ARKIB SOKERNET

26

EDISI GEMPAR: KAMI MENUNTUT HAK KESELAMATAN BRADER LINESMAN

Nazri Khamis, September 30, 2010 ,

Accidente laboral en el partido que enfrentaba al Racing de Santander y al Getafe, cuando un jugador estampa el balón en la pierna del juez de línea y lo desestabiliza.

También nos gustaría confirmar la cuestión relativa a Pipiyapong pene pequeño, que ha sido disscussed temprana. Sí, se confirma que tiene pene pequeño.
17

EDISI CHAP AYAM..APA ADA HAL.....

saudagar gaRAM..
Team chap ayam bermain di reban sendiri menentang kelab juara Belanda..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam terpaksa ketepikan Jermain Defoe pasal injury dia yang amek masa lama nak ok..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam diorang kata tak punya taji pasal semua player cuma tahap suam2 kuku punya bintang..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam punya playmaker si Luka (bukan diketiak..tapi Modric) tak tersenarai..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam punya pembelian mengejut amek penalti..R.V.D (bukan dari WWE yaa...) amek penalti tak masuk..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam punya RVD kena kad kuning..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam punya RVD tebus kesalahan dengan sumbat sebijik..
gua kata..INI BARU HAL...

Team chap ayam hantar ayam Russia sumbat sebijik lagi penalti pasal ayam RVD tak sumbat betul2 first tadi..
gua kata..INI BARU HAL...

Juara Belanda cuba bangkit lepas kena berak dua kali..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam punya RVD kena kad kuning kedua lepas foul pada Juara Belanda..
gua kata..apa ada hal...

Team chap ayam kena main seploh orang..
gua kata..apa ada hal...

Ayam Russia naik tocang..amek skali lagi penalti..sumbat lagi sebijik..
gua kata..INI BARU HAL...

Ayam "pertahanan-naik-pangkat-jadi-winger" tunjuk sayap bagi sebijik lagi dalam reban Juara Belanda..
gua kata..INI BARU HAL...
mengantuk..
apa ada hal....


Team "apa ada hal" 4 - Team juara Belanda 1..
APA ADA HAL...


16

'Liverpool' 4 - Werder Bremen 0: Skuad Sejarah Mengganas Di Eropah!

Tak senonoh la uols ni cakap Liverpool tak main kat Champions League! I kan ada, I kan Liverpool, tulen taw! Cuma sekarang I tak pakai tali leher merah je dah, I pilih kaler biru lak. Baru Keep The Blue Flag Flying High! Hiks!
13

Eropah Sebenar

Europa bukan Eropah sebenar. Kehebatan bermain di liga eropah sebenar memang mengasyikkan dan mendebarkan. Dengar lagu tema Champions League aje boleh buat meremang bulu tengkuk. Hanya pasukan terbaik dipentas eropah saja yang layak bermain dalam liga elit ini.

Manchester United bertandang ke Valencia bersama rekod kemenangan yang buruk di tanah Sepanyol. Ditambah pula dengan beberapa tonggak utama yang cedera. Giggsy takda, Scholsy takda..C.Ronaldo takda..Tevez takda.. Rooney tak ikut jugak. Tapi kemenangan dan 3 mata tetap menjadi misi utama Sir Alex Ferguson. Untuk berjaya, sebarang alasan haruslah ditolak tepi. Biar putih tulang, jangan putih rambut macam Sammy Lee. Takkan tak kenal Sammy Lee... :P

Apahal aku lak kene ni?

Bila barisan pemain Manchester United keluar ke padang, aku terus rasa cuak. Valencia adalah pasukan yang kuat dan sedang top form serta Klasemen di La Liga sekarang. Mampukah barisan pemain Manchester United yang bukan first 11 bertahan?

Memang parah kesebelasan United malam tadi. Passing agak hancur, possesion hancur jugak, midfeild Carrick dan Fletcher hancur, Anderson tak support Berba dan Berba adalah Berba. Mujur pertahanan Manchester United bermain baik. Ferdinand kembali dan benar-benar menyumbang tenaga bersama Vidic. Adakah pertahanan United kembali menjadi 5 bintang?

Mengikut statistik perlawanan, permainan memang agak bosan. Valencia membuat 10 percubaan dan hanya 1 on target. Manchester United buat 8 percubaan dan hanya 2 on target. Memang penat melayan bolasepak sebenar malam tadi. Valencia menguasai 53% permainan dan menggasak kubu United sampai aku pun rasa nak turun pergi bertahan bersama Vidic! Phew!

Chikadies sedang menunjukkan cara sebenar menjaringkan gol dalam perlawanan.

Kemasukan Chikadies dan Macheda membuktikan percaturan Pak Alex sentiasa benar dan adalah salah (kalau dalam ugama, berdosa) mempertikaikan keputusannya. Beliau menurunkan Chikadies dan bukan Owen untuk menyerang dan ternyata berhasil dengan hanya beberapa sentuhan sahaja.
15

Hari Suram Buat Penduduk Valencia



11

GERMANY ROCKS


Tak sure sebenarnya lagu ni memang betul sempena Piala Dunia haritu. Malas pulak aku nak bergoogle. Dah kasi keyword, pandai-pandai la kome mencari kebenarannya.

Tapi scene makwe tongue bola tu memang gua straight fikir simbolism untuk...alah, korang tahulah kan apa bendanya.

Tapi makwe blonde time 0:18 yang nampak pusat yang menyisir rambut gaya berahi tu gua chop. Lain-lain Lucius punya. J or Ji dan Fdaus tak boleh sebab dah ada anak. Pipi? Dia kote kecik, tak sesuai makwe Jerman.


15

Legend 2

Jorji
... tapi ada juga orang ingat i ada kene mengena dengan Karathu..i tak kisah.. i tetap support Liverpool.
31

Legend

Sebenornye kalau kome nak tau, M Karathu ni lagi legend. Tapi keme peminat Kejor Yob Kejor maleh nak bising je, ajenye ye!
55

Sokernet : Tribute to A Hero


29 tahun telah berlalu...pergimu tiada pengganti.


"The socialism i believe, it's not really politics. it is a way of living. it is humanity. I believe the only way to live and to be truly successful is by collective effort, with everyone working for each other, everyone helping each other, and everyone having a share of the rewards at the end of the day. That might be asking a lot, but it's the way i see football, and the way i see life"

Bill Shankly OBE
2 sept 1913 - 29 sept 1981
17

Rebiu: Chelsea 2 - Olympique Marseille 0

LuciusMaximus ,



Teknik berkepak ni memang pembawaan dari badi Olympique Marseille nampaknya.

Cis, klasemen kat dalam Kumpulan F lah pula.

Untuk malam ini punya perlawanan bolasepak sebenar, aku tilik Valencia 2 - Bolasepak Sebenar United 0.

Kita tunggu SMS dari Jorji nanti.
p/s: Pos ini aku tukar waktu terbitan dari 8:14 pagi kepada 8:00 pagi untuk memastikan pos khas Bill Shankly duduk di atas. Benda-benda sejarah dan sandarkan pada kenangan ni kita kena respek, betul tak?
16

Gumby Messi

Obefiend Weiland Selasa, September 28, 2010
47

Bolasepak Sebenar.

Jorji Isnin, September 27, 2010
Bolasepak diselang selikan dengan nasi himpit pada hujung minggu lepas memang menarik. Banyak yang buat open house. Yang buat open house dirumah orang lain pun ada!

Open House 1.

Obi Mikel, sebelum perlawanan menentang Man City buat kenyataan; Dia akan takut jika terpaksa menjadi pemain pertahanan menentang penyerang pasukan Chelsea yang menyerang dari berbagai arah.

Obi Mikel... kalau lawan team lomah boleh la. Kalau Roman mampu beli semua jadual perlawanan dan pengadil, lagi la boleh menang 6-0 tiap minggu. Kalau boleh beli semua benda pun, belum tentu boleh beli Tevez, sebab Tevez itu Dinosaur!

Tevez score waktu aku sedang mencicah lemang ke rendang ayam. Delicious!

Bila aku sms ke Ayahanda Kem Chelsea yang separuh dari Manchester itu adalah BIRU, dia tak balas. Sibuk kemas baju la tu.

Open House 2.

Bertukar siaran ke perlawanan Liverpool pula, aku jadi kenyang melihat Liverpool ketinggalan 1-2 pada Sunderland. Main kat Anfield tu.

Gerrard juga ada buat kenyataan akhbar Daily Mail; Liverpool target akan berada pada kedudukan ke 4 hujung musim ini. Aku mula-mula nak tergelak ada, nak nangis pun ada. Belum pernah dalam sejarah pasukan yang berada di no 16 liga buat kenyataan berani macam tu.

Tapi lepas itu aku disedarkan yang Gerrard target tu ialah top 4 kebawah. Liverpool nak bersaing dalam perebutan turun liga yang juga agak menarik semenjak dua menjak ini.

Tandukan Gerrard memang cun bila menyamakan kedudukan jadi 2-2.

Open House 3.

Aku melompat ke perlawanan remaja belia banyak alasan- saiko pengadil nak menang aje- ARSENAL.

Mereka tak belajar dari kesilapan musim lepas. Almunia adalah punca semua masalah, sama macam Lehmann, tapi Wenger fikir, pengadil yang selalu kasi mereka kalah. Bukan penjaga gawang yang malas nak terbang ALmunia.

Hanya Samir Nasri yang betul-betul bermain malam tu. Emirates menyaksikan West Brooom menyapu bersih 3 mata dan naik ke tangga ke 6 liga.

Open House 4.

Perlawanan bolasepak sebenar bermula dengan Bolton menjaringkan gol secara tak sengaja pada minit ke 6. Open game selama 90 minit yang mendebarkan! Nani membuktikan beliau layak menggantikan tempat C.Ronaldo yang berpindah ke Real Madrid. Beliau

Setiap kali Nani mendapat bola, pertahanan Bolton mula kucar kacir. Nani dribble secara solo pada minit ke 23 dari tengah padang dan terus meledakkan satu tendangan leret ke sudut gol dan ,terhasillah antara gol cantik untuk musim 2010/11.

Pertahanan Manchester United masih belum solid. Vidic memang la fearless, ganas dan solid, serta beliau adalah O Captain! My Captain! tapi Evans dan yang lain masih belum cukup power untuk bergandingan dengan Vidic. Akibatnya, pertahanan Manchester united agak mudah dicerobohi setakat ini.

Boleh kata pertahanan yang paling lemah semenjak zaman Pallister dan Brucey.

Owen menyelamatkan Manchester United dengan menanduk masuk tendangan percuma Nani, Manchester United menyelamatkan Owen dari terperusuk kebawah liga bersama Liverpool. phew! Itulah Keadilan.

90 minit penuh aksi bolasepak sebenar.

.............................................................

Aku banyak kali bercerita tentang momentum sebelum ini dan minggu ini jelas momentum Chelsea dan Arsenal dah terhenti dari menjaringkan banyak gol. Atau dah terhenti lebih awal di Carling Cup?

Mungkin juga mereka punya persamaan. Satu team orang tua dan satu team remaja. Apakah persamaannya?
18

Lagenda Bolasepak Bulgaria

Emil Kostadinov (1988-1998) - 70 cap, 26 gol


Borislav Mihaylov (1983-1998) - 102 cap



Hristo Stoichkov (1986-1999) - 83 cap, 37 gol



Martin Petrov (1999 - sekarang) - 1 gol malam tadi lawan Manchester United

"The players are going to play like millionaires and are not a team" - bercakap mengenai Manchester City

"It's better we don't speak, I'm not the family of Berbatov" - tentang Dimitar 'Berbaflop' Berbatov

"I can remember how Bolton used to play. But when they spoke to me they made it clear they wanted to try play more football; that helped me to make up my mind" - tentang menyertai Bolton Wanderers

"Bolasepak sebenar" - bukan Martin Petrov, tapi SMS dari Jorji selepas seri malam tadi
18

APA ADA HAL? (ya, petikan catchphrase Lucius M)


Season 2007-2008, by the 3rd game dah kalah. - Klasemen

season 2008-2009, by the the 3rd game (again) dah kalah. - Klasemen

Season 2009-2010, by the SECOND game, dah kalah. - Naib Klasemen

Season 2010-2011....enam game dah... belum kalah.

Belum klasemen, tapi treblemen le gamaknye nanti weih.

Sekali sekala tolong...

...diri sendiri (cukup bergaya sederhana) dengan mendekatkan jarak team yang kalah semalam (Chelsea) dan menjauhkan jarak dengan team yang kalah semalam (Arsenal).

Apa ada hal?

original entry: apa ada hal

UPDATE: Terima kasih kepada Encik Zinedane atas nota pembetulan anda.
28

HAHAHAHAHHA HAH A HA HW AH HA H WH AH AH AH

HHAHA HA HA H AHA H AHHAHA AHA AHA HAHAAHAH HAHAHA HA HA AH HAHA HA HAH AHHHA HAHA HA h AHHAAH hAH AHA AHH AHAHA AHH AHH Ha ha hHAHA AH HA AHHA AHAHAH AH AHHA HAHAH AHA HA

Bolton?

HAHA HA AH AHAA H HHAHAH HAHAAHA HHAHA A HAH HAHA HA HA HA AH AHAH A AHHAH HAHAHA HA HA H AH AHA HH HAHAHA HAHA AH HAHA AH AH HA AH AH HAH AAHA A AHHAHAH HAHAAHA AHA HA



Tak payah ngada ngada bagi Knighthood dekat Ryan Giggs. Bagi dekat Zat Knight lagi bagus. Bekas pemain Fulham tu. Very nice! Yezzaaaaaaa




Tak sia-sia aku me-Nostradamus-kan diri aku semalam.


16

Mencari Pipistuta


Roberto Di Matteo, menghantui Arsenal sebagai pemain dan pengurus.

Apa Pipis? Apa Tuta?
30

Liverpool berseri-seri

Liverpool seri. Memang jahanam! Seri memang tidak patut untuk kelab yang digembar-gemburkan bakal memenangi BPL pada musim ini.

Tidak mengapa. Kita kembali ke Padang MPK.











Maaf, maksud saya, kita kembali ke Padang Kota Raja.





21

Ambik Ubat!

Sarang tebuan jangan dijolok...
16

Kalau Mahu Memburu Burung - Jangan Pakai Meriam

Ini burung Throstle.. ianya lincah.. ianya laju. Ianya burung yang kecil dan selalu dipandang rendah oleh binatang-binatang lain




Ini pula meriam gangsa . Meriam gangsa selalunya digunakan sebagai artileri menembak barisan askar suatu ketika dulu.



Dari perlawanan hari ini. Kita belajar 3 important lessons:


1. Meriam gangsa slow.. lambang loading dan mahal.Tak sesuai untuk menburu burung Throstle yang kecil.
2. Burung Throstle walaupun kecik tapi patukan dia annoying. Kalau patuk banyak kali tukang loading meriam pun givap. Pasal tulah meriam gagal melawan
3. Meriam gangsa ialah senjata zaman silam. Kali terakhir meriam gangsa digunakan dengan baiknya ialah ketika perang dunia pertama. Dah tak boleh pakai lagi dalam zaman bom pintar dan nuklear.

Final Score

Meriam Gangsa 2 - 3 Burung Throstle



15

Apa Ada Hal?

LuciusMaximus Sabtu, September 25, 2010

Musim lepas pun kalah 2 kali dengan Manchester City, tapi akhirnya klasemen juga.

Musim ni baru kalah sekali, masih klasemen.

Sekali-sekala tolong Tevez & Co. dapat posisi atas Manchester United, best juga.

Apa ada hal?
28

NEGERI DI BAWAH BAYU


Hari ini Lucius Maximus terbang meninggalkan tanah semenanjung menuju ke Sabah, negeri tercinta beliau.

Pemergian beliau mendapat perhatian seseorang yang mengirimkan sms ke handphone rasmi pejabat Sokernet sebentar tadi.


"Yo, u kim salam kt brder Lucius. Ckp kt dierrr - Ya A Awww"

Semoga Lucius tenang hendaknya di sana menjalankan amanah negara.

Sekian saya melaporkan dari Alima Ukay Perdana.

Back to you Shaukei Kahar
4

Futsal Sokernet


Gua marah betul dengan backdrop gambar ni...

Tak patut sangat ye tak?,

Kahkahkah!


Teka Bola malam ini:

Man City 3 - Chelsea 1
Arsenal 1 - WestBrom 1
Liverpool 0 - Sunderland 8
8

Bedah Siasat: Klinik Futsal Sokernet

Klinik Futsal Sokernet Sempena Birthday Pipiyapong berjalan dengan selamat sebentar tadi, walaupun diadakan di tempat jin bertendang atau lebih sesuai lagi tempat bunuh dan bakar orang. Aku siap sampai lambat dan terlepas upacara nyanyian "Allah Selamatkan Kamu" khusus untuk Pipiyapong. Mungkin lepas ni pihak penganjur boleh buat di Ladang Gadong, Banting pula.

Para pengulas Sokernet yang hadir ialah Saudagar Garam, Nazri M Anuar, Fdausamad, Jorji dan aku sendiri. Para peserta klinik yang terdiri dari kalangan pembaca Sokernet aku kira secara kasar tadi ada dalam 3 bas rombongan ramainya. Terima kasih atas sambutan menggalakkan.

Usai futsal, satu sesi bedah siasat dan luahan rasa telah diadakan di Restoran Darussalam SS15 Subang Jaya khusus untuk menilai dan mengupas kelebihan dan kelemahan setiap peserta klinik. Rumusan pakar Sokernet mendapati kebanyakan peserta memilih Nasi Lemak Ayam Darussalam sebagai makanan pilihan tengah malam. Sia-sia saja berfutsal.

Sekian saja laporan ringkas untuk malam ini. Mungkin lepas ini ada pengulas lain yang boleh cerita lebih lanjut dengan bukti bergambar. Pasal Chelsea kalah itu hari, lepas futsal tadi aku dah beri penjelasan. Siapa tak dengar tadi jawabnya memang tak lama dah tu.

P/S: Dalam 75% dari peserta klinik futsal tadi khabarnya telah mendapat tawaran kontrak dari kelab-kelab utama England seperti Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Northampton Town FC. Ya betul, Northampton Town FC.
10

Malam Ni, Jangan Lupa

LuciusMaximus Jumaat, September 24, 2010 , , ,
Klinik Futsal Sokernet Bersama Pipiyapong

Tempat : De Stadium Futsal Subang (03-80249778 kalau sesat)
Alamat : Lot 862 Jalan Subang 8, USJ19 Taman Perindustrian Subang, Selandia Baru.
Tarikh : 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H
Waktu : 9.30 malam hingga 12 tengah malam

p/s: Yang pasal Chelsea kalah tu, lepas futsal nanti kita cerita.
52

Soalan UPSR 2010 (Ujian Penilaian Sokernet Rendah)

MDM FARAH FAIZURA
Jawab soalan di bawah. Borang OMR boleh didapati di koperasi sekolah.

1. Dalam perlawanan Piala Carling menentang Newcastle pada 22 September 2010, Chelsea adalah kelab yang:

A: Terklasemen.

B: Klasemen.

C: Tumbukan padu ke udara

D: Ternewcastle


  1. Pemain ini menjaringkan dua gol pada perlawanan 22 September 2010. Siapakah nama pemain ini.

A: Anelka.

B: Drogba.

C: Petr Cech

D: Peter Kenyon


3. Di manakah perlawanan bola sepak antara Newcastle dan Chelsea pada 22 September 2010?

A: Emirates Stadium.

B: Theartre of Illusion.

C: Stadium Paroi

D: Padang MPK (Majlis Perbandaran Klang)


4. Dalam pertandingan Piala Eropah, Chelsea sudah menang sebanyak:

A: 5 kali.

B: 9 Kali

C: 1 kali

D: 2 kali.


Selamat menjawab soalan UPSR dan selamat berjaya.


Jawapan akan diberikan pada Kelas Futsal Sokernet bersama dengan Cikgu Pipiyapong,




11

Bahan


Woii geng pengulas!

Chelsex kalah semalam takde siapa nak bahan ke?,

Demn!

Mana adil macam ni, kesian la Liverpool.

Gua punya kuota entry 'bahan' dah habis. Guna la kuota lu orang kejap. Janganla kedekut sangat!

Kahkahkah...
73

Sokernet : Quote of The Day



Quote di atas mengajar kita 3 iktibar berguna:

1. Jangan amalkan Blaming Culture - macam contoh quote

2. Kalau nak kritik, kritik lah masa kita dalam pentadbiran/organisasi, bukan berperangai kecut telor dan bersikap 'cari makan braderrr..', dah keluar dari pentadbiran baru nak kritik!, Fakingg helll!! - juga macam quote di atas

3. Jangan tuduh orang lain tak tahu pasal bola, ajak masuk padang dulu tengok dia punya passing macam mana, lepastu bandingkan dengan ukur lilit perut Rafa Benitez..baru boleh cerita..

17

Klinik Futsal Sokernet Bersama Birthday Boy Pipiyapong


Ya, Klinik Futsal Sokernet datang lagi!

Melihat kepada kejayaan klinik futsal edisi pertama bersama Abang Lucius, Sokernet mengambil keputusan untuk sekali lagi menganjurkan klinik futsal edisi yang kedua pula.

Klinik Futsal Sokernet Bersama Pipiyapong

Tempat : De Stadium Futsal Subang (03-80249778 kalau sesat)
Alamat : Lot 862 Jalan Subang 8, USJ19 Taman Perindustrian Subang, Selandia Baru.
Tarikh : 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H
Waktu : 9.30 malam hingga 12 tengah malam

Kepada semua pembaca Sokernet, khususnya pemuja Pipiyapong dan bolasepak ART, sila datang beramai-ramai untuk mengimarahkan majlis.

Antara pengisian program klinik futsal ini ialah:

1) Mendalami seni bolasepak ART mengikut falsafah Arsene Wenger, Thierry Henry dan pastinya Pipiyapong Abdillah Hamzah.

2) Meraikan ‘belated birthday’ Pipiyapong. Ya, Pipiyapong juga sambut birthday macam kita semua!

3) Merapatkan silaturahim antara pengulas dan pembaca Sokernet, antara Diego dan Nazri, Bungwahab dan Lucius, Kardio dan Fdausamad dan sebagainya.

4) Mengasah bakat-bakat terpendam. Kalau ada lah.

Aturcara majlis (tentatif):

9.00 – 9.30 : Ketibaan para peserta klinik futsal berserta WAGS masing-masing dan pendaftaran peserta

9.30 – 9.40 : Ucapan alu-aluan oleh Pipiyapong diikuti nyanyian Allah Selamatkan Kamu oleh para perserta khusus untuk Pipiyapong

9.40 – 9.50 : Taklimat keselamatan oleh Nazri dan sesi memanaskan badan dibawah kendalian Awi Rui

9.50 – 10.00 : Bacaan doa oleh jemputan khas Al-Fadhil Ustaz Fdausamad

10.00 – 12.00 : Sepak mula dan sepak bola

12.00 merangkak ke Subuh : Sesi post mortem dan minum-minum sambil mengupas dan mengkritik persembahan setiap peserta (moderator: Jorji)

Bagi mereka yang berminat bolehlah hadir. Peluang sebegini tak datang bergolek tiap-tiap hari. Banyak ilmu yang nak diturunkan oleh Pipiyapong nanti. Kalau terlepas yang ini terpaksalah tunggu sampai Prof Arsene Wenger turun Malaysia nanti. Tapi kalau ikut gaya Arsenal sekarang yang tak menang apa trofi pun, memang lambat lagilah.

Seperkara lagi, jangan letak harapan terlalu tinggu untuk dengar Pipiyapong bersuara. Orang ART ni banyak diam. Kita harap diam-diam ubi lah, bukan besi.



Para graduan Klinik Futsal Sokernet edisi pertama dulu. Dengar cerita 90% dari graduan dah disambar oleh Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Kelantan Red Warriors
14

MARI MENGENAL KELAB BOLA: NORTHAMPTON TOWN FC

Nazri Khamis, September 23, 2010

Bertemu lagi kita dalam ruangan "Mari Mengenal Kelab Bola".

Kali ini kita berkenalan dengan sebuah kelab KECIL bergelar:

NORTHAMPTON TOWN FC:


Ini logo depa;

Ini wallpaper team depa;

nickname deme: The Cobblers!

Ini laman web rasmi deme: http://www.ntfc.co.uk/page/Welcome

Sayugia dimaklumkan mereka berkedudukan nombor 17 dalam League Two sehingga tarikh hari ini.

Sekian Terima kasih

notakaki: siapa bangkitkan hal-hal last season memang sahih, mereka team "Sandarkan Pada Kenangan", la la la la la la
6

Pengadil Kontroversi Kantol Bawak Kokain

Obefiend Weiland ,
Masihkah lu ingat?

Pengadil penuh kontroveris dari Ecuador, Byron Moreno ditahan di Lapangan Terbang John F Kennedy kerana cuba menyeludup masuk 10 paun (6 KG) kokain pada tubuhnya. Byron Moreno ialah pengadil yang dituduh makan suap oleh pasukan dan peminat Itali setelah pasukan mereka kalah pada perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2002. Beliau ditahan di US kerana kelihatan cuak semacam setibanya di JFK dari Ecuador. Pegawai kastam yang curiga melakukan body search dan menjumpai 10 bungkusan dadah yang dibungkus didalam plastic pada seluar dalam yang dipakai Moreno. Bagi perisa tambahan kepada kokain kalau letak dalam spender. Cepat high.



Dalam perlawanan kontroversi menentang Korea Selatan , Itali kalah mengejut 2-1. Franceso Totti dibuang padang, gol "kemenangan" Itali dibatalkan kerana offside dan penalti tidak diberikan keatas kekasaran pemain Korea.



Selepas Piala Dunia, Byron buat hal lagi. Dalam satu perlawnan liga Ecuador, Byron memberi masa tambahan selama 11 minit! And you guys complained about "Fergie Time" !. Akibat penambahan masa yang melampau, Byron Moreno digantung 20 perlawanan. Sejurus selepas itu beliau bersara dari menjadi pengadil.

Ketua pasukan Itali pada tahun 2002 apabila diminta memberi komen tentang penangkapan Byron berkata

"Gua rasa sejak 2002 lagi dia dah ada kokain dalam badan dia. Bukan dalam seluar dalam dia seperti semalan"

SUMBER KARDIO
17

Teknik rahsia - bagaimana mereka berjaya dan bersemangat luar biasa.- (Pemain dan pengurus)

Lama aku tak datang sini. Aku agak sibuk juga sebenarnya. Aku kena ke Anfield bagi moral sapot kat pemain Liverpool terutamanya Torres. Apatah lagi selepas terkalah pada Berba beberapa hari lepas. Susah juga. Yalah, harapan peminat tinggi, jadi tekanan kat pemain pun tinggi. Apatah lagi semua orang dah syak yang Liverpool akan bolot semua piala yang mereka tandingi pada musim ini.

Pemain-pemain Liverpool semuanya dah semangat balik selepas aku cakap, “Tuhan datangkan ribut, kerana Dia mahu hadiahkan kita pelangi selepas berlalunya ribut.” Boleh tahan naik juga semangat mereka selepas dengar moral sapot aku, terutamanya Ngog.

Pemain Liverpool gembira selepas aku memberikan kata-kata nasihat berkenaan pelangi.

Cuma manager Roy je yang masih takda semangat. Macam-macam dah aku cakap kat Roy. Aku cakap, “Hidup cuma sementara, akhirat juga kekal abadi.” Dia tak boleh terima. Aku cakap pula, “Huruf I sebenarnya salah letak. I sepatutnya dekat dengan U.” Lagilah dia tak boleh terima.

Last-last, aku terjumpa iklan ini. Boleh tahan dia punya tagline. Rahsia tarikh lahir. Aku pun daftarkan Uncle Roy masuk. Aku fikir mesti kursus ni boleh naikkan balik semangat uncle Roy.

Iklan Rahsia Tarikh lahir. Iklan yang letakkan jari pada dahi. Aku yakin ia boleh mengembalikan semangat uncle Roy dan seterusnya menjadikan Liverpool Hebat.

Uncle Roy semasa kursus. Beliau sedang meletakkan jari pada dahi.

Semasa aku lawat Uncle Roy jugak, aku terkejut jumpa player dan manager yang lain. Tak sangka mereka pun masuk kursus Rahsia tarikh lahir. Jadi ini rupa-rupanya rahsia kejayaan mereka. Mereka sudah terlebih dahulu masuk kursus letak jari kat dahi ni.

Antaranya:








Antara sebab Ronaldinho terer main bola. Lihat jarinya, sudah siap bersedia nak tahu tarikh lahirnya.

Melo pun sama.


Rooney juga boleh tahan hebatnya dalam teknik rahsia tarikh lahir.

Alex Fergusan pun sibuk tak tahu rahsia tarikh lahir. Tapi salah teknik.


Arsene Wanger terlebih nak tahu tarikh lahir.









Namun, Drogba yang paling ganas nak tahu tarikh lahir.










Anda bila lagi?

Bangga juga aku. Rupa-rupanya teknik daripada Malaysia yang mereka guna. Hebat! Aku fikir Skuad Harimau patut cuba benda-benda ni. Oklah, cau dulu. Gerrard ajak makan.

YNWA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...