ARKIB SOKERNET
SOKERNET Go Global!
ESPANA 1982 - kisah perjuangan rakyat Malaysia.
Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.
Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.
Brazil 1982 - penuh bakat
Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.
Rossi, tengah tak sedap hati.
Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.
Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia
Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.
Platini, agak kacak
Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.
Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Sime Darby di pasaran saham negara penjajah (Sebenarnya Guthrie - aku salah ingat kronologi. hahaha. Tq Pelaung Pulau sebab tegur). Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.
Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.
Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....
Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.
Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.
Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.
Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.
Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar
Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.
Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.
Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.
Nota: Nak lagi lanjut, kat ruangan komen Bro Axel ada ceritanya. Dia perawi hidup kisah ini.
FORZA ITALIA!
Keganasan Orang-Orang Jerman
Sejenak Piala Dunia 2
M Daud Kilau Ganti Siphiwo Ntshebe?
Belum sempat Jabulani disepak terajang dalam Piala Dunia 2010, dunia telah dikejutkan dengan pemergian Siphiwo Ntshebe.
Siphiwo Ntshebe adalah penyanyi pilihan Nelson Mandela yang dijadualkan untuk menyanyi dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2010 pada 11 Jun nanti. Ntshebe, 34 tahun, meninggal dunia Selasa lepas akibat meningitis.
Berita lanjut.
Sokernet telah pun mengusulkan pada pihak penganjur penyanyi pengganti yang sesuai untuk upacara pembukaan nanti. M Daud Kilau adalah pilhan utama kami.
Cuma masalahnya, M Daud Kilau tidak mahu menyanyikan lagu tema Hope tetapi sebaliknya memilih lagu killer beliau, Gila Judi.
Pejabat Sokernet agak gusar jika tindakan ini menyinggung kerajaan 1Malaysia. Piala Dunia dengan judi ni sensitif.
Banyak orang gila judi, banyak orang gila judi, hai judi merosak diri, merosak diri, banyak yang setengah mati, akibat judi
1Brazil - Rakyat Didahulukan, Beer Diutamakan
Levi import beer dalam tin akan dikurangkan dari 16 peratus kepada hanya 2 peratus, menurut sumber rasmi kerajaan.
“Pihak industri memaklumkan dalam surat kepada Dewan Perdagangan Luar bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan yang dijangka meningkat”, kata Anamelia Seyffarth, wakil dewan, ketika dihubungi Sokernet sebentar tadi.
Brazil adalah pasaran beer ke-4 terbesar dunia. Sebanyak 88 juta tong dihasilkan suku pertama 2010 dengan kadar tonggakan beer sebanyak 53.3 liter per kapita.
Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dalam satu kenyataan rasmi menyebut “keputusan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat selaras dengan gagasan 1Brazil iaitu rakyat didahulukan, beer diutamakan”.
Tambahnya lagi, “kerajaan Brazil tidak perlu menunggu pilihanraya kecil untuk melaksanakan dasar-dasar proaktif, kami tidak perlu buat jambatan, buat sekolah atau turap jalanraya 3 ke 4 kali untuk memenangi hati rakyat”.
Selaras dengan keputusan kerajaan, pihak swasta di Brazil juga mengambil langkah proaktif untuk kepentingan pekerja bank. Bank-bank Brazil telah meluluskan permohonan balik awal untuk para pekerja bank pada hari perlawanan melibatkan Brazil. Sokernet difahamkan mereka bakal menonton siaran langsung di TV bersama beer ‘mesra rakyat’.
Berita lanjut.
Sejenak Piala Dunia 1
Yuna Sokong Jerman, Anda Bila Lagi?
Walaubagaimanapun awek tudung tersebut telah datang untuk menyerahkan borang keahlian kem Jerman. Katanya, “Sekalipun kita hanya mampu pakai Proton, bukan BMW, tapi Jerman tetap di hati. Guten Tag!”
Pejabat Sokernet telah difahamkan kemudian bahawa awek tudung tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah seorang penyayi bernama Yuna. Khabarnya pandai bermain gitar.
Yuna
This Charming Man
England bersetuju dan telah mendapat restu dari Queen Elizabeth melantik Steven Patrick Morrissey sebagai ambassador atau role model untuk pasukan World Cup England 2010. Beliau dipilih setelah mendapat tentangan hebat dari penyokong Margaret Thatcher yang mahukan bekas PM itu dilantik menjadi diva England. Hanya Morrissey dan Thatcher yang dicalonkan kerana kedua-duanya mempunyai sifat ke-english-an yang paling sempurna.
Morrissey memenuhi semua ciri-ciri yang perlu ada pada seorang 'englishman'. Perlu diingat, bolasepak di cipta oleh englishman. Morrissey, yang pernah dicop sebagai racist dan anti-immigrant dipercayai boleh mengembalikan semula keunikan bolasepak inggeris yang sangat basic; Tendang bola ,kejar bola ,hisap rokok dan minum beer.
Morrissey juga idola skinhead dan Mod. Beliau diberitakan menjadi penyokong kelab bolasepak dan 'culture' Millwall, sebuah kelab bolasepak di England yang paling ganas hooligans nya. Masih samar-samar kelab manakah yang diikuti oleh Morrissey, West Ham, Millwall atau yang paling selalu dikaitkan dan paling rapat dengannya; Manchester United. Ini kerana pada tour tahun 1995, beliau menulis perkataan 'Cantona' pada tamborinnya dan lagunya 'Roy's Keen' pula didekasikan kepada seorang lagi kapten Manchester United, Roy Keane.
Dengan Morrissey, pasukan England akan jadi lebih kental. Semua pemain gembira dengan pemilihan Morrissey. Semua dengar lagu-lagu Morrissey, kecuali Walcott, sebab dia masih budak dan tulis 'Backstreet Boys' sebagai artis kegemaran. Takpa, semua budak macam tu.
England, Bigmouth Strikes Again!
USA - Tunggu gua Sam's Army!
Faktor yang kedua, USA tahun ni ada pemain sayap kanan yang berpengalaman dan memiliki hantaran yang silang yang mendebarkan. Yes. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah,
A Seleção
Idola Isnin – Gerd Muller
Ini Gerd Muller Nombor 13 Der Bomber
Tapi pakcik otai Muller kita adalah pemenang Piala Euro 1972 dan Piala Dunia 1974. Dia juga pemenang kasut emas Piala Dunia 1970, menjuarai Bundesliga bersama Bayern Munich sebanyak 4 kali dan Champions League 3 kali.
Dalam karier bolasepaknya pakcik otai ini telah menyumbatkan 489 gol di peringkat kelab. Dalam persada antarabangsa, telah menjaringkan 68 gol dari 62 perlawanan, purata 1.1 gol setiap perlawanan.
Sekaligus melayakkan beliau menerima jolokan ‘Bomber der Nation’ atau ringkasnya, Der Bomber. Dah boleh kira setaraf dengan Mokhtar Dahari.
Gerd Muller dilahirkan tanggal 28 Zulkaedah 1364 Hijrah di Nordlingen, Jerman. Ketika muda bermain untuk kelab tempatan TSV 1861 Nordlingen sebelum diserap masuk ke Bayern Munich pada 1964, tahun orang putih.
Der Bomber kali pertama menggegar arena bolasepak dunia pada tahun 1970 ketika Piala Dunia di Mexico. Dalam kejohanan tahun 1970 ini Gerd Muller menyumbat 10 biji gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan (1 vs Morocco, 3 vs Bulgaria, 3 vs Peru, 1 vs England dan 2 vs Itali). Tetapi laluan Jerman tersekat di separuh akhir apabila tewas kepada Itali 3-4 dalam perlawanan yang digelar Game of The Century. Jerman pulang dengan hanya mendapat tempat ke-3.
Tapi bak kata orang apalah Jerman kalau tidak resilien. Pada tahun 1972 ketika kejohanan Euro di Belgium, Der Bomber membantu skuad Jerman menjulang Piala Euro selepas menewaskan Soviet Union 3-0. Kejayaan ini menjadi pemangkin dua tahun kemudiannya apabila Piala Dunia 1974 diadakan di Jerman.
Bermain di negara sendiri, Jerman adalah faveret untuk menjuarai Piala Dunia 1974. Setelah menyumbatkan 3 gol sebelumnya (menentang Australia, Yugoslavia dan Poland), Gerd Muller berjaya membantu Jerman layak ke perlawanan akhir menentang pasukan Total Football, Belanda. Jerman menang 2-1 dengan Der Bomber muncul penjaring gol kemenangan. Ia juga merupakan gol terakhir beliau buat Jerman kerana sebaik saja menjulang Piala Dunia beliau mengumumkan persaraan dari arena bolasepak antarabangsa.
Ger Muller tersenarai dalam FIFA 100 sebagai antara pemain bolasepak terhebat dunia. Selepas bersara beliau menceburkan diri buat seketika dalam kancah minuman botol sehinggalah kelab lama beliau Bayern Munich menyelamatkan Der Bomber dari terus menjadi Der Botol.
Kini Gerd Muller berkhidmat sebagai jurulatih skuad simpanan Bayern Munich. Sokernet difahamkan pejabat beliau hanya 50 kaki saja jauhnya dari pejabat bekas pemain bolasepak Malaysia, Lim Teong Kim yang merupakan jurulatih skuad remaja Bayern Munich. Sokernet syak mereka sekali-sekala lepak bersama minum air botol.
Sebagai mengenang kehebatan penyerang Jerman ini, adidas mengeluarkan rangkaian pakaian dan kasut diinspirasikan dari Der Bomber sendiri. Harganya boleh tahan mahal, setakat penulis-penulis Sokernet memang tak termampu nak beli. Harap ada pembaca di luar sana yang prihatin dan sudi memberi sumbangan.
Aku pakai saiz M. Kalau kasut UK 8.
David Winner, seorang penulis bolasepak pernah bercerita tentang Der Bomber.
“Müller pendek, jongkok, yang tampak kikuk dan tidak terutama segera, ia tidak pernah berpadanan dengan idea konvensional pemain bola hebat, tapi ia mematikan akselerasi jarak pendek, permainan hawa yang luar biasa, dan naluri mencetak gol luar biasa. kaki pendek itu memberinya aneh pusat graviti rendah, sehingga ia boleh berubah dengan cepat dan dengan keseimbangan sempurna dalam ruang dan pada kelajuan yang akan menyebabkan pemain lain untuk jatuh. Dia juga mempunyai bakat yang mencetak gol dalam situasi tidak.”
Aku main terjemah guna Google Translate.
Gerd Muller. Der Bomber. Selayaknya menerima tumbukan padu bertubi-tubi ke udara!
Nota: Siapakah yang membantu menyelamatkan Greece dari bengkrap? Jerman. Tak perlu guna klip video pun.
*****
Sokernet ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah buat keluarga dan memanjatkan doa buat bapak Gesang Martohartono (lahir 1 Oktober 1917 Surakarta – tutup usia 20 Mei 2010 Surakarta).
“…Mata airmu dari Solo, Terkurung Gunung Seribu, Air mengalir sampai jauh, Akhirnya ke laut…” (Bengawan Solo)
Afrika juara. yeeehahaha
Aku sebenarnya sokong Turki, Senegal dan Mesir. Tapi apa kejadah semua team yang aku sokong tu tak masuk.
Ok, aku pun minat Belanda dan Sepanyol, tapi pengulas lain dan ambik. Boleh je kalau nak ambil sama, tapi aku ada sejarah sebagai seorang Sleeping Partner yang hebat semasa buat assigment di U. Aku tau tulis nama dalam group pastu aku tido. Akhir sem, sedar-sedar je aku dah dapat C.
Jadi bagi mengelakkan gejala tidak sihat itu kembali menghantui aku dalam assigment sokernet kali ini, aku pilih team asing-asing. Team yang aku memang ada sejarah minat. Pertamanya aku minat Ghana. Nama Ghana kalau sebut, semangat aku jadik lain macam. Macam kalau aku sebut nama Ayatul Husna.
Selain Ghana aku juga nak amik Nigeria. Ok, Nigeria aku memang minat time USA 1994. Jersinya sangat rare. Pastu individu skillnya, ngeeee.... Wong Sai Kong pun tabik.
Ok, sekarang dah jelas, aku pilih Ghana dan Nigeria. Oleh kerana, antara banyak-banyak pengulas, pengetahuan bola aku yang paling tidak boleh pakai, jadi untuk assigment kali ini aku kena buat kajian lapangan. Aku akan pergi ke Ghana dan selepas itu singgah ke Nigeria. Aku dah buat proposal dan hantar ke board Sokernet. Dalam proposal itu aku ada letak jugak, aku nak jual AK 47 dan helikopter Chinook kat pemberontak Afrika. Selepas tu buat usahawan kecil dan sederhana jual batu berlian.
Tapi memandang bajet tak ada, proposal aku ditolak walaupun aku dah cakap aku nak jual AK 47 dan helikopter Chinook. Usahawan kecil batu permata pun tak boleh jalan. Jadi aku terpaksa buat kajian lapangan di Cyber Jaya, di Lim Kok Wing dan juga di UIA. Khabarnya tempat2 tu banyak mamat Afrika. Tidak kisahlah Afrika belah mana, janji dia tak jual jam dan dompet kat aku.
Hidup Ghana dan Nigeria. Yeeeeaahahaha.
Espana 2010
Sekian.
Wait, tapi bukan Torres injured ke? He can play meh?
Okay if Torres not playing then aku pilih Korea Selatan. Sebab ada Park Ji Sung.
Wait, Korea Selatan layak kan?
Seriesli, mana nak pilih ni @obefiend ? @luciusmaximus ?
Aku keliru. Nanti buat research sikit, bila aku balik KL 29hb May ni aku finalize nak buka camp negara mana eh?
Tahniah Inter Milan - Kegersangan 45 Tahun Berakhir
As expected Inter Milan memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara semalam. Aku tak tengok pasal bukan team aku main. Anyway pagi tadi aku tengok takde penulis-penulis Sokernet update pasal game semalam. Bukak masa layan Melodi tadi pun masih takde update! Lepas layan ulangan finale AF pun takde lagi berita baru. Maka aku pun "be a man do the right thing" dan mengikut saranan Russel Peters.
Inter menang dengan selesa sekali dengan 2 gol jaringan Diego Milito. Aku dengar cerita gol-gol dia cantik tapi Youtube pun takde highlight lagi. Aku setuju aje la dengan laporan media di website lain. Memang mendak penulis Sokernet ni saudara-saudara sekalian. Kalau bukan team dari Angleterre memang payah lah update. Sekor-sekor bagi alasan pegi kenduri kahwin lah, siapkan proposal FYP lah , kumpul minyak tumpah dekat Teluk Mexicolah ,tengah kongkek sumandak lah. Apa-apa ajelah asalkan tak tengok team non English. We call this "The Reverse Platini".
Pehalpun nampak gayanya memang sah lah Jose ke Madrid musim depan. Sudah lepas sesi interview dengan warna-warna terbang sekali. Dengan kemenangan semalam Jose memasuki kelab ekslusif manager yang menang Champs League dengan lebih dari satu kelab. Manager lain didalam kelab ekslusif ini ialah Ernst Happel dan Ottmar Hitzfeld. Tambah bergaya lagi dia kalahkan bekas mentor dia di Barcelona dulu yakni Luis Van Gaal. Bercakap pasal anak murid kalahkan mentor, aku masih menanti Steve Bruce, Royston Keane, Paul Ince dan Steve McLaren untuk mengalahkan mentor derang Sir Red Nose. Stop rolling over like a road kill!
Tahniah inter! Penantian 45 tahun berakhir semalam. Sedang penyokong Inter bergembira sempat jugak aku usha forum-forum bola. Rata-rata penyokong Barca masih tak puas hati kalah masa semi harituh. Sore loser sial. Udah-udah la pakai alasan yang "defensive football is not football". Bosan sampai berbuih taik telinga aku dengar alasan bangang korang tu. At the end of the day dekat piala telinga besar dah terukir nama F.C. Internazionale Milano bukan Futbol Club Barcelona de Catalonia. Cuba lagi tahun depan. Belilah balik semua bekas pemain Barca secara pukal dimulakan dengan Francesc Fabregas. Kalau ada duit lebih tapau sekali Mikel Arteta. Kalau tak menang jugak tau tak pakcik nak kata apa lagi.
Bercakap pasal penantian 45 tahun, aku harap tahun ni penantian England selama 44 tahun untuk menang World Cup akan berakhir jugak. Kamon England!
Season sudah habis. Takde lagi perlawanan peringkat kelab kecuali di liga Malaysia. Kalau ketagih bola sila la ke stadium-stadium terdekat anda. Majulah sukan bolsepak untuk Sultan Pahang!
p/s : England sudah kena chop dengan Jorji. Maka aku akan cover pasukan Totaalvoetbal, Das Oranje!
WORLD CUP CLASSIC - GERMANY VS GREECE
Ke Nako
VAMOS
Jadi sudah terang lagi bersuluh kem mana saya berpihak kan?
oi!
EPL dah habis?
Patut la malam minggu lepas aku dibawah sedar menonton AF. Semua ini berpunca kerana bukan Manchester United yang menjadi juara. Jika Manchester United yang menjadi juara, mesti kemeriahan naik bas 2 tingkat angkut piala sampai atau keluar dari sempadan tanah British. Lain pasukan menjadi juara, semua tak ambik port. Soccernet.com pun tak jadikan berita utama. Lagi-lagi kalau menang 1 point.
Manchester United akan kembali musim depan untuk kejuaraan ke 19. Pak Alex mungkin tak perlu beli mana-mana superstar. Manchester United hanya perlukan Rudeboy bebas dari kecederaan dan 'keadilan' yang telus dari pengadil untuk kembali menjadi juara dan mengembalikan semula kemeriahan 'epl' ketahap sebenar. :)
Piala Dunia datang lagi!
Kejohanan Piala Dunia atau Piala Eropah tanpa kehadiran England ibarat majlis berkhatan tak jadi sebab budak dah lari masuk hutan. Apa bestnya? makan pun tak lalu sebab kenduri dah jadi hambar. Euro 2008 tanpa England, mana meriah. Spain jadi juara tu pun sebab England tak main. Akibatnya Torres main Liverpool dan Liverpool dapat no 7 musim 2009. Nampak?
:P
Seperti tipikal Man U supporter lain, aku akan menyokong England pada Piala Dunia kali ini. Aku memang penyokong England dijiwa tetapi dihati hanya ada 1Malaysia. Jika Malaysia layak ke Piala Dunia, semestinyalah atas tiket tuan rumah. Hanya itu satu-satunya cara Malaysia boleh layak. Tabur la duit banyak-banyak dan buat stadium tahan runtuh serta lobi la FIFA...aku yakin, kita ada 'kepakaran luarbiasa' untuk kerja-kerja menghabiskan duit dan melobi ini. Masa tu aku akan jeritkan ''Malaysia!!" yang paling kuat dari dalam hati.
Tapi sebelum sampai kesitu, kita rapatkan barisan, kita sokong England!
Dibawah Capello, semua pemain England yang besar ego (terutama dari Chelsea) jadi lemah dan takut. Itu adalah taktik pertama yang terbaik buat Capello dalam mengatur strategi dan taktikal. Kalau besar kepala macam mana nak beri arahan atau ikut arahan?
Tiada isu atau kecederaan dalam skuad England yang boleh menjejaskan persiapan ke Afrika. Cuma isu main perempuan dari kelab Chelsea dan banyak hal lain yang dah lapuk. Semuanya berjaya 'diselamatkan' oleh pemain-pemain berjiwa besar Manchester United. Lilitan kapten digenggam kemas Ferdinand. Rudeboy Rooney bersedia untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Keevin Keegan berkata "Tanpa Rooney, England langsung tiada peluang untuk menang di Afrika".
Melabuhkan Tirai
Sebagai penutup tirai musim ini, kita ulas kembali liga-liga bolasepak utama Eropah sepanjang musim 2009/10 ini.
Premier League
1. Chelsea
2. Manchester United
3. Arsenal
Musim 2009/10 memperlihatkan saingan liga yang agak luar biasa di England. Malah persaingan ini dilaporkan semakin panas dengan kewujudan Sokernet yang turut membantu membakar setiap pasukan yang bertanding.
Manchester United turun dengan matlamat untuk mencipta rekod menjuarai liga 4 musim berturutan. Chelsea pula membawa masuk Carlo Ancelotti sebagai pengurus baru dengan harapan untuk merampas kembali takhta liga. Di Emirates, Arsenal pula penuh yakin anak-anak muda mereka kali ini sudah cukup matang untuk bergelar juara.
Liverpool pula seperti biasa. ‘This Could Be Our Year’ versi ke-1,892.
Bagaimanapun ramalan Big Four meleset apabila muncul kebangkitan kuasa baru dalam susuk Tottenham Hotspur dan Manchester City, yang banyak berbelanja besar untuk memperkuatkan skuad mereka. Ia diburukkan lagi dengan prestasi Liverpool yang merudum jatuh musim ini.
Menjelang penghujung musim, saingan yang agak terbuka bertukar menjadi perlumbaan antara 2 kelab, Chelsea dan Manchester United. Arsenal yang bermula garang pada awal musim ketinggalan agak jauh malahan prestasi mereka agak goyah di babak akhir saingan. Arsene Wenger sekali lagi menyalahkan faktor kecederaan pemain.
Persaingan tempat ke-4 dan slot Champions League terakhir juga menjadi tarikan utama bila Spurs, Man City dan Aston Villa bersaing sesama mereka. Pengurus Liverpool, Rafa Benitez juga tidak mahu ketinggalan untuk tumpang sekaki dengan menjanjikan tempat ke-4 buat Liverpool. Beliau mengotekan janjinya kemudian dengan menduduki tempat ke-7 liga.
Di penghujung liga, Chelsea muncul juara dengan kelebihan hanya satu mata berbanding Manchester United. Arsenal menduduki tangga ke-3 seperti kebiasaan manakal Spurs muncul pendatang baru Champions League.
Liverpool hanya tinggal sejarah, di bawah Man City dan Aston Villa.
Tim faveret:
Chelsea muncul juara liga (dan juga FA Cup) dalam musim pertama di bawah Carlo Ancelotti. Mereka juga turut mencipta rekod baru dengan meledakkan 103 gol semusim dalam saingan liga. Didier Drogba muncul pemenang kasut emas dengan 29 gol, menewaskan mamat tumbukan padu ke udara.
Bundesliga
1. Bayern Munich
2. Schalke 04
3. Werder Bremen
Liga bolasepak terbaik dunia pada tanggapan peribadi aku tapi sayangnya kerana di Malaysia kita lebih mengikuti EPL, maka kurang laporan mengenainya di Sokernet.
Bayern Munich muncul juara Bundesliga (kejuaraan ke-21 mereka) dalam musim pertama di bawah pengurus Belanda, Louis van Gaal.
Saingan yang pada awalnya agak sengit berkesudahan dengan Schalke 04 di tangga ke-2 liga dengan 5 mata di belakang Bayern Munich. Werder Bremen mengisi slot Champions League terakhir di tangga ke-3.
Tim faveret:
Borussia Dortmund kembali memberikan saingan terbaik mereka setelah mencatatkan prestasi buruk musim lepas. Buat beberapa ketika di awal saingan liga, Dortmund dilihat sebagai salah satu calon kejuaraan liga tetapi persembahan mereka merosot di penghujung saingan liga. Bagaimanapun tangga ke-6 liga dilihat sebagai pencapaian yang agak baik dengan peluang beraksi di Europa League musim depan.
Primera Division
1. FC Barcelona
2. Real Madrid
3. Valencia
Macam di England, saingan La Liga musim ini memperlihatkan perlumbaan antara dua kelab. Real Madrid yang berbelanja mengalahkan Cik Kiah shopping raya sekali lagi kecewa apabila mahkota La Liga tetap milik FC Barcelona.
Valencia menduduki tangga ke-3 liga tapi mereka ketinggalan 28 mata di belakang Barcelona yang jelas menunjukkan betapa La Liga sudah berubah menjadi seakan duopoly seperti Scottish Premier League. Slot Champions League terakhir untuk Sepanyol diisi oleh Sevilla.
Tim faveret:
Atletico Madrid mencatatkan antara keputusan terburuk La Liga mereka apabila hanya mampu menduduki tempat ke-9 liga musim ini. Mereka kalah 17 perlawanan liga sekalipun dilihat antara kelab yang mempunyai barisan pemain terbaik di Sepanyol. Nasib mereka berjaya menumpaskan Liverpool dalam saingan separuh akhir Europa League dan seterusnya bergelar juara Europa yang pertama.
Serie A
1. Internazionale
2. AS Roma
3. AC Milan
Inter terus mengekalkan dominasi Serie A mereka buat musim ke-5 berturut-turut. Apa yang dimulakan oleh Roberto Mancini diteruskan oleh Jose Mourinho ketika Juventus dan Milan dilihat seperti menempuhi era kemerosotan.
Saingan kepada Inter dan Mourinho dilihat datang dari lelaki yang pernah diganti oleh Mourinho di Chelsea dulu, Claudio Ranieri. Beliau memimpin Roma untuk memberikan saingan hingga ke penghujung musim tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan hanya 2 mata di belakang juara liga tersebut.
Sampdoria membuat kejutan dengan mengisi slot terakhir Champions League sedangkan Juventus mengikut jejak Liverpool, tangga ke-7 liga.
Tim faveret:
Inter kekal kuasa bolasepak nombor satu Itali dengan merangkul kejuaraan liga ke-18 mereka. Ia diserikan lagi dengan kejayaan Double bila mereka menumpaskan Roma dalam Coppa Italia. Kini The Special One mengimpikan trofi Champions League untuk melengkapkan kejuaraan Treble buat Inter dan diri beliau sendiri.
Ligue 1
1. Olympique Marseille
2. Olympique Lyon
3. AJ Auxerre
Marseille menamatkan kemarau 18 tahun tanpa kejuaraan liga dengan memenangi Ligue 1 mengatasi Lyon dengan kelebihan 6 mata. Mungkin Liverpool boleh belajar dari Marseille cara-cara menamatkan kemarau kejuaraan liga ini.
Auxerre berjaya mengisi slot Champions League terakhir buat Perancis manakala juara musim lepas, Bordeaux hanya mampu menduduki tangga ke-6 di bawah Lille dan Montpellier.
Tim faveret:
Marseille kembali ke takhta liga selepas 18 tahun lamanya, sekaligus menyamai rekod 10 kejuaraan liga bersama AS St Etienne sebagai kelab yang paling banyak menjuarai liga di Perancis. Tapi sampai sekarang aku masih terkilan anak kelahiran Marseille, Zinedine Zidane tidak pernah pun bermain untuk Marseille.
Kem Jerman Membuka Gelanggang
Piala Dunia tinggal sekarton rokok lagi jauhnya. Aku macam biasa terus setia bersama Jerman selagi Malaysia belum melayakkan diri ke Piala Dunia dan dengan ini membuka kem Jerman di Sokernet secara rasmi. Mana-mana pengulas yang mahu satu kem dialu-alukan begitu juga para pembaca Sokernet sekalian.
Siapa yang undi Sepanyol kat sebelah, boleh blah!
Aku juga secara rasmi mengisytiharkan Sarah Brandner sebagai maskot dan simbol perjuangan kem Jerman di Sokernet.
Babe, Beer dan Bola, Trisakti 3B yang mengharukan
Update Piala Dunia 2010
Sokernet agak sibuk sejak kebelakangan ini setelah tersebar berita kerajaan bersedia meluluskan lesen perjudian bolasepak sempena memberkati Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti.
Sokernet sekarang sedang rancak menyediakan kertas kerja dan cadangan untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.
Dingin dan Nazri sedang merangka formula terbaik yang menjamin situasi menang-menang untuk sindiket judi dan kerajaan.
Obefiend dan Jorji pula ditugaskan ke ibu pejabat FIFA untuk mendapatkan sokongan orang-orang besar di sana.
Mengenai pembentangan kertas kerja, kami serahkan pada Pipiyapong selaku belia 4B dan mahasiswa harapan negara. Harap dia tahu cara mengikat tali leher. Cikgu Jannah kami hantar sebagai setiausaha sulit.
Pengulas kem Spurs yang tak berapa berbunyi, kami hantar untuk cari sumber modal dari Ah Long-Ah Long seluruh Malaysia.
Walaupun sehingga berita ini ditulis Vincent Tan dan Berjaya Group telah dilaporkan bakal mendapat hak eksklusif lesen judi tersebut, Sokernet yakin peluang masih terbuka.
Ini kerana mengambil kira Sokernet adalah 100% milik Melayu dan Bumiputera dan mengikut hak-hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan, orang Melayu juga harus diberikan kuota dalam perjudian.
Jika tidak, aku akan jumpa Ibrahim Ali dari Persatuan Peribumi Perkasa secara in person untuk menuntut hak-hak kami seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Bagi para pembaca Sokernet, boleh hantar permohonan anda ke sini.