktikan keupayaan beliau selaku pengurus-pemain. Kejuaraan liga muncul lagi buat Liverpool pada musim 1987/88 (17) dan 1989/90 (18). 2 FA Cup datang bergolek pada 1986 dan 1989. Umum tertanya-tanya, andai tiada pengharaman UEFA berapakah kejuaraan Eropah bakal dibawa pulang Dalglish barangkali.

Di Old Trafford, Ron Atkinson sedang meniti hari-hari terakhir beliau.

To Knock Liverpool Off Their Fucking Perch
Jauh di utara England, khabar dibawa tentang seorang pengurus yang panas baran dan gila-gila. Kelab yang diurusnya, Aberdeen.

Panas baran dan gila-gila kerana kata orang, dia pernah mendenda pemainnya sendiri kerana memotong keretanya di jalanraya dan menendang teko kepada para pemainnya setelah persembahan separuh masa pertama yang buruk.

Tapi kegilaannya juga diterjemahkan ke dalam pencapaian luar biasa Aberdeen. Aberdeen muncul juara liga Scotland selepas 15 musim ianya didominasi oleh kelab-kelab Old Firm yakni Rangers dan Celtic. Tahun 1983, mereka muncul juara Eropah setelah menundukkan Real Madrid 2-1. Lapan tahun di bawah pengurus panas baran dan gila-gila ini, Aberdeen merangkul 10 kejuaraan.

Tottenham Hotspur dan Arsenal dilaporkan merisik khabar, tapi pengurus panas baran dan gila-gila ini kononnya tidak suka kota London.

Hinggalah 6 November 1986, sehari selepas Ron Atkinson ditunjukkan jalan keluar, Old Trafford mengumumkan mereka telah berjaya mendapatkan Furious Fergie, Alex Ferguson.

Kata-kata pertamanya sebaik tiba di Old Trafford, “to knock Liverpool off their fucking perch”.

15 April 1989
Ada yang mengatakannya karma atas apa yang terjadi 4 tahun dulu di Heysel. Ada yang mengatakannya petanda kedua tentang badai yang bakal melanda. 96 maut akibat Tragedi Stadium Hillsborough, ketika Liverpool bermain menentang Nottingham Forest dalam saingan FA Cup.

Pergeseran Keseimbangan
Kegemilangan Dalglish di Liverpool berlanjutan di tahun-tahun awal Ferguson di Manchester United. 18 kejuaraan liga seperti di luar jangkauan untuk bukan saja Manchester United, malahan Everton dan Arsenal.

Selepas Hillsborough, Liverpool masih kuasa dominan bolasepak England. Tetapi awan hitam yang dulunya di ufuk seakan-akan sudah tegak di atas Anfield. Pengharaman UEFA berterusan untuk kelab-kelab England dan menafikan Dalglish peluang untuk menjadi antara pengurus Liverpool yang berjaya di peringkat Eropah.

Di Old Trafford, pengurusan Manchester United terus tabah dan sabar menanti Ferguson menghidupkan kembali sentuhan ajaib yang pernah beliau lakukan ketika bersama Aberdeen.

Badai melanda Anfield tepat pada 22 Februari 1991. Kenny Dalglish meletakkan jawatan sebagai pengurus kelab, tekanan diberikan sebagai alasan. Vakum kuasa diisi oleh Arsenal yang muncul juara Divisyen 1 musim 1990/91, diikuti Leeds United pada musim 1991/92, musim terakhir Divisyen 1. Liverpool jatuh ke-6 pada musim 1991/92.

Sementara itu di Old Trafford, Ferguson seakan sudah menemui kembali sentuhan ajaibnya. Musim 1991/92 ditamatkan dengan kedudukan naib juara liga. Musim berikutnya, era baru akan bermula, baik untuk Manchester United dan tidak lupa bolasepak England.

Fajar Baru
22 buah kelab teratas hirarki liga bolasepak England mengambil keputusan untuk berpisah dari The Football League dan membentuk liga baru yang dikenali dengan nama Premier League. Dengan sekelip mata, bolasepak bertukar dari sekadar sukan kepada industri hiburan yang mewah. Duit dilabur seperti air dicurah, kelab-kelab hidup dalam kemewahan dan nilai para pemain melambung kepada jutaan Pound Sterling.

Musim pertama EPL, 1992/93 menyaksikan Manchester United menjuarai liga. Alex Ferguson, yang satu masa dulu dikenali di Aberdeen sebagai Furious Fergie yang panas baran dan gila-gila, muncul sebagai pengurus yang menamatkan kemarau kejuaraan liga 26 tahun di Old Trafford. Bersama membantu beliau dalam menyempurnakan tugasnya ialah seorang lelaki Perancis. Le King, Eric Cantona.

Liverpool, di bawah Graeme Souness, hanya mampu mengekalkan kedudukan ke-6 liga mereka. Tapi para Kopites ketika itu masih yakin, rekod 18 kejuaraan liga mereka di luar jangkauan. Jika Everton (9) dan Arsenal (10) tidak mampu, apatah lagi Manchester United yang baru memenangi kejuaraan liga yang ke-8?

Au Revoir Cantona, Come Back When You’ve Got 18 Titles
Musim 1993/94 menyaksikan Alex Ferguson meneruskan sentuhan ajaib beliau. Dengan kuasa dominan 80-an seperti Everton, Arsenal dan tidak lupa juga Liverpool menempuhi era kemerosotan, dominasi Manchester United tidak dapat dikekang.

Kejuaraan liga ke-9 buat Manchester United disambut oleh Liverpool dengan sindiran sinis. “Au revoir Cantona, come back when you’ve got 18 titles” dikibarkan di Anfield, untuk Manchester United dan khusus buat Eric Cantona, tonggak Red Devils yang muncul sebagai Player of The Year musim itu.

Sindiran Liverpool kepada Manchester United tahun itu ibarat jalan melupakan kesengsaraan mereka sendiri. Graeme Souness meletakkan jawatan pada 28 Januari 1994, pengurus pertama semenjak era Bill Shankly yang gagal memenangi kejuaraan liga buat The Reds. Liverpool menamatkan musim 1993/94 di kedudukan ke-8 liga.

Tersedak Sekejap
Eric Cantona, Le King, menghiasi musim 1994/95 dengan tendangan kungfu kepada seorang penyokong Crystal Palace yang bertuah. Bertuah kerana bukan calang-calang orang dapat rasa tendangan Le King.

Alex Ferguson, biar tanpa Cantona, kelihatan akan sekali lagi membawa trofi liga pulang ke Old Trafford. Segalanya jelas ketara bila Liverpool menundukkan pendahulu Blackburn Rovers di hari terakhir perlawanan liga, hanya untuk Red Devils diikat 1-1 oleh West Ham United.

Blakcburn Rovers muncul juara EPL, tapi Liverpool terus dikenang kerana hampir-hampir membantu Manchester United menjulang kejuaraan liga ke-10 mereka. Red Devils berpuas hati dengan gelaran naib juara EPL, The Reds di tangga ke-4, tetapi 14 mata di belakang Manchester United, saksi kepada jurang perbezaan yang makin ketara antara mereka.

You’ll Never Win Anything With Kids, Mungkin Untuk Arsenal, Tapi Bukan Untuk United
Ketandusan kejuaraan liga di bawah kendalian Graeme Souness mula memberi tekanan kepada Liverpool. Dengan Roy Evans mengambil alih tampuk, Scousers kebanyakannya yakin pengurus baru yang telah menyertai Liverpool sejak era Bill Shankly akan kembali membawa Liverpool ke persada bolasepak England.

Evans berazam untuk memberi suntikan baru buat skuad Liverpool. Penyerang veteran Ian Rush diketepikan untuk memberi laluan buat pendatang baru, Stan Collymore yang dibeli dari Nottingham Forest. Gandingan Collymore dan penyerang muda sensasi, Robbie Fowler diharap dapat menjadi senjata utama Liverpool untuk imbangan kuasa condong kembali ke Anfield.

Yang sebaliknya pula berlaku di Old Trafford. Furious Fergie buat gila sekali lagi, menjual Paul Ince (Inter), Mark Hughes (Chelsea) dan Andrei Kanchelskis (Everton), tanpa membeli mana-mana nama besar sebagai pengganti sebaliknya menyandar harapan pada barisan pemain muda.

Alan Hansen mengulas prospek Manchester United di awal musim, “you’ll never win anything with kids”. Menjelang Mei, Red Devils muncul juara EPL musim 1995/96. Kejuaraan liga ke-10 mereka. United telah mendahului Everton dan menyamai rekod Arsenal.

Liverpool cuma berjaya naik ke kedudukan ke-3 liga. Harapan untuk melihat mereka memberi saingan sengit kepada Manchester United punah di penghujung musim. Newcastle United, naib juara di bawah Kevin Keegan dilihat lebih berpotensi menggugat Red Devils.

Spice Boys
Spice Girls ialah kumpulan muzik pop paling popular di Britain ketika itu. Spice Boys pula ialah kumpulan pemain bolasepak Liverpool yang segak dengan sut Armani tetapi hancur bila menyarung jersi Liverpool.

Stan Collymore, Robbie Fowler, Steve McManaman, Jamie Redknapp dan David James sepatutnya adalah nama-nama pemain bolasepak yang menggerunkan. Tetapi mereka lebih sinonim dengan sindiran Spice Boys, terima kasih kepada Lad Culture yang menular di Anfield.

Trofi EPL sekali lagi ke Old Trafford, salah satu tenaga penyumbang utama ialah Babyface Assassin bernama Ole Gunnar Solksjaer dan tenaga muda anak watan bernama David Beckham.

Musim 1996/97 terbukti merupakan satu lagi episod kekecewaan buat Liverpool. Mengganas di awal musim tapi layu di penghujung. Mereka jatuh ke-4 dalam liga.

Kevin Keegan membawa Newcastle United kekal naib juara, manakala Arsenal tempat ke-3 hasil pimpinan pendatang baru EPL, Arsene Wenger.

Kejayaan Alex Ferguson mempertahankan mahkota EPL bermakna kejuaraan liga ke-11 buat Manchester United. Red Devils sudah mendahului Arsenal dan hanya 7 kejuaraan lagi sebelum menyamai rekod Liverpool.

Arsene Who?
Ketibaan Arsene Wenger pada musim 1996/97 disambut dengan tajuk berita “Arsene Who?”. Musim 1997/98 komuniti bolasepak England mula mengenali siapa sebenarnya Arsene Wenger.

Arsenal muncul seperti Blackburn Rovers sebelum ini untuk memecahkan dominasi Manchester United buat seketika. Biar ketinggalan jauh di awal musim, The Gunners bangkit dengan kemenangan 1-0 di Old Trafford pertengahan Mac dan menjelang April muncul juara EPL. Ianya kejuaraan liga ke-11 buat Arsenal.

Manchester United muncul naib juara, hanya 1 mata membezakan mereka dengan Arsenal. Liverpool naik semula ke tangga ke-3, tetapi perbezaan 12 mata dengan Manchester United membuktikan Anfield masih lagi terperangkap dalam era Spice Boys mereka.

Treble Di Old Trafford, Trouble Di Anfield
1998/99 adalah musim yang lebih baik dilupakan saja oleh para Kopites. Manchester United bangkit kembali untuk merampas takhta EPL dari Arsenal dan mereka juga turut menjulang FA Cup dan Champions League, mencipta rekod sebagai kelab England pertama mencatat treble sedemikian. Oh, mereka juga dinobatkan kelab paling kaya di dunia ketika itu.

Liverpool yang buat sekian lama berusaha mencabar dominasi Red Devils kali ini mendapati prestasi mereka merudum lebih teruk lagi. Roy Evans mengundurkan diri awal musim selepas gagal bekerjasama dengan rakan pengurus baru, Gerard Houllier. Kucar-kacir ini memporak-perandakan Anfield dan menjelang penghujung musim, Liverpool berada di bawah Manchester United, Arsenal, Chelsea, Leeds United, West Ham United dan Aston Villa untuk menghuni tangga ke-7.

Manchester United kini memiliki 12 kejuaraan liga pada penghujung Milenium ke-2. Namun sedikit tidak terlintas dalam pemikiran kelompok The Reds bahawa Red Devils akan menyamai rekod mereka dalam tempoh 10 tahun berikutnya.

Juara Milenium
Bolasepak memasuki milenium baru dan Ferguson memastikan dominasi Manchester United berkekalan. Old Trafford kekal menjadi kiblat trofi EPL dengan kejuaraan liga dipertahankan untuk musim 1999/2000.

Manchester United menjuarai liga dengan kelebihan 18 mata berbanding naib juara Arsenal, yang di bawah kendalian Wenger sudah mula menampakkan potensi untuk memecah dominasi Red Devils. Leeds United menduduki tempat ke-3, 22 mata di belakang United.

Di Anfield, pengambil alihan pengurusan oleh Houllier mula menampakkan sedikit harapan buat Liverpool. Houllier membawa masuk pemain-pemain dari benua Eropah dan merombak skuad asal yang dibina oleh Roy Evans. Hasilnya mereka memperbaiki kedudukan mereka untuk naik semula ke posisi ke-4 liga, biarpun sejumlah 24 mata menjadi jurang antara Liverpool dan Manchester United.

Melengkapkan Hat-trick Di Old Trafford, Mickey Mouse Di Anfield
Musim 2000/01 menyaksikan Manchester United mencipta satu lagi rekod baru, muncul sebagai salah satu kelab England yang berjaya mengekalkan kejuaraan liga selama 3 musim berturut-turut. Alex Ferguson mencatat rekod peribadi beliau tersendiri, muncul pengurus pertama yang kekal bersama satu pasukan dalam melengkapkan pencapaian hat-trick mereka. Kini hanya 4 kejuaraan liga sahaja memisahkan Manchester United dan Liverpool.

Manakala di Anfield, kejayaan Ferguson dan Manchester United diperkecilkan oleh Kopites yang berbangga dengan apa yang digelar musim terbaik mereka sejak sekian lama. Liverpool muncul juara UEFA Cup, FA Cup dan League Cup. Sebagai balasan, propaganda yang keluar dari Manchester United ialah Liverpool telah berjaya mencapai Mickey Mouse Treble, sebagai perbandingan hina dengan Treble yang dicipta Manchester United ketika musim 1998/99.

Wenger dan Arsenal sekali lagi terpaksa berpuas hati sebagai naib juara liga, sementara Houllier mula memberi sinar kepada Liverpool dengan naik setapak lagi ke tangga ke-3 liga.

Suria Terbit Di Anfield
Liverpool buat pertama kalinya di atas Manchester United sejak bermulanya era EPL, bila mereka menduduki posisi ke-2 liga pada musim 2001/02 sementara Manchester United tempat ke-3.

Buat entah berapa kali harapan kembali bersinar di Anfield. Mickey Mouse Treble musim lepasnya dan mengatasi Manchester United kemudiannya. Pastinya musim depan menjanjikan kejuaraan liga buat Liverpool?

Arsenal muncul juara musim 2001/02, setelah 3 musim berikutnya berhempas pulas cuba merampas mahkota liga dari Manchester United.

Tapi Panas Yang Disangka Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari
Alex Ferguson jelas mempunyai kelebihan berbanding mana-mana pesaingnya yang pernah menghuni Anfield. Pertama, Ferguson mempunyai dana yang cukup untuk memperkuatkan skuad Red Devils. Kedua, Ferguson mempunyai deria yang baik untuk membuat pembelian yang bijak.

Rio Ferdinand dibawa masuk dengan nilai GBP29 juta dari Leeds United, yang ketika itu sedang menuju ambang kehancuran. Dan hanya dengan satu pembelian berprofil tinggi, Red Devils kembali muncul juara liga buat musim 2002/03, menafikan Arsenal yang muncul naib juara.

Liverpool kembali mencatat keputusan mengecewakan, jatuh tangga ke-5. Saat ini Manchester United sudah merangkul 15 kejuaraan liga, hanya 3 lagi untuk menyamai rekod Liverpool.

London Calling
Macam lagu The Clash. Untuk 3 musim berikutnya, trofi EPL kekal dalam kota London.

Transformasi Wenger dalam Arsenal menuju kemuncaknya pada musim 2003/04. The Gunners berubah menjadi The Invincibles, menang 26, seri 12 dan tidak kalah satu perlawanan pun untuk muncul juara liga.

Chelsea pula beralih ke era baru. Roman Abramovich muncul sebagai pemilik baru kelab ketika musim 2003/04. Musim berikutnya Abramovich membawa masuk Jose Mourinho, The Special One yang membawa Chelsea kepada kejuaraan liga 2 musim berturut pada 2004/05 dan 2005/06.

Di Anfield, Gerard Houllier mengundur diri pada 2004 dan tempat beliau diambil alih oleh Rafael Benitez. Liverpool muncul juara Champions League pada 2005 dan sekali lagi bibit-bibit harapan muncul di Anfield.

Manakala di Old Trafford, kemerosotan 3 musim digunakan Ferguson untuk merencana masa depan Manchester United. Cristiano Ronaldo dibawa masuk pada 2003 dengan harga hanya GBP12 juta. Wayne Rooney pula dibeli pada 2004 dengan harga GBP27 juta. Tidak ada siapa pun menyangka pada masa itu dua pemain muda ini akan memberi impak maksima beberapa tahun kemudian.

Mati Hidup Kembali
Macam lagu Butterfingers. Musim 2006/07 Manchester United merampas kejuaraan liga dari Chelsea. Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney mula menampakkan pulangan hasil pelaburan, masing-masing menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan pada musim tersebut.

Di Anfield, harapan yang dibawa oleh Benitez dengan trofi Champions League tahun 2005 masih belum menampakkan hasil. Biar Liverpool menduduki posisi ke-3 liga, mereka ketinggalan sejumlah 21 mata di belakang Red Devils yang menjulang kejuaraan liga ke-16 mereka.

Red Devils & The Blues
Musim 2007/08 menyaksikan persaingan di antara Manchester United, yang sedang berada di kemuncak, dengan Chelsea, yang di dalam krisis akibat pemergian Jose Mourinho.

Red Devils muncul juara liga buat kali ke-17 mengatasi The Blues yang hanya berpuas hati sebagai naib juara. Dalam arena Champions League, Red Devils sekali lagi menundukkan The Blues pada saingan akhir di Moscow selepas John Terry terpijak kulit pisang, khabarnya.

Liverpool menamatkan saingan liga di posisi ke-4. Kini Manchester United sudah memiliki 17 kejuaraan liga berbanding 18 milik Liverpool. Sama ada musim depan Red Devils bakal menyamai rekod, semuanya terpulang kepada The Reds sendiri.

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul
Musim 2008/09 adalah ‘do or die mission’ buat Liverpool. Rekod sejarah yang mereka banggakan selama ini bakal ternoda jika mereka gagal menghalang serangan gencar Red Devils.

Ogos 2008 menyaksikan Liverpool mendahului Manchester United. Menang 2 dan seri 1 dari 3 perlawanan meletakkan mereka selesa dengan 7 mata. Manchester United pula cuma bermain 2 perlawanan, seri dengan Newcastle United dan menang ke atas Portsmouth untuk mengutip 4 mata.

September 2008, Liverpool menewaskan Manchester United di Anfield 2-1. Mereka kemudian seri dengan Stoke City dan menang ke atas Everton. Manchester United pula seri dengan Chelsea selepas kekalahan di Anfield, kemudian menang ke atas Bolton Wanderers. Liverpool 14 mata, Manchester United 8.

Oktober 2008 Liverpool menang semua 4 perlawanan mereka bulan itu dan kekal pendahulu liga dengan 26 mata. Manchester United menang 3 dan seri 1 untuk mengutip 18 mata di penghujung Oktober. Lapan mata memisahkan mereka.

November 2008 menjelang tiba, Liverpool tunduk pada Tottenham Hotspur. Mereka menang 2 perlawanan berikutnya sebelum seri tanpa jaringan dengan Fulham. Manchester United pula menang 3, seri 1 dan kalah kepada Arsenal sepanjang November. Liverpool 33 mata, Manchester United 28 mata, tinggal 5 perbezaan mata.

Bulan terakhir tahun 2008, Disember padat seperti biasa dengan perlawanan, Krismas dan Boxing Day. Dari 6 perlawanan Liverpool menang 3 dan seri 3 untuk mengutip 12 mata dan menjadikan pungutan mata setakat ini sebanyak 45. Manchester United pula menang 3 dan seri 1 dari 4 perlawanan, sibuk dengan kejuaraan kelab dunia, menjadikan kutipan mata mereka 38.

Januari 2009 menyaksikan Manchester United bermain 4 perlawanan dan menang kesemuanya. Liverpool pula sekadar 3 perlawanan, semuanya berakhir dengan seri. Manchester United 50, Liverpool 48. Dalam tempoh sebulan kelebihan 7 mata Liverpool telah diatasi.

Rafael Benitez, “18 kejuaraan liga dan itu ialah FAKTA”.

Februari 2009, Manchester United meneruskan kecemerlangan, 4 perlawanan dan menang semuanya sekali lagi. Liverpool pula menang 2, seri 1 dan kalah kepada Middlesbrough 2-0. Manchester United 62, Liverpool 55. Kini Manchester United pula mendahului dengan 7 mata. Apa sudah jadi?

Rafael Benitez, “18 kejuaraan liga dan itu ialah FAKTA”.

Bulan Mac membuka tirai, Liverpool menang semua 3 perlawanan, paling manis menundukkan Manchester United 1-4 di Old Trafford. Manchester United cuma menang 1, mereka juga tewas kepada Fulham 0-2 selain dari kekalahan pada Liverpool. Manchester United 65, Liverpool 64.

Rafael Benitez, “18 kejuaraan liga dan itu ialah FAKTA”. Sambil menarik nafas lega.

April, Manchester United menemui kegemilangan, menang semua 4 perlawanan. Liverpool cuma menang 3, mereka diikat 4-4 oleh Arsenal di Anfield. Manchester United 77, Liverpool 74.

Rafael Benitez terdiam.

Bulan Mei 2009, EPL bakal melabuhkan tirai. Liverpool telah bermain 34 perlawanan dan cuma berbaki 4 sahaja lagi. Tapi Manchester United masih berbaki 5 perlawanan dan mendahului dengan 3 mata.

Liverpool menang semua perlawanan terakhir mereka untuk menamatkan kempen dengan 86 mata. Manchester United menewaskan Middlesbrough 0-2, Manchester City 2-0, Wigan Athletic 1-2, seri dengan Arsenal 0-0 kemudian menang ke atas Hull City 0-1. Red Devils muncul juara liga dengan 90 mata, kejuaraan liga ke-18 mereka.

Peminat Red Devils, “18 kejuaran liga dan itu juga, ialah FAKTA”.

Alex Ferguson, lelaki dari Aberdeen yang pernah dikenali dengan jolokan Furious Fergie telah mencapai matlamatnya, “to knock Liverpool off their fucking perch”.

(Esok: Epilog artikel ini dan prebiu Liverpool lawan Chelsea)
59

Si Istimewa Satu !111!11!!!!

Obefiend Weiland
Dan begitulah caranya rakan-rakan untuk mematikan Barcelona.

gua rasa semua orang tahun ni kalah banyak duit betting. Inter vs Bayern final... kalau lu orang kata ini prediction awal korang nampak sangat la menipu




16

AYAM TERSEDAK KEJAP..

saudagar gaRAM.. Isnin, April 26, 2010




oklah..tersedak kejap je..next week ada lagi..
75

Liverpool apa adahal

MDM FARAH FAIZURA

Musim yang berserabut. Lebih berserabut berbanding musim menuai dan pesta keamatan. Lebih berserabut berbanding dari musim durian hingga musim rambutan, tak juga aku temukan. Eh, itu lagu Wali Band.

Liverpool dilihat tercekik. Kalau menang ke atas Chelsea, MU jadi juara ke-19. Kalau kalah pula, tak dapat nak pergi ke CL. Camno? Camno?

Lebih-lebih lagi malam tadi dah menang selesa kat atas Burnley. Aquaman main memang superb. Gerrard dah dapat balik magik dia. Lawan Chelsea, semua masih tertanya-tanya, nak kalah ke, nak menang?

Bagi penyokong yang baik, kita mesti nak menang. Apa kisah dengan nasib team lain. Kalau tak dapat ke CL tahun depan ataupun kalau MU jadik juara tahun ini, apa adahal. Musim depan kita ada Standard Charted. Pasti akan mengulangi zaman kegemilangan Crown paint. (Perhatikan kedua-duanya ada dua patah perkataan. Petanda nak menang lima piala lah tu). YNWA

Waktu ni aku takda dalam gambar.
28

Hi Nazri & Jorji!

LuciusMaximus
Ultraman dipanggil untuk melindungi Sorensen!


Sebelum apa-apa, aku ingin menyampaikan rasa simpati kepada Shay Given dan Thomas Sorensen yang terkehel bahu dalam tugas menjaga gawang masing-masing. Ini adalah gambaran jelas betapa ganasnya persaingan EPL di hujung musim ini. Semoga mereka cepat sembuh hendaknya.

Perlawanan malam tadi meminjam kata orang putih, ialah ‘text book display’. Tujuh gol berbalas kosong. Yang kosong itu bukan setakat gol, malah cubaan tepat ke sasaran sepanjang 90 minit juga kosong.

Untuk merumuskan keseluruhan, The Blues cemerlang tanpa kelibat John Terry. Ferreira, Alex dan Ivanovic kental. Ashley Cole ‘overlapping’ macam tak cukup padang. Lampard datang semangat ‘Super Frank’. Ballack macam kereta kebal. The Drog dan Bilal menghuru-harakan pertahanan lawan. Malouda cemerlang walaupun terlepas beberapa peluang terbaik. Salomon Kalou, pergh! Para pemain simpanan: Joe Cole terbaik dalam meneruskan kesinambungan Kalou malam tadi, Hutchinson dan Sturridge memberikan sinar cerah buat masa depan.

Meminjam kata Nazri, Chelsea telah ‘terklasemen’. Kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor jelas satu petanda awal.

(Arsenal secara sahih telah melabuh tirai dengan seri tanpa jaringan bersama Manchester City. Pipiyapong telah pun kami hantar untuk ‘riki port baik punya’ kat Afrika Selatan)

Dengan hanya baki 2 perlawanan, Chelsea mendahului dengan 1 mata. Manchester United masih perlu menentang Sunderland dan Stoke City. Chelsea perlu berdepan dengan Liverpool dan Wigan Athletic.

Kata kunci di situ ialah, Liverpool. Di Anfield.

Bualan di jalanan sekarang ialah jika Chelsea menang ke atas Liverpool maka hasilnya ialah Chelsea juara atau jika sebaliknya, ia milik Manchester United, ceteris paribus.

Ceteris paribus di hujung ayat itu kerana anggapan ramai ialah, Manchester United pasti menang ke atas Sunderland dan Stoke manakala Chelsea ke atas Wigan.

Tapi dalam musim yang cacamarba ini, semuanya boleh berlaku. Chelsea dan Manchester United mempunyai sejumlah 13 kekalahan setakat ini, kepada kelab seperti Burnley dan Wigan Athletic. Dan persaingan tempat ke-4 masih terbuka antara Tottenham Hotspur, Aston Villa, Manchester City dan Liverpool.

Jadi, yang terbaik ialah untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada setiap perlawanan. Bermula dengan Liverpool hujung minggu ini.

KTBFFH!

kemaskini:

Ultraman Ace dan Ultraman Taro melindungi Sorensen dari raksaksa ganas, Salomon Kalou

12

PFA Player of the Rudeboy Year

Jorji
Player of the Year and Young Player of the Year (Milner) 2010

34 gol!

Hull (5)
Portsmouth (4)
Milan (4)
West Ham (3)
Wigan (3)
Arsenal (2)
Fulham (2)
Man City (2)
Aston Villa (1)
Bayern (1)
Birmingham (1)
Blackburn (1)
Burnley (1)
Chelsea (1)
Liverpool (1)
Tottenham (1)
Wolves (1)

2007 - C. Ronaldo
2008 - C.Ronaldo
2009 - Giggsy
2010 - Rudeboy
10

SO LONG AND THANKS FOR ALL THE FISH

Tahun ini tiada debaran akhir. Tiada debaran wisel penamat game terakhir untuk tahu siapa yang berjaya keluar dari kelompok elit.

Bye Bye Portsmouth

Bye Bye Burnley

dan ya, walaupun secara matematik Hull masih boleh selamat, tapi realitinya memang mustahil melainkan kita akan menyaksikan rekod kemenangan terbesar dalam sejarah liga perdana Inggeris,

Bye Bye Hull.

and we say;

So Long and thanks for all the fish;

57

Nani Nani Nani

Jorji Ahad, April 25, 2010
Teka apa yang tiada dalam gambar?

Gol Nani malam tadi dah cukup manis untuk menampung keperluan gula dalam badan semua peminat Manchester United.

Jadi, kurangkan pengambilan gula untuk hari ini.

Kedatangan Spurs ke Old Trafford hanyalah rutin. Tetapi Manchester United tetap memberikan penyokong mereka 'kepanasan' dan 'kehausan'. Agak tertekan jugak la perasaan menghabiskan 90 minit.

Nani

Ketenangan, tanpa sedikit rasa 'nervous' dan celebration selepas jaringan. Terbaik dari ladang Portugal. Dia mungkin tak dapat mengambil tempat C. Ronaldo, tapi, siapa perlu Ronaldo bila Anak Rusa Nani sudah tumbuh ekor setan?

Apa tiada dalam gambar?

Pengadil

'It was an easy decision' kata Andy Gray terhadap kedua-dua penalti yang diberikan kepada Manchester United. Maknay,tiada keraguan, hanya ketidakpastian siapa yang akan mengambil tendangan dan Giggsy, mengambil tanggungjawab sebagai kapten pasukan dengan tenang menghantar ke sudut gawang.

:P

Chelsea

Adakah Chelsea akan meneruskan rutin tahunan hanya mampu mencium bau piala saja? Macam 3 Abdul, hanya dapat bau makanan tanpa dapat mengusik dan menjamah. Kenyang ke? Piala Eropah dah terhidang, Abdul Terry pulak tergelincir. Dapat bau saja. Abdul Ancelotti dan Abdul Grant?

Aku tak harap Liverpool menang dan menjadikan Manchester United juara. Aku predict Stoke sudah cukup boleh 'memberi bau' kepada Chelsea musim ini.

Hi Lucy :P
19

AISEH TERKLASEMEN LA PULAK

Mungkin sekejap, sebab atas kertas Stoke sudah tergolong dalam kisah 'nothing to lose'. Harapan memang harapan, tapi realiti kadang-kala memedihkan. Oh.

Tidak ngapa, kita enjoy saat-saat bahgia sebelum ia berlalu.

Apa kes ada satu entri dua line sahaja betul-betul bawah entri Italian Blues Lucius ni? Sekilas pandang saya ingat entri Lucius. Ingat header bold ni pembahagi topik entri Italian Blues. Brader tu sekarang sibuk buat apa agaknya? Sibuk compose lagu dengan perisian mixcraft 5.0 ke?

Dua game lagi tinggal.

Semoga Liverpool menang minggu ini untuk menaikkan semangat mereka melawan Chelsex pada game akan datang.

Ayuh ramai-ramai doakan.

EDIT: TAMBAHAN
Saya tidak berapa setuju dengan kenyataan Lucius (melainkan jika ia dilihat dari sisi provokasi) dalam isu paku dulang paku serpih, kerna, dalam dunia EPL (terutamanya), personaliti ini sebenarnya terkena pada semua, bukan kem Man United sahaja.

Tapi sekali lagi ngak mengapa, kita berusaha menyokong pasukan masing-masing sehingga ke ujung musim sebelum beralih ke Afrika Selatan.


70

Hulu Chelsea

LuciusMaximus Jumaat, April 23, 2010
Ada dua benda dalam dunia ini yang agak liat menerima kritikan dan komen.

UMNO dan MU. United Malays National Organisation dan Manchester United.

Satu ialah parti politik Melayu yang tak reti guna nama dalam bahasa Melayu. Satu lagi kelab bolasepak yang sebenarnya bukan dalam bandaraya Manchester.

Kedua-duanya ada persamaan, tidak boleh terima kritikan dan komen. Yang satu tunjuk keris bila kena komen, yang satu lagi ‘disable comment’ bila pos artikel.

Ada lagi satu persamaan kedua-dua benda ini. Iaitu paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Yang satu kecoh pasal orang lain minum air botol, padahal sendiri pun ramai yang minum air botol. Yang satu lagi kecoh pasal pengadil berat sebelah, padahal sendiri punya sebelah berapa kali pengadil sudah berat sama dia.

Tapi Chelsea tidak begitu. Kami terbuka kepada sebarang kritikan dan komen biar pun pahit atau pedas. Dari ketidakpuasan hati rakyat yang merasa tertipu kerana ‘cerita lembu tapi tunjuk kerbau’ hinggalah soalan tak berapa cerdik macam ‘ada ke orang Sabah baca Sokernet?’, kami layan semuanya. Mana yang betul kami terima, macam ‘Championship League sepatutnya League Championship’. Mana yang tak betul, kami tangkis dengan hujah-hujah kami.

Menjelang hari Ahad ini Chelsea pastinya di puncak klasemen, yakinlah anda semua. Cuma yang kami tak pasti sama ada Chelsea naik ke puncak klasemen dulu atau keputusan PRK Hulu Selangor yang keluar dulu.

Okaylah, aku nak pergi minum air botol dengan Zaid Ibrahim. Sila penuhkan ruangan komen.
24

Alex Ferguson, wira bolasepak ketuanan inggeris

Jorji
Italian job (Peminat Man U ada ceritanya)

Skandal bolasepak Itali 2006 dibuka kembali baru-baru ini berikutan timbul bukti-bukti baru yang meragukan. Skandal yang menjejaskan reputasi Serie A dan ketelusan mutu pengadilan secara amnya. Beberapa kelab ternama Itali seperti AC Milan, Juventus, Fiorentina, Reggina telah pun menerima 'hukuman' mereka secara tidak setimpal. Seluruh peminat bolasepak Itali berpendapat, hukuman menolak point dan diturunkan divison adalah terlalu ringan, kerana untuk sekelian lama,mereka sebenarnya ditipu!

Kelab-kelab tersebut serta mereka yang terlibat sepatutnya dihapuskan terus dari sebarang liga di dunia ini.

Banyak orang ternama yang terlibat. Sila google sendiri. Wikipedia boleh membantu. Diantaranya, yang baru-baru ini dipanggil untuk memberi keterangan ialah bekas pengurus kelab bolasepak AC Milan, Carlo Ancelloti, yang kini menjadi pengurus kelab Chelsea. Juga kemungkinan bakal dipanggil dan disiasat ialah bekas pengurus Inter Milan, Roberto Mancini, yang kini mengurus Manchester City. Secara ringkas, mereka-mereka yang terlibat serta kelab-kelab tersebut mengaturkan siapa pengadil-pengadil yang mereka mahu untuk mengadili permainan mereka.

Dengan kata mudah, TAK GENTLE!

Adakah skandal ini telah sampai ke tanah British? Jika benar, siapa yang bertanggungjawab membawa virus tersebut? Apakah pengadilan di EPl benar-benar telah 'dibiayai' oleh seorang billionaire yang kemaruk piala? Kenapa banyak keputusan pengadil di EPL untuk musim ini sangat disangsikan?

Wang boleh beli apa sahaja didunia ini kecuali dinosaur dan Alex Ferguson. Dinosaur dah lama pupus sementara Pak Alex masih lagi mengekalkan tradisi 'menang dan menjadi juara kerana kehebatan pasukan sendiri'. Bukan beli pengadil. Bukan buat jambatan waktu pilihanraya atau beli striker ternama.

Pak Alex dan beberapa pengurus seperti Big Sam, Martin O Neill, Moyes dan Harry 'Houdini' Redknap, mereka masih percaya dan akan terus mengekalkan tardisi bolasepak inggeris yang bebas dari unsur 'match fixing'. Justeru, bolehlah dianggap mereka-mereka ini adalah penyelamat kepada kesenian dan ketradisian bolasepak dunia.

:)

Perebutan tempat ke 4 secara langsung memberi impak yang baik kepada perebutan tempat pertama dan ke TUJUH. Minggu ini, Manchester United akan menanti kedatangan wira Spurs yang telah pun membenamkan skuad Arsenal dan Chelsea secara berturut-turut. Momentum mereka pada tahap tertinggi. Mereka mahu mengekalkan kedudukan tempat ke 4 mereka dari dirampas oleh Liverpool.

Aku menonton perlawanan hebat Spurs vs Chelsea yang lepas dan Spurs sangat berbisa dibahagian tengah dan serangan. Bale, Defoe, Modric, semuanya hebat-hebat. Pak lawak Gomes yang aku selalu kutuk dalam tulisan sebelum ini pulak, entah apa dimakannya, tiba-tiba jadi terror. Mereka punya ramai striker dan bayangkan kalau semuanya turun bermain, Gudjohnsen, Defoe, Pavlyuchenko, Crouch..

Wayne Rooney masih belum cergas sepenuhnya untuk 90 minit permainan. Itu saja masalah Manchester United!

Mengikut sejarah English Premier League, Totenham Hotspurs masih belum dapat mengalahkan Manchester United di Old Trafford, jadi aku yakin esok Manchester United akan kembali ke puncak klasemen dengan mendahului 2 mata.

Manchester United 3 - 2 Spurs!
71

Italian Blues

LuciusMaximus Khamis, April 22, 2010 , ,
Dua bekas pengurus Chelsea bertarung nyawa di Itali. Sokernet ada ceritanya.


The Tinkerman, lebih bergaya dari Rafa Benitez

The Tinkerman

The Tinkerman memulakan karier pengurusan bersama Chelsea pada tahun 2000, di era pasca-Renaissance (Gullit, Viali dan Zola) dan pra-Abramovich. Karier beliau bertahan untuk semusim di bawah Roman Abramovich, tetapi ketandusan sebarang trofi pada musim pertama era Abramovich membunuh karier pengurusan Ranieri.

Tempat beliau diganti pada Jun 2004 oleh Jose Mourinho, The Special One.

Pasca Chelsea, Ranieri kembali ke kelab yang pernah diurusnya sebelum ini iaitu Valencia, mengambil tempat Rafa Benitez yang berpindah ke England untuk memporak-perandakan Liverpool. Beliau gagal meneruskan kegemilangan Valencia di bawah Benitez, sama seperti Benitez gagal memindahkan kejayaan beliau di Valencia kepada Liverpool.

Ditamatkan kontrak lebih awal, Ranieri kembali ke Itali dan ditawarkan kontrak bersama Parma yang ketika itu di ambang penyingkiran. Misi menyelamat beliau berjaya sekaligus melonjakkan nama Ranieri kembali.

Jun 2007, salah satu kelab gergasi Itali, Juventus menawarkan Ranieri jawatan pengurus. Musim pertama beliau bersama Juventus menyaksikan I Bianconeri melonjak ke tangga ke-3 Serie A musim 2007/2008. Untuk sementara waktu prospek Ranieri di dalam Serie A kelihatan agak cerah.

Hinggalah seseorang yang istimewa hadir ke Itali pada 2 Jun 2008.


The Special One, lebih segak dari Arsene Wenger


The Special One

The Special One mengundur diri secara mengejut dari Chelsea pada September 2007, setelah membantu The Blues menjulang 2 kejuaraan EPL, 1 FA Cup dan 2 League Cup.

Ketiadaan persefahaman bersama Roman Abramovich dilaporkan punca beliau mengundurkan diri. Lima bulan kemudian Mourinho menerima hadiah sebuah Ferrari dari Abramovich. Oh, The Special One.

Hakikat bahawa Mourinho menyertai Chelsea selepas Ranieri disingkirkan sudah cukup membuatkan mereka berdua tidak sebulu. Hakikat bahawa 3 tahun Mourinho bersama Chelsea menjulang 5 trofi sedangkan 4 tahun Chelsea di bawah Ranieri tanpa apa-apa juga tidak membantu.

Tidak perlulah disebut tentang Mourinho dihadiahkan Ferrari oleh si tauke minyak sedangkan Ranieri tidak mendapat hatta sebuah Perodua Viva sekali pun selepas disingkirkan dari Chelsea.

FC Internazionale Milano, ringkasnya Inter melakukan kejutan pada 2 Jun 2008 dengan melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baru, biarpun pengurus sebelumnya Roberto Mancini membawa Inter menjuarai Serie A, 3 musim berturut-turut dan Coppa Italia untuk 2 musim berturut-turut.

Kemunculan Jose Mourinho di Itali dengan pantas menghangatkan perseteruan dengan Luciano Spalletti, pengurus AS Roma dan pastinya Claudio Ranieri, Juventus.

Harus diingat Inter menjulang Serie A 3 musim berturut-turut menafikan Roma yang hanya perlu berpuas hati sebagai naib juara untuk 3 musim tersebut. Manakala Ranieri pula melihat Mourinho sebagai lelaki Portugal yang pernah menghancurkan karier beliau di England dan kini bakal melakukan yang serupa di Itali.

Pusingan Pertama

Ranieri membuka gelanggang pada Ogos 2008 dengan menyebut Inter di bawah Mourinho sebagai ancaman terbesar Serie A. Mourinho, seperti kebiasaannya, menjawab “Ranieri mempunyai mentaliti tidak perlu menang dan dengan umur hampir mencecah 70 tahun hanya menang piala kecil-kecil sahaja, dia terlalu tua untuk mengubah mentalitinya”.

Juventus memberikan saingan kepada Inter musim 2008/09 Serie A. Roma bagaimanapun tenggelam, tidak lagi mencabar seperti 3 musim sebelumnya.

Derby d’Italia (antara Juventus dan Inter) menyaksikan mereka seri 1-1 di Turin dan Inter menang 1-0 di Milan. Pada Mac 2009 Mourinho dengan bongkak mengatakan Roma dan Juventus bakal menamatkan musim 2008/09 tanpa sebarang kejuaraan.

Menjelang 31 Mei 2009, Mourinho menjuarai Serie A pertama beliau bersama Inter (yang ke-17 buat Inter) dengan 84 mata. Juventus di tangga ke-2, 10 mata dibelakang Inter dan Ranieri dipecat atas kegagalan menyaingi pewarisnya di Chelsea dulu.

Roma? Terperosok di tangga ke-6 Serie A.

Inter vs Roma, Utara vs Selatan dan The Special One vs The Tinkerman

Apalah bolasepak Itali jika ianya bukan perseteruan antara wilayah utara yang kaya dan maju menentang wilayah selatan yang miskin dan mundur. Serie A buat sekian lamanya didominasi kelab-kelab utara seperti Juventus, Inter dan AC Milan.

Musim 2009/2010 menyaksikan Roma memulakan kempen Serie A mereka dengan langkah kiri. Kalah 2 perlawanan pertama dan tersungkur di tangga ke-20 Serie A. Rosella Sensi pantas mengangkat telefon dan menghubungi bekas pemain Roma tahun 70-an dulu.

Claudio Ranieri. The Tinkerman. Lelaki yang dibuang oleh Chelsea dan Juventus kerana hampir menjuarai EPL dan Serie A.

Pastinya tidak ada yang lebih mengujakan buat Ranieri selain dari peluang kembali ke bandar kelahirannya, Rome dan juga kelab yang disokongnya sejak kecil, AS Roma. Dan lebih menyerikan lagi, peluang kedua untuk beliau mencabar seterunya, Jose Mourinho.

Inter di awal musim 2009/10 Serie A berada di kedudukan biasa mereka, puncak klasemen. Ketika Ranieri menandatangani kontrak bersama Roma, Mourinho baru sahaja menang besar 0-4 ke atas AC Milan dalam Derby della Madonnina.

Ranieri memulakan perlawanan pertama beliau sebagai pengurus Roma dengan kemenangan ke atas Siena (1-2) disusuli kemenangan 3-1 ke atas Fiorentina. Kemudian mereka seri 2 perlawanan menentang Palermo dan Catania, diikuti menang 2-1 ke atas Napoli sebelum klah 3 perlawanan berturutan kepada Milan, Livorno dan Udinese.

Buat sementara waktu nampaknya The Tinkerman akan gagal sekali lagi. Penghujung Oktober 2009, Roma ketinggalan 14 mata di belakang Inter, yang hanya seri sekali dan kalah sekali dari 10 perlawanan setakat itu.

“Ate, kalau mike nak nengok macam mana keme mule dan di mane keme sekarang ni, macam pelik je rasenye,” jawab Il Capitano, Francesco Totti bila dihubungi Sokernet. Apa yang dikatakan kapten Roma ini memang pelik bunyinya, sebab jarang jumpa orang Itali bercakap Perak.

Tapi yang lebih pelik ialah bermula November 2009, semangat serigala Romulus dan Remus semacam meresap ke dalam Roma. Bermula dengan kemenangan ke atas Bologna 2-1, Ranieri bertandang ke San Siro untuk mengikat Mourinho dan Inter 1-1.

The Special One pada masa itu masih yakin kebangkitan Roma hanya buat sementara. Fokus Mourinho ialah gelaran treble buat Inter, Serie A, Coppa Italia dan Champions League. Menjelang tahun baru 2010, Inter masih mendahului Roma dengan kelebihan 11 mata. Berkurangan, tapi masih jauh.

Januari 2010 menyaksikan persaingan Coppa Italia memasuki peringkat suku akhir. Inter menang 3-2 ke atas Lazio tetapi Roma juga tidak mahu ketinggalan, menang tipis 1-0 ke atas Catania. Januari juga menyaksikan Roma menyamai pencapaian Inter dalam Serie A, menang 4 dan seri 1 dari 5 perlawanan bulan itu.

28 Mac 2010, Ranieri meraikan kunjungan seterunya Mourinho ke Stadio Olimpico. Hanya 4 mata membezakan Inter dan Roma pada hari tersebut. Ranieri The Tinkerman telah membawa Roma ke 20 perlawanan Serie A tanpa kalah.

Seluruh Itali dan Bandar Tun Razak, Cheras tertumpu ke Stadio Olimpico pada 28 Mac 2010. Jika Inter menang maka berakhirlah saingan Serie A. Tapi gol dari Daniele De Rossi dan Luca Toni memberikan kemenangan 2-1 buat Roma.

Buat pertama kalinya Ranieri menumpaskan Mourinho. “Inter dok rasa dah kami hembuih nafas kat leheq dia, sat lagi hang pa tengok, kami benam siung masuk leheq la,” kata Ranieri. Roma cuma satu mata di belakang Inter selepas malam luar biasa itu. Luar biasa sebab sejak bila Ranieri cakap Kedah aku pun tak tahu.

Tuntutan memburu treble dilihat mula melemahkan Inter. Mereka layak ke separuh akhir Champions League dan kemungkinan ke perlawanan akhir setelah menundukkan Barcelona 3-1 di pusingan pertama. Tetapi dalam Serie A, Inter hanya menang 2 dan seri 1 semenjak tewas kepada Roma pada 28 Mac.

Macam biasa, Mourinho pantas mendakwa ada komplot ke atas beliau dalam Serie A. Sebelum ini lagi Inter dikritik kerana menjadi kelab Itali yang bermain tanpa pemain Itali dalam kesebelasan utama. Dan Jose Mourinho pula dikenakan denda €40,000 kerana membuat isyarat tangan digari ketika menentang Sampdoria.

“Macam haram, lebih baik bercakap mengenai Champions League saja!,” getus Mourinho setelah diberitakan Francesco Totti cuma didenda €20,000 kerana isyarat thumbs down kepada penyokong Lazio minggu lepas.

Sementara itu di Rome, The Tinkerman terus menonjol dan disanjung peminat bolasepak Itali. Menentang Lazio dalam Derby della Capitale, kepakaran taktikal beliau terbukti bila mengeluarkan Francesco Totti dan Daniele De Rossi ketika Roma ketinggalan 0-1 tamat separuh masa pertama. Masuk separuh masa kedua, dua gol dari Mirko Vucinic memberi kemenangan 1-2 buat Roma dan peluang menduduki puncak klasemen dengan kelebihan 1 mata di atas Inter.

Dalam Coppa Italia pula, Inter layak ke akhir dengan agregat 2-0 ke atas Fiorentina. Lawan mereka, seperti telah disahkan malam tadi, ialah Roma yang layak dengan agregat 2-1 ke atas Udinese.

Mourinho mungkin masih ghairah memburu gelaran treble musim ini tapi Ranieri pastinya mengatur gerak menafikan kejuaraan domestik buat Inter. Roma kini mengintai peluang untuk mencapai double Serie A dan Coppa Italia.

Serie A kini berbaki 4 perlawanan. Laluan Roma ialah Sampdoria, Parma, Cagliari dan Chievo. Inter pula lebih mudah, berdepan Atalanta, Lazio, Chievo dan Siena. Tetapi di celah-celah itu ialah pusingan kedua separuh akhir menentang Barcelona.

Perlawanan akhir Coppa Italia ialah pada 5 Mei 2010. Roma mempunyai kelebihan kerana bermain di Stadio Olimpico.

Antara Ranieri dan Mourinho, siapakah di antara dua bekas pengurus Chelsea ini yang bakal menjulang Serie A dan Coppa Italia, dan hak mendabik dada pada satu sama lain?

Memang Italian Blues dibuatnya.

(Aku ucapkan terima kasih kepada Don Camarro, pengendali Blog Penyokong AS Roma atas idea dan kerjasama beliau untuk artikel ini, dengan ucapan, bila nak update blog?)

38

Arsenel

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Entah mengapa gua macam tak ada 'mood' sangat sejak akhir akhir ni. Hati tak sabar nak tunggu Piala Dunia je.
24

Bah! Futsal Kita!

LuciusMaximus Rabu, April 21, 2010
(Ini pesanan khidmat masyarakat. Ada orang minta tolong aku war-warkan. Sebab dia awek, aku pun tolong)

PERLAWANAN "FUTSAL TERBUKA" ANTARA JABATAN-JABATAN KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, BADAN-BADAN BERKANUN NEGERI DAN PERSEKUTUAN SERTA PELBAGAI SYARIKAT/BADAN SWASTA ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA KINABALU (AADK KK) BAGI TAHUN 2010

(Gomen memang suka stail tajuk panjang-panjang begini, supaya nampak penting dan kompleks)

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu (AADK KK) dengan tema "Bergerak aktif, Cergas dan Sihat tanpa Dadah" akan menganjurkan perlawanan futsal terbuka lelaki dan wanita seperti butiran berikut:

Tarikh: 1 dan 2 Mei 2010
Tempat: City Futsal (Rampayan, Menggatal) (Harap datang untuk main futsal, bukan untuk menggatal)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 malam
Yuran: RM150.00 (sepasukan) - Maksima 10 orang 1 pasukan

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 April 2010. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Riney atau Eva di talian 088-261845. (Untuk pertanyaan futsal sahaja, jangan tanya dah kahwin atau belum)

"1MALAYSIA MEMERANGI DADAH"

(Peringatan dari Sokernet: Siapa yang suka telan steroid, pil tupai jantan atau benda-benda yang lebih kurang peliknya sebelum bersukan tu, harap janganlah dibawa perangai tu ke kejohanan ini. Dah yang menganjurkan pun namanya AADK, nanti tak pasal-pasal main futsal kat Pusat Serenti)
61

Pragmatisme 3 - Idealisme 1

LuciusMaximus
Burger Ayam Spesial, Mayonis Lebih


Amboi, amboi, amboi! Mentang-mentanglah kelab Inggeris semua dah bungkus, langsung sunyi sepi cerita Champions League. Apa cer?

Tapi memang macam tu lah perangai kita. Orang kebanyakan yang kompelin Sokernet asyik cerita pasal EPL ialah orang yang sama sunyi sepi bila aku tulis pasal bolasepak bukan EPL. Tengok je pada trend komen dalam artikel bukan EPL, kalau cecah 30 pun dah kira bagus. Kalau EPL, artikel 2 ke 3 perenggan pun dah boleh cecah 60 komen dia, siap bergaduh lagi.

Malam tadi Internazionale berentap dengan FC Barcelona di San Siro. Jose Mourinho menang 3-1.

Aku memang memasang keyakinan semenjak Inter membungkuskan Chelsea bahawa anak buah The Special One ini berpotensi menjulang Champions League. Dan sebaik saja undian suku akhir dibuat, aku yakin perlawanan akhir kali ni antara Bayern Munich dan Inter.

Bercelona seperti biasa ialah pasukan yang bermain dengan corak yang kita panggil free flowing football. Pantas, menyerang dan cantik. Penuh idealisme. Tetapi pada diri Jose Mourinho ialah seorang pakar taktikal yang pragmatik, lihat apa yang The Special One buat kepada Arsenal melalui Chelsea sebelum ini.

Sebagai permulaan, jentera tengah Barcelona dikekang habis oleh Inter sepanjang 90 minit perlawanan. Esteban Cambiasso dan Thiago Motta bertindak baik untuk menguasai bahagian tengah untuk menyekat Lionel Messi dan Xavi Hernandez.

Tapi Barca lebih dulu di depan, melalui jaringan minit ke-18 Pedro Rodriguez, penyerang muda Sepanyol yang sedang dirisik-risik oleh tak lain tak bukan, Real Madrid.

Ketinggalan satu gol hanya membuatkan Inter lebih garang. Dengan Cambiasso dan Motta menguasai sepenuhnya bahagian tengah, Wesley Sneijder bebas untuk naik ke atas dan pada minit ke-30 meledakkan gol penyamaan buat Inter.

Barca cuba bangkit tapi benteng Inter bertahan dengan tekad yang jitu. Gerakan Messi tersekat oleh kapten Inter, Javier Zanetti yang dibantu Lucio, Walter Samuel dan Maicon.

Kedudukan terikat 1-1 hingga turun minum.

Separuh masa kedua bermula dan biarpun Barca menguasai permainan, Inter mendahului melalui jaringan Maicon minit ke-48. Diego Milito mememberi lorongan baik buat fullback dari Brazil itu untuk menewaskan Victor Valdes.

Tertekan Barca bermain lebih fizikal yang akhirnya memakan diri sendiri. Carles Puyol dilayangkan kad kuning pada minit ke-51 (dan digantung perlawanan berikutnya) dan 10 minit kemudian Milito yang telah memberi 2 assist untuk gol Inter setakat ini menanduk masuk gol ke-3.

Secara keseluruhan Barca menguasai 68% perlawanan tetapi kita semua tahu Mourinho lebih mementingkan keputusan dari gaya permainan. Sekali lagi ini contoh terbaik pragmatisme dalam bolasepak mengalahkan idealisme. Arsene Wenger dan para peminatnya gerenti tak puas hati.

Ada yang akan memberikan alasan pemain Barca kepenatan setelah menaiki bas. Setahu aku bukan Lionel Messi yang jadi drebar bas. Abang drebar bas ekspres kat Sabah ulang-alik 2 kali satu hari antara KK dan Tawau masih boleh balik rumah tindih bini.

Malam ini Olympique Lyonnais akan berentap dengan Bayern Munich. Khabarnya Lyon naik bas 750 kilometer ke Munich. Aku harap mereka amalkan minum Kopi Jantan.
20

WEEKS OF JOY..(harap berterusan)

saudagar gaRAM.. Selasa, April 20, 2010
Dua minggu beb..
Dua minggu..

belum terlewat lagi rasanya gua nak berlagak..

bukan mau cakap besarlah,tapi semenjak kalah dengan POMPEY untuk laluan ke WEMBLEY,SPURS dengan selamba badak jek bangkit tanpa risau..memula gua risau jugaklah,pas POMPEY,ada 4 plak lagi game besar yang kena bagi settle..

MERIAM..
BIRU..
SETAN MERAH..
CITY..

kita mulakan dengan team lawan dengan team abang meriam..



hmmm....
ok.gua tak tengok game tu..gua sibuk wat benda lain..benda apa,gua dah lupa..tapi,yangt penting,menang..

then pas lawan team meriam,SPURS terima plak kunjungan SKUAD PENCULIK BUDAK..gua stay kat mamak tu dari game masa itu skuad MU lawan MC..

ntah apa jadah sampai minit ke 93 baru nak score..tapi bagus jugak,bagi city tu panas sket..perebutan tangga keempat masih terbuka..


ok..lawan team kaler biru plak..

start dari kick off je,SPURS mula garang..almaklumlah,tuan rumah..kena bagi gertak sket..SPURS main cemerlang beb gua cakap lu..dari awal memang gua tengok BLUES cam malas nak main je..

ntah apa bebal si TERRY bleh terjah BALE dengan kejam..tak serik btol mamat ni..dia ingat MILNER kot gamaknya..ref plak tutup mata sebelah..
patut penalti tu bang..

tapi takpe,ada peluang lagi..pastu skali lagi TERRY dipersalahkan..tang ni kalo memang gua syak ref ttutp dua mata..hahahahha...takpe,asal untungkan gua,gua layankan ref sorang ni..kononnya handball..penalti..
Defoe tenang kasi sumbat sebijik..

then skali lagi,BALE wat gerakan cantik dan bagi sedas lagi jauh dari jangkauan CECH..sebijik lagi..


settle..nasib baik ada BALE..nak harapkan budak RUSSIA tu..jadah apa dia buat kat depan pun gua tak pasti..ragut rumput kot..

member gua kata pas minit ke 90,lampard score..gua tak tau lawa ke tak..ujan lebat..astro wat hal..

tapi apa ada hal..dah menang tu sudahlah..
ye tak?
43

Menang memang sedap.

MDM FARAH FAIZURA
Menang memang sedap. Tak kisahlah main game apapun. Tak kisahlah main kat liga eropah atau main kat piala ketua kampung. Yang pasti menang itu sedap. Malam tadi, Liverpool yang berpeluang besar mempertahankan piala liga eropah, menang. Ia memang sedap. Boleh lupa sikit betapa 'pandainya' rafa dan betapa 'cerdiknya' Ngog. Macam penadol. Teruskan menang dan kami penyokong akan tetap enjoy. YNWA!

Manchester vs barcelona. Menang memang sedap.
42

Atas permintaan setan merah semua

Nevilles Lips Devils Kiss


Glory Glory Red Manchester!
10

To : Carlo Ancelloti

Obefiend Weiland Isnin, April 19, 2010
Re : Chelsea

Don't bloody choke on us!

Nah ambik manual cara nak bagi Heimlich Maneuver.

dont choke on us mang
24

LA LA LA LA LA LA LA


Update lambat,

Di ruang komen entri bawah-bawah ada spekulasi pengulas tak up entri bongkak sebab nak berhati-hati.

ANDA SALAH!

Entri lambat sebab tak berinternet di hujung minggu kerana menyiapkan video klip kugiran PRIMARY (nantikan).

Tapi kem Manchester diminta rilek-rilek. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana mengharungi minggu-minggu kena gelak dengan tabah. Panjatkan syukur. Kalau ada lemang lebih baik juga sedekahkan pada jiran yang lapar. Kalau ada kucing, pastikan dimandikan dan dibuang kutunya.

Oleh itu ayuhlah kita bongkak dalam kesederhanaan.


Kita Menang!!!! (menjerit dalam kesederhanaan)

Tapi gelakkan team lawan sebab kalah tak mengapa, sebab kem lain pun buat, tak gitu?

Oleh itu, kita Sha La la la la la kan mereka yang tertewas minggu ini.



Sha la la la la la la



Sha la la la la la la


Pasukan ini belum main lagi, tapi sha la la la la la la juga la.

Sebarang komen emosi, ayuh kita balas dengan Sha la la la la la.

+++

Tertarik dengan kritikan pedas Lucius, ni berapa kali nak ingatkan yang ini laman web yang tak berapa serius sangat pengisiannya?

Berikut adalah senarai laman web berfakta untuk peminat-peminat bolasepak yang amat meminati fakta dan pengisian bahan yang penuh ilmiah dan menjana pemikiran dan falsafah kehidupan:


Orait, happy selalu deh? Habis-habis kat sini saja, jangan koyak-koyakkan bantal anda ye. Takmo gaduh-gaduh.

makwe-makwe boleh add facebook saya dan mula berkenalan.

Termasuk Lisa Surihani.

64

Rebiu: Tottenham Hotspur 2 – 1 Chelsea, Dan Lain – Lain

LuciusMaximus
Masih di puncak klasemen walaupun tewas. Sila rujuk laman berikut untuk kedudukan liga terkini.

Memang tidak dinafikan Chelsea kelihatan seperti tertekan bermain di White Hart Lane. Pertama mungkin kerana kemenangan Manchester United dalam Derbi Manchester beberapa jam sebelum bermulanya Derbi London. Kedua hakikat Derbi London di White Hart Lane yang tidak pernah dimenangi Chelsea semenjak 2005. Laporan lanjut boleh dirujuk pada pautan berikut.

Tidak dinafikan juga Spurs bermain dengan cukup cemerlang. Mereka nampaknya telah bangkit dari kekalahan perlawanan separuh akhir Piala FA kepada Portsmouth sebelum ini (sila rujuk). Kemenangan ke atas Arsenal (rujuk pautan) nampaknya berlarutan dengan satu lagi kemenangan ke atas seteru London mereka. Laporan lanjut perlawanan dengan Chelsea dari perspektif Spurs boleh dirujuk di sini.

Namun begitu Chelsea masih di depan dan dengan baki tiga perlawanan, salah satunya menentang Liverpool, The Blues perlu menang semua untuk menjamin kejuaraan liga. Football Association ada menyediakan jadual rasmi di laman EPL.

Glory, Glory Manchester United

Derbi Manchester berkesudahan dengan gol 90+3 dari Paul Scholes. Tidak dapat dipastikan jika pihak pengadil sekali lagi berkomplot menjatuhkan Manchester United dalam perlawanan ini seperti yang didakwa oleh kem Manchester United di Sokernet. Berikut ulasan perlawanan dari sudut Manchester United sendiri.

Manchester City yang tewas di tempat sendiri kini jatuh tangga ke-5 EPL di belakang Spurs. Kekalahan pastinya memberikan tekanan buat Roberto Mancini yang perlu memastikan City layak ke Champions League atau bakal dilucutkan. Untuk laporan perlawanan dari pandangan City, bolehlah ke laman berikut.

Ooh Aah Arsenal

Klik sini untuk jawapannya. Tak berani aku nak tulis apa, dia punya marah memang lain macam kali ni.

Nombor 4

Di saat Chelsea dan Manchester United terus mengejar kejuaran liga, perebutan tempat ke-4 EPL nampaknya semakin rancak dan meluas.

Arsenal kini dengan tidak sengaja berpotensi menghuni tangga ke-4 EPL seandainya mereka meneruskan kecemerlangan untuk kalah kesemua baki 3 perlawanan. Mereka masih perlu berdepan Manchester City, Blackburn Rovers dan Fulham yang kesemuanya boleh dikira perlawanan sukar untuk The Gunners. Tambahan pula Arsene Wenger secara rasmi sudah pun mengaku kalah dalam saingan mahkota dan mungkin kini beliau lebih berminat untuk mengelak dari jatuh ke tangga ke-4 liga. Untuk semua jadual perlawanan Arsenal, boleh berkunjung ke laman berikut.

Tottenham Hotspur yang buat sekian lama dibelakang Manchester City kini telah mendahului pesaing mereka dan kini berada dalam kedudukan terbaik bukan saja untuk menduduki tangga ke-4, malahan juga memintas Arsenal. Begitu juga dengan Man City, yang perlu menang kesemua perlawanan mereka.

Spurs masih perlu berdepan Manchester United manakala Manchester City pula melawan Arsenal, dan kedua-dua Spurs dan Man City bakal bertemu satu sama lain pula pada 5 Mei nanti. Tidak ada pautan laman untuk perenggan ini.

Sementara itu, Aston Villa juga masih lagi berpeluang secara matematik untuk layak ke Champions League. Sekurang-kurangnya itulah harapan Martin O’Neill seperti yang dilaporkan oleh Goal.com.

Apa cerita pula dengan kelab penuh sejarah? Fara Benitez perlu memastikan tiga mata penuh menentang West Ham United malam ini atau Liverpool boleh melupakan harapan tempat ke-4. Untuk mengimbau sejarah kegemilangan Liverpool FC, dengan sukacitalah ke pautan berikut.

Jangan Jadi Lembu, Atau Kerbau

Nia apa hal pula kecoh pasal cerita lembu tapi tunjuk kerbau? Tengin benor le pun kalau lembu dengan kerbau pun tak boleh nak beza!

Kalau dah aku cerita pasal lembu tapi tunjuk kerbau, janganlah pakai otak lembu malas nak berfikir. Jangan pula jadi macam perangai kerbau dicucuk hidung, mengikut ke mana saja tali ditarik.

Ini mentaliti Bumiputera ni, tolonglah buang. Jangan main nganga mulut je, semua nak kena suap.

Aku tulis artikel bolasepak bukan tulis tesis untuk PhD. Kalau tesis untuk PhD memanglah setiap fakta yang aku guna kena rujuk kepada sumbernya. Tapi ini artikel bolasepak, berapa juta artikel bolasepak luar sana yang ditulis siap ada rujukan?

Kalau nak buat macam tu, jawabnya jadi macam artikel ni. Setiap satu aku bagi pautan laman lain.

Sekarang ceritanya senang je. Aku dah tulis berjela-jela pasal teknologi jersi tersebut, buat apa aku nak suruh kamu pergi baca benda yang sama di laman lain? Dan sudah aku sebut terang-terang, kalau mahu tahu latar belakang jersi itu dan kisah kelab bolasepak tersebut, bolehlah rujuk ke laman yang disediakan.

Sendiri faham ini blog satira bolasepak. Tapi sendiri mahu hentam orang macam ini disertasi untuk PhD. Lepas tu bila kena batang hidung balik, kecoh nak cakap ini blog satira. Ajenye biut!

Siapa yang terasa pedas, minum air.
71

Prebiu: Tottenham Hotspur Lawan Chelsea, Dan Lain-Lain

Sebelum itu, kita ke pesanan penaja.

Chelsea Umum Kit Baharu – Lebih Ganteng Dan Sukses!


Chelsea dan adidas telah melancarkan kit musim 2010/11 yang akan diguna pakai buat kali pertama dalam perlawanan terakhir EPL menentang Wigan Athletic di tempat sendiri.

Samsung masih kekal sebagai penaja utama setelah perbincangan untuk meletakkan tulisan ‘Sokernet’ di dada setiap pemain Chelsea menemui jalan buntu.

Sempena itu kempen pengiklanan ‘Made from 100% Chelsea’ turut dilancarkan. Artis pop dan peminat Chelsea, Sir Peter Blake bertanggungjawab mereka bentuk kempen tersebut. Sir Peter juga pernah terlibat dalam mereka bentuk atwork untuk album Beatles, Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band dan juga album Oasis, Stop The Clocks.

Pergh!

Jersi terbaru Chelsea ini bakal menggunakan teknologi terbaru adidas, TechFit yang digunakan buat kali pertama dalam bolasepak kelab. Ini berbeza dengan jersi 2010/11 Liverpool yang masih menggunakan teknologi zaman batu kapur, ClimaCool.

Adakah Liverpool dianaktirikan oleh adidas? Atau tidak cukup bajet untuk dapatkan teknologi yang terkini? Kesian.

Mengikut sumber dalaman Sokernet di adidas, TechFit merupakan satu teknologi fabrik terkini yang membantu meningkatkan kepantasan pemain, kesinambungan daya tahan yang lebih lama dan melipat gandakan propriosepsi (menatang apakah ini?). Ini dicapai dengan mewujudkan keharmonian otot-otot dan memfokuskan tenaga yang menjana pecutan mendadak dan memberikan keberhasilan kuasa maksimum.

Serius bai.

Satu laman promosi interaktif boleh dilayari di adidas yang menceritakan banyak mengenai latar belakang kit terbaru ini dan juga Chelsea. Macam asal-usul jalur merah Chelsea, perlawanan epik menentang Dynamo Moscow yang menarik 100,000 penonton, kaitan dengan Pensioners, kenapa Chelsea dikenali sebagai Los Numerados di Amerika Selatan dan juga rekod jaringan terbesar perlawanan peringkat Eropah.

Tempahan kini dibuka. Jorji khabarnya dah tempah satu, sekali dengan nameset Kakuta.

Derbi Manchester

Esok kita semua bakal disajikan dengan sepak mula awal yang menemukan Manchester City dan Manchester United.

Peri pentingnya perlawanan ini sangat jelas bagi kita semua. City perlu menang untuk memastikan peluang mereka ke Champions League terus bersinar. United pula perlukan 3 mata untuk terus mengejar Chelsea.

Wayne Rooney dijangka bakal diturunkan esok, satu langkah terdesak dari Pak Alex setelah melihat persembahan cemerlang, gemilang dan terbilang Dimitar Bebal-Betul di Ewood Park. Aku jangkakan mamat Rudeboy tumbukan padu ke udara ini akan terhincut-hincut keluar padang esok dan punahlah harapan Piala Dunia buat England.

Dengan Roberto Mancini sebagai nakhoda, Carlos Tevez dalam keadaan yang terbaik, kelebihan bermain tempat sendiri dan pentingnya untuk City menjarakkan kedudukan dari Spurs, aku jangkakan mereka akan berjuang habis-habisan malam esok. Apatah lagi tiada yang lebih indah untuk City melainkan dari menafikan peluang menjuarai EPL buat jiran dan musuh ketat mereka.

Man City menang. Itupun kalau pengadil tak bagi masa tambahan sampai 1 jam untuk Pak Alex.

Derbi London

Hampir 5 jam selepas sepak mula di Eastland, Spurs pula memulakan saingan menentang seteru London mereka, Chelsea.

Spurs bakal turun penuh keyakinan setelah menundukkan Sekolah Sukan Arsene Wenger 2-1 manakala Chelsea pula perlu memastikan tiga mata penuh untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak klasemen.

Tapi aku tak nafikan esok bakal menjadi laluan getir buat The Blues, yang kali terakhir menang di White Hart Lane dalam saingan EPL ialah pada musim 2005/06.

Kemenangan juga penting buat Spurs untuk terus menyaingi Manchester City. Spurs mempunyai rekod tempat sendiri yang agak baik, cuma tewas 3 perlawanan setakat ini.

Tetapi Chelsea juga tidak kurang hebat dan dari 7 perlawanan menentang kelab-kelab London dalam EPL musim ini, masih lagi belum tewas.

Rekod pertemuan Chelsea dan Spurs dalam semua perlawanan, Chelsea menang 59, Spurs menang 48 dan seri sebanyak 33 kali.

Tilikan esok? Chelsea menang, lebih ikut perasaan sebenarnya.

Dan Lain-Lain

Wigan Athletic menentang Arsenal dengan The Latics perlu menang untuk keluar dari zon penyingkiran dan The Gunners pula mahu terus menghidupkan peluang menjuarai EPL. Oleh kerana Pipiyapong khabarnya sibuk mahu pasang pendakap gigi, aku tolong tilikkan.

Wigan menang. Tapi menang sorak je.

Portsmouth, yang sudah layak ke Championship League (tolong ambil perhatian, Championship League dan Champions League dua benda berbeza!) meraikan kunjungan Aston Villa. Bermain tanpa apa-apa, fokus Avram Grant lebih tertumpu ke akhir FA Cup pastinya dan di sini aku menjangkakan kemenangan untuk Villa.

Tuah pula tidak begitu menyebelahi Liverpool, yang bakal menentang West Ham United di Anfield. Memang 3 mata lebih memihak pada Liverpool tapi harus diingat, The Hammers masih belum layak ke Championship League dan mereka pastinya tidak berminat untuk layak pun.

Bermain untuk menyelamatkan diri, West Ham bakal berhempas pulas untuk sekurangnya mencatat keputusan seri. Dan itulah juga tilikan aku sekali ini, lagi pun peminat Chelsea mana yang tak sayang Gianfranco Zola?

Keadaan pastinya akan lebih panas jika Everton menang ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park. Saingan EPL musim ini cukup mendebarkan dari Chelsea di puncak klasemen hinggalah ke Everton di tangga ke-8.

Sila pastikan stok kacang Menglembu dan Nescafe anda di rumah cukup sepanjang hujung minggu ini jika menonton di rumah. Bagi mereka yang kerap ke mamak, harap buat tempahan awal agar tidak kecewa di kemudian hari.

Awek-awek yang tak minat bola, harap jangan kacau balak-balak anda semua!
61

Oh Manchester!

Nampaknya musim ini Manchester United dipaksa berkerja keras hingga ke penghujung musim. Walau berbaki 1 perlawanan pun, selagi boleh di Matematikkan oleh Pak Alex, aku tetap yakin bersama Manchester United. Walau jelas, pengadil perlawanan dan FA Inggeris mencuba sedaya upaya menidakkan kejuaraan ke 19 Manchester United musim ini, The Red Devils tetap akan turun sebagai pencabar utama puncak klasemen.

Pengantunggan 4 perlawanan untuk Rio Ferdinand tetapi tiada apa-apa tindakan untuk kesalahan yang sama dilakukan Gerrad. John Terry 'bebas' selepas melakukan terjahan keras keatas Milner tetapi jika Vidic, bukan kad merah, silap-silap kene lokap! Linesman yang sengaja membiarkan Drogba menjaringkan gol offside dan beberapa penalti yang tidak dilayan serta banyak lagi kecuaian pengadil yang menggorbankan 'mata' penting.

Semenjak awal musim jika dihalusi, jelas Manchester United tidak bernasib baik dengan mutu pengadilan (dalam masa yang sama, 1,2 kelab lain mendapat nasib yang baik) . Mungkin juga selepas kutukan keras Pak Alex terhadap Riley the Lazy, pengadil menjadi 'bias'. Beberapa pengadil telah dikenalpasti sangat mencurigakan keputusannya, malah pengadil dan penjaga garisan yang 'memenangkan' Chelsea di Old Trafford baru-baru ini telah di kurangkan tanggungjawab mereka - dengan hanya boleh mengadili perlawanan TIDAK PENTING. Hukuman yang secara tidak langsung mengiyakan kesalahan mereka.

Tidak mudah menjadi pengadil. Pierluigi Collina, pengadil botak dari Itali juga ada melakukan kesilapan walau diiktiraf sebagai terbaik dunia. Untuk Manchester United, mutu pengadilan menyumbang sebanyak 79% punca kepada kedudukan sekarang, ditambah dengan beberapa siri kekalahan/seri yang tak sepatutnya seperti kepada Liverpool, Everton, Burnley, Blackburn..
Walaubagaimanapun, musim belum habis lagi, Chelsea belum juara dan Manchester City wajib dikalahkan jika mahu perkiraan matematik masih boleh digunapakai.

Neville vs Tevez?

Hanya ada satu kaler di Daerah Manchester, iaitu MERAH. Noisy neighbour harus didiamkan. Mancini, yang cuba bermain 'mindgames' bersama 'The Guru of The Mindgames' Pak Alex harus dimalukan di Eastlands. Beliau membuat kenyataan yang beliau mahu Rooney bermain pada perlawanan derby ini. Beliau mahu Man City menang ketas pasukan Manchester United yang kuat. Beliau tidak mahu alasan 'tanpa Rooney boleh la menang'.

Memang diatas kertas, serta momentum sekarang, Man City punya kelebihan untuk menang. Tevez dan Adebayor sedang top form. Bahagian tengah, mereka ada Gareth Barry, Patrick Vieira and Nigel De Jong. Mereka nampak lebih bertenaga. Siapa nak jaga atau kejar Bellamy?
Harap-harap Wayne Bridge bermain malam esok, ada jugak 'lobang' mudah untuk dibolosi!

Tetapi Manchester United punya beberapa faktor luarbiasa yang selama 20 tahun ini mendominasi EPL dan Daerah Manchester itu sendiri. Mereka punya kegigihan luarbiasa, mentaliti untuk menang yang luarbiasa, pengalaman yang luarbiasa dan yang paling luarbiasa ialah strategi dari kepala Pak Alex. 1England tahu. Mungkin hanya Mancini yang belum tahu dan akan disekolahkan esok. Mungkin..

Aku predict satu perlawanan yang sengit. Tapi the solid back four akan menyelamatkan Manchester United. Jadi 0-3 cukup untuk buat Mancini insaf. Itupun jika teori aku tentang mutu pengadilan yang mahukan pasukan lain menjadi juara musim ini salah.

Semuanya bergantung kepada mutu pengadilan esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...