ARKIB SOKERNET

48

YENUWA Buat Fernando Torres?

Obefiend Weiland Isnin, Januari 31, 2011 ,
Adakah ini bakal jadi realiti?



20

Bior Seri, Asal Ada Mate!


Maskot teman boleh nonyoh lidah masuk serombong kapal, maskot mike boleh?

Pasukan bolasepak teman memulakan musim deghoyan, maaf musim Liga Super 2011 dengan mencatat keputusan seri di Cheras bergomol dengan deme budak Kolumpo. Ater, ngapenye kalau seri? Bak kata orang kampung teman, bior pape asal bergaye. Dalam bola, bior seri asal ada mate! Ajenye.

Seri kat tempat lawan haram teman tak heran. Bukannye habih tumpor pun. Bior pun Akmal Rizal nendang penalti mencicor je rupenye, tapi keme ada Shafiq Jamal. Jurulatih pasukan teman Norizan Bakar pun nyerongeng je dapat satu mate.

Pahang klasemen? Tak adenye teman nak teghoyak, belum lebuh lagi piala Liga Super 2011. Setakat Pahang tu teman buat macam kukor nyor je!

Malam esok, Perak bakal menyambut kunjungan Johor FC. Teman harap Yob dan Yong di Perak semua nyongket ke Stadium Perak stadium keramat kita. Yang jantan, jangan penyegan duduk rumah keghoje nyonggoh bini je. Yang betina, jangan tenggek laki je keghojenye, tenggek ayor takpe!

Ingat teman nak ngabor ni, kome tu beranak kat Perak, makan tempoyak ikan mayong. Bukan beranak kat Liverpool. Sedor diri tu sikit.

Pasal Razali Umar Kandasamy udoh sebulan tak turun training, ni teman nak ngabor. Mike Razali kalau nak main bola bebenor buat cara nak main bola. Kalau penyegan rupe ni teman rasa elok mike keghoje kat Nasi Vangge. Rupe hawo perangai!
26

Kalau Dah Namanya Happy Warriors



Happy Warriors

Ini bukan Abdul yang cakap, tapi New Straits Times yang cakap:

The match was stopped for 10 minutes by referee Yusof Mat Karim when Kelantan fans threw objects and let-off fire-crackers on the linesman, photographers, and Selangor players near the grand stand area.


Berita lanjut, klik sini.

Ada satu bintang kat jersi pun tak guna kalau penyokong masih lagi mentaliti 'kosong' bintang. Perangai nate beruk namanya ni.
17

Logo Dakwah

FdausAmad



Logo ni gua tengok ada lain macam sikit..

Sekali imbas gambar ni nampak rupa brader berjambang, berserban dan pakai spek hitam. Macam logo Prudential pun ada juga sikit sikit..

Apa kejadah logo Piala Malaysia letak gambar muka orang?,

Adakah ini bermakna Piala Malaysia ada agenda dakwah?

42

Happy Warriors Juara Piala Sumbangsih


Buat pertama kali dalam sejarah, pasukan Happy Warrior menjuarai Piala Sumbangsih menewaskan Red Giant 2-0 di Stadium Shah Alam.

Tahniah Happy Warriors!

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Happy Warriors Gomo

27

Liga Super Malaysia 2011: Bolasepak Kita, Wajah Kita

LuciusMaximus




Hari yang dinantikan akhirnya telah tiba. Liga Super Malaysia musim 2011 akan bersepak mula malam ini di saat Piala Asia 2011 bakal melabuhkan tirai dan saingan FA Cup di England menjadi semakin rancak. Kesetiaan setiap dari kita yang mengaku Harimau Malaya sejurus selepas kejayaan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini bakal teruji.

Tujuh perlawanan melibatkan 14 pasukan berlangsung hari ini. Tumpuan utama pastinya perlawanan antara Selangor dan Kelantan yang turut melibatkan perebutan Piala Sumbangsih. Seawal jam 4.45 petang pula Terengganu menyambut kunjungan Sabah atas faktor ketiadaan lampu limpah yang mengikut piawaian.

Sokernet sempat menghubungi Ayah Pin untuk mendapatkan tilikan tak berapa boleh pakai untuk pusingan pertama Liga Super Malaysia.

Selangor 2
Kelantan 1

Terengganu 1
Sabah 1

Kuala Lumpur 0
Perak 2

Johor FC 2
Felda United 0

Kedah 3
T-Team 1

Negeri Sembilan 1
Harimau Muda A 1

Pahang 0
Perlis 5

Sementara itu, Australia pula bertemu Jepun dalam saingan akhir Piala Asia 2011.

Australia 1
Jepun 2

Ayah Pin juga sempat memberi tilikan untuk pertemuan Everton dan Chelsea dalam FA Cup.

Everton 1
Chelsea 4

Lain-lain perlawanan, Ayah Pin bilang tak penting.
21

Ultra Jang

Jorji Khamis, Januari 27, 2011 , ,
Jang kali ini membori laluan kepada artikel sumbangan Saudara Azfar Ridhwan untuk memperkenalkan skuad Jang bagi musim 2011. Terima kasih Jang ucapkan. Kito jumpo kek Bukit Jalil nanti.. biasola tiap tahun poie final. Selamat membaco!



Oleh Jang Azfar

Sebelum pengumuman tajaan Astro yang bernilai lebih RM200 juta, Negeri Sembilan tidak terhegeh-hegeh menunggu wang ihsan dari FAM tetapi terlebih dahulu memulakan langkah ke hadapan dengan mendapatkan tajaan baru dari Lotto (RM suku juta) yang akan menggantikan Kappa sebagai jersi rasmi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Muhammad Hassan pula memberi suntikan imbuhan (jumlah yang seperti biasa dirahsiakan) dan meletakkan sasaran misi tiga piala; Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Walaupun bekas penjaga gol utama, Sani Anuar Kamsani dan bekas ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya bersama lapan pemain lain meninggalkan skuad Rusa, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan akan sekali lagi mempertaruhkan pemain-pemain muda dari skuad Piala Presiden bersama kemasukan beberapa pemain berkualiti untuk musim baru.

Penjaga gol utama kali ini ialah Farizal Marlias dari Perlis yang merupakan penjaga gol utama kebangsaan (juga pernah menentang Manchester United 18 bulan lalu) tetapi disebabkan kecederaan sebelum kejohanan AFF Piala Suzuki 2010, kedudukan dalam skuad kebangsaan kini mendapat cabaran dari wira baru negara, Khairul Fahmi.

Di bahagian pertahanan, Negeri Sembilan berjaya mendapatkan khidmat ketua skuad kebangsaan, Zamani Misbah yang juga bernasib malang dengan kecederaan sebelum Safiq Rahim memikul tanggungjawab dengan jayanya sebagai ketua pasukan kebangsaan di kejohanan sama, AFF Piala Suzuki 2010. Zamani akan bergandingan dengan Aidil Zafuan untuk musim baru ini manakala Shukor Adan akan kembali ke posisi asal, pemain tengah (box-to-box midfielder).

Pemain muda Halim Zainal menyinar dalam penampilan sulung pada musim lepas meyakinkan Wan Jamak tidak membuat perubahan besar dalam jentera tengah dengan mengekalkan khidmat Idris Karim, Shahurain dan pemain sayap kebangsaan, S. Kunalan.

Tenaga serangan akan lebih tajam dengan kehadiran pemain Hai-O berteknologi nano, Hairuddin Omar untuk membantu penyerang kebangsaan, Zaquan Adha. Tidak ketinggalan pula kemasukan pemain utama Harimau Muda, Fakri Saarani yang juga menimpa nasib malang mengalami kecederaan sebelum kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 dan K. Rajagopal membuat tindakan bijak dengan menggantikannya dengan Ashaari Shamsudin, penjaring gol kedua ketika perlawanan akhir menentang Indonesia di Bukit Jalil.

Dengan kemasukan beberapa pemain berkualiti, misi tiga piala tidak mustahil untuk dikecapi. Tidak seperti pemenang Piala Malaysia lepas, Kelantan yang bukan setakat kehilangan penyerang Hairuddin Omar tetapi juga Indra Putra, Norfarhan berhijrah ke skuad T-Team bahkan Akmal Rizal juga akan meninggalkan Kelantan.

Misi Tiga Piala: Hobin Jang Hobin!

Senarai Jang Gayo Pejuang, gontar tiado, Pialo kito punyo!

Ahmad Aminuddin ShaharuddinForward
Ahmad Fakri SaaraniForward
Hairudin OmarForward
Mohd Firdaus AzizulForward
Mohd Zaquan Adha Abdul RazakForward
Abdul Halim ZainalMidfield
Idris Abdul KarimMidfield
Kunanlan SubramaniamMidfield
Mahathevan GengatharanMidfield
Mohd Shaffik Abdul RahmanMidfield
Shahurain Abu SamahMidfield
Irwan Fadzli IdrusDefend
Mohamad Aidil Zafuan Abdul RazakDefend
Mohd Aliff SamsudinDefend
Muhamad Shukor AdanDefend
Norhafiz Zamani MisbahDefend
Qhairul Anwar RoslaniDefend
Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku AhmadDefend
Mohd Farizal HarunGoalkeeper
Mohd Farizal MarliasGoalkeeper
Muhammad Hanif SaiedGoalkeeper

50

ARSENAL's Babies

FdausAmad ,


Low Sperm Count???

Alahh..budak budak memang pancut tak banyak...

Apa ada hal?

86

Blackpool lebih baik dari Liverpool - Patrice Evra simulut Perancis.

Jorji Rabu, Januari 26, 2011
Mereka tak perlu perempuan jadi penjaga garisan untuk menjaringkan gol


Sudah terlalu lama rasanya penyokong pasukan bolasepak terunggul dunia, Manchester United TIDAK diberikan rasa cemas dan ketinggalan gol. Tapi aku yakin 100 peratus dari mereka semua sangat yakin dengan percaturan Pak Alex dan memenangi perlawanan tadi.

"cumming from behind memberikan inzal yang tak terhingga kepada saya" ujar Vovinski.

Ya, hanya beberapa kerat manusia sahaja yang tahu akan kelebihan datang dari belakang ini. Ketinggalan 0-2 kepada Blackpool memang telah dijangkakan dari awal oleh Manchester United. Mereka berhadapan dengan pasukan yang begitu yakin dalam menyerang. Satu keyakinan dan taktik serangan yang tiada pada pool2 lain, hatta Kacang Haji Pool.

Justeru, barisan pertahanan Manchester United tewas 2 kali hasil tandukan dari 2 tendangan sudut. Ketiadaan Rio Ferdinand jelas disitu.

Kemasukan Ryan Giggs menggantikan Gibson dimasa kedua cukup untuk membuktikan yang hanya ada 1Ryan Giggs sahaja dalam dunia bolasepak dan ianya bermain untuk pasukan Manchester United. Ryan Giggs main gaya abang-abang lalu pemain Blackpool jadi segan. Penyokong Blackpool yang dari awal tadi bernyanyi sambil membuka baju, keriangan, terus senyap bila Berba men'tap' cantik lorongan Fletcher. Mereka dah tau dah..mereka bakal ditapau!

2 minit kemudian Cheekedees menambah luka dihati Blackpool bila menjaringkan cantik gol hasil hantaran berbisa Giggs. Penyokong Blackpool mula terasa sejuk dan memakai baju semula.
15 minit kemudian Berba menutup mulut penyokong Arsenal yang fikir hanya mereka saja pasukan invincible didunia ini dengan menyumbat gawang Blackpool sampai koyak jaring. Itu peringatan ilmiah kepada penyokong Arsenal katernyerrr...

Peminat Arsenal yang tak ingat larian Giggs ni dia tak berilmiah


Ahhh..dah lama tak buat ulasan berilmiah separa bongkak macam ni.. tenang rasanya dalam kedinginan angin subuh.. ahhhhh..

Glory Glory Manchester United uolls!
24

Buli Ba Kalau Kau!

LuciusMaximus Isnin, Januari 24, 2011 , , ,




Pasukan bolasepak paling klasemen di Borneo Utara kini kembali ke Liga Super selepas 5 tahun bertapa di atas Gunung Kinabalu.

Ya, Sabah kini kembali dalam Liga Super untuk memporak-perandakan semua pasukan Malaya yang lain. Ini adalah pasukan negeri yang pernah melahirkan jagoan bolasepak negara seperti James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah, Matlan Marjan dan Scott Ollerenshaw. Bukan pemain jambu yang hanya tahu kahwin dengan artis harap muka tapi berlakon tak berapa nak pergi.

Bersempena dengan kembalinya Sabah ke Liga Super, maskot pasukan telah diubah dari Rhino (Badak) kepada Hawk (Helang). Ini untuk menjamin skuad Sabah sentiasa terbang tinggi di puncak klasemen. Atukoi!



Membarisi skuad 2011 Sabah ialah:

NAMA: MOHD. SALAWI BIN AHMAD JASAD
TARIKH LAHIR: 03 JANUARI 1989
TEMPAT LAHIR: : KOTA KINABALU
UMUR: 21 TAHUN
POSISI: PENJAGA GOL

NAMA: AZIZON BIN ABDUL KADIR
TARIKH LAHIR: 10 JUN 1980
TEMPAT LAHIR: BATU GAJAH, PERAK.
UMUR: 30 TAHUN
POSISI: PENJAGA GOL

NAMA: SYED ADNEY BIN SYED HUSSIEN
TARIKH LAHIR: 29 NOVEMBER 1986
TEMPAT LAHIR: PETALING JAYA, SELANGOR
UMUR: 24 TAHUN
POSISI: PENJAGA GOL

NAMA: RADZI BIN MOHD. HUSSIN
TARIKH LAHIR: 12 JUNE 1986
TEMPAT LAHIR: BEAUFORT, SABAH
UMUR: 24 TAHUN
POSISI: MIDFIELD/PEMAIN TENGAH

NAMA: JEREMY MATTHEW DANKER
TARIKH LAHIR: 20 FEBRUARI 1984
TEMPAT LAHIR: KLANG, SELANGOR
UMUR: 26 TAHUN
POSISI: PERTAHANAN KANAN/MIDFIELD

NAMA: MOHD SAFFUAN BIN IBRAHIM
TARIKH LAHIR: 13 NOVEMBER 1985
TEMPAT LAHIR: TANAH MERAH, KELANTAN
UMUR: 25 TAHUN
POSISI: PENYERANG/TENGAH

NAMA: SIVAKUMAR A/L M MUNUSAMY
TARIKH LAHIR: 06 MARCH 1984
TEMPAT LAHIR: KULAI, JOHOR
UMUR: 26 TAHUN
POSISI: PERTAHANAN

NAMA: STANLEY BERNARD STEPHEN SAMUEL
TARIKH LAHIR: 10 MARCH 1986
TEMPAT LAHIR: PUCHONG, SELANGOR
UMUR: 24 TAHUN
POSISI: PENYERANG

NAMA: ZURAINDEY BIN JUMAI
TARIKH LAHIR: 30 MARCH 1980
TEMPAT LAHIR: TUARAN, SABAH
UMUR: 30 TAHUN
POSISI: TENGAH

NAMA: MAFRY BIN BALANG
TARIKH LAHIR: 26 MAC 1984
TEMPAT LAHIR: KG. LONG PASIA, SIPITANG
UMUR: 26 TAHUN
POSISI: PERTAHANAN

NAMA: MOHD REITHUDIN BIN AG EMRAN
TARIKH LAHIR: 05 OGOS 1978
TEMPAT LAHIR: W.P LABUAN
UMUR: 32 TAHUN
POSISI: PERTAHANAN

NAMA: SUMARDI BIN HAJALAN
TARIKH LAHIR: 12 JANUARI 1985
TEMPAT LAHIR: TAWAU, SABAH
UMUR: 25 TAHUN
POSISI: MIDFIELD/ PEMAIN TENGAH

NAMA: ROSDIN BIN WASLI
TARIKH LAHIR: 26 JUNE 1982
TEMPAT LAHIR: KOTA KINABALU
UMUR: 28 TAHUN
POSISI: MIDFIELD/PEMAIN TENGAH DAN PERTAHANAN

NAMA: ZAINIZAM BIN MARJAN
TARIKH LAHIR: 11 MEI 1980
TEMPAT LAHIR: KOTA BELUD
UMUR: 29 TAHUN
POSISI: MIDFIELD/PEMAIN TENGAH DAN PENYERANG

NAMA: JULAMRI BIN MUHAMMAD
TARIKH LAHIR: 18 OKTOBER 1985
TEMPAT LAHIR: TAWAU
UMUR: 25 TAHUN
POSISI: MIDFIELD/PEMAIN TENGAH

NAMA: SHAHRUL AZHAR BIN TURE
TARIKH LAHIR: 15 SEPTEMBER 1985
TEMPAT LAHIR: TAWAU
UMUR: 25 TAHUN
POSISI: MIDFIELD/PEMAIN TENGAH

NAMA: RAZLAN BIN OTO
TARIKH LAHIR: 18 FEBRUARI 1984
TEMPAT LAHIR: SANDAKAN
UMUR: 26 TAHUN
POSISI: PENYERANG

NAMA: ALTO BIN LINUS
TARIKH LAHIR: 25 SEPTEMBER 1986
TEMPAT LAHIR: KENINGAU
UMUR: 24 TAHUN
POSISI: PENYERANG

NAMA: LEOPOLD ALFONSO OTONG
TARIKH LAHIR: 09 JULAI 1991
TEMPAT LAHIR: PENAMPANG, SABAH.
UMUR: 19 TAHUN
POSISI: PENYERANG

NAMA: MD FARID BIN IDERIS
TARIKH LAHIR: 04 JUNE 1982
TEMPAT LAHIR: JOHOR
UMUR: 28 TAHUN
POSISI: PENYERANG

NAMA: SABRI BIN SAHAR
TARIKH LAHIR: 01 SEPTEMBER 1992
TEMPAT LAHIR: INANAM, SABAH
UMUR: 18 TAHUN
POSISI: TENGAH

NAMA: THANARAJ A/L KUMARASAMY
TARIKH LAHIR: 03 JANUARI 1986
TEMPAT LAHIR: SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
UMUR: 24 TAHUN
POSISI: TENGAH

NAMA: HARIRI MOHD SAFII
TARIKH LAHIR: 18 JANUARI 1989
TEMPAT LAHIR: KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
UMUR: 21 TAHUN
POSISI: PERTAHANAN

JURULATIH: GARY PHILLIPS

Maklumat lanjut mengenai pasukan Sabah boleh dilihat di laman Sabahawks.

Sebagai satu-satunya pengulas Sokernet yang berpengkalan di Sabah, maka aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk menerima Sabah sebagai pasukan angkat dan mengulas dengan lebih banyak mengenai Sabah bersempena musim baru bolasepak Malaysia nanti. Lagi pun kalau tak sokong Sabah, apa pula kata sumandak Sabah macam Madelyne Nandu nanti?


Made In Sabah!
6

Jang dah score dah..

Memang sumo Jang- Jang ni handal ko? Main bola handal, makwe handal, pasukan handal.. sumo handal lah. Tapi kali ni, lain macam Jang score. Musim ni memang Jang tapau 3 pialo la. Semangat pasukan Jang memang tinggi. Tahniah Jang!

Tapi tu la..kalau tak handal, tak kawen Jang dengan artis do..

Selamat pengantin Baru!
38

FUTSAL SOKERNET 2011

UPDATE 23 Januari 2011




Maklumat lebih detail akan di update nanti. Sekarang cuma nak kasitau pasukan-pasukan yang berminat sudah boleh berkira-kira nak mula start jogging tepi pantai ala rocky.

TARIKH PERTANDINGAN: 5 Mac 2011
MASA: 830 pagi (pendaftaran) 9 pagi-3 petang
YURAN PERTANDINGAN: RM160 per team (8 orang satu team)
TEMPAT: AKAN DITENTUKAN (tapi yang pastinya di Kuala Lumpur bukan di Kuala Lipis)
MAKSIMUM PASUKAN: 16 sahaja (first pay first serve basis)

Untuk pertanyaan boleh tinggal di ruangan komen.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengemel: sokernetmail at gmail.com

Khabar Angin: Nazri dan Juliana Evans bercinta?

UPDATE 23 Jan 2011

Berikut adalah pasukan yang sudah mendaftar menerusi sokernetmail.

1. Keramat Power - SUDAH BAYAR
2. Chelsea (apa jadah nama team tak kreatif ni?) - SUDAH BAYAR
3. Batu Seremban
4. Kardio FC
5. Satu team dari Melaka yang tak letak nama team - SUDAH BAYAR
6. Matrade
7. Smecorp
8. MIDA
9.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Perlu diingatkan format masih first pay first serve basis, makanya mana yang belum bayar boleh saja dicantas oleh team yang sudah buat payment.

To Kardio dan penyokong-penyokongnya, anda sudah tentunya suka berhibur dan bergelak ketawa menghantar komen-komen yang biasa anda buat, tapi harap entri ini lebih menyentuh Q n A pasal Futsal.

Terima kasih

30

Penolong Pengadil Wanita Pertama EPL

Obefiend Weiland ,

Pengadil Wanita Klasemen

Kalau korang menonton game Wolves vs Liverpool semalam pasti korang perasan seorang kehadiran Sian Massey. Ketika Nando Torres menjaringkan gol pertama Liverpool, Sian menjadi point of discussion. Ada yang kata Nando offside dan Sian buta mata tak nampak kesalahan ini. Tapi bila insiden dimainkan semula secara perlahan keputusan Sian adalah tepat. Good job!



Sian Massey ialah penolong pengadil wanita pertama di Liga Perdana Inggeris. Perlawanan pertama beliau ialah Desember tahun lalu dalam perlawanan diantara Sunderland dan Blackpool. Sebelum ini beliau bertugas sebagai penolong pengadil di liga Championship dan Piala LDV. Beliau juga dipilih menjadi pengadil ketika kejohanan Bolasepak Wanita Eropah tahun lalu walaupun hanya mula menjadi pengadil wanita profesional pada bulan March. At the end of the day she knows her stuff.

Sungguhpun begitu dua pengulas SkySport, Andy Gray dan Richard Keys mempertikaikan perlantikan Sian Massey sebagai lineswomen sebelum perlawanan semalam.Gray dan Keys terkantol semalam mengeluarkan komen seksis dibawah

"Somebody better get down there and explain offside to her"
"Can you believe that? A female linesman. Women don’t know the offside rule"

Gray dan Keys ingatkan mikrofon mereka dipadamkan ketika itu. OWNED gila babi! Kepada Sian Massey keep up the good work and maybe later you can officiate your first EPL match. Just dont accept bribes from Manchester United like Mike Dean and Howard Webb











Laporan asal ZIMBIO

61

This is our season!!

Oh Hell Yeah!

Abang Torres skor 2 bijik.

"Nando is back to his best"


Dan, kami menang 3-0!

THIS IS OUR SEASON!!

Long Live King Kenny! YNWA!
17

Piala Asia 2011: Suku Akhir

LuciusMaximus Jumaat, Januari 21, 2011 ,





Oleh kerana aku sibuk untuk 4 atau 5 hari kebelakangan ini, maka tidak ada berita rangkuman Piala Asia buat beberapa ketika. Ini lumrah Sokernet. Bila pengulas sibuk maka Sokernet akan sunyi sepi. Adat menulis secara percuma.

Piala Asia 2011 kini sudah memasuki fasa pusingan kalah mati. Lapan pasukan telah berjaya layak ke peringkat suku akhir manakala lapan yang lain bungkus dan pulang awal.

Sebelum bermulanya Piala Asia 2011 aku ada meletakkan tilikan pasukan yang bakal melepasi peringkat kumpulan. Berikut keputusan sebenar setiap kumpulan dalam Piala Asia 2011 dan tilikan asal yang diletakkan.

Kumpulan A
Uzbekistan
Qatar
China
Kuwait

Tilikan Gudel Gurita Dewa Laut
Qatar
China
Uzbekistan
Kuwait

Uzbekistan melakukan kejutan untuk muncul juara Kumpulan A serta turut meletakkan White Wolves antara calon pilihan untuk menjuarai Piala Asia 2011. China seperti biasa kekal dengan jolokan ‘Asian perennial underachievers’ apabila terpaksa pulang awal dan menghampakan berbilion rakyat China yang mengharapkan Piala Asia pertama mereka. Qatar yang tewas kepada Uzbekistan pada perlawanan pembukaan kembali bangkit untuk memastikan tuan rumah terus berada dalam kejohanan dan menjamin kehadiran penonton ke stadium. Kuwait pula sekadar melengkapkan jadual.

Kumpulan B
Jepun
Jordan
Syria
Arab Saudi

Tilikan Ayah Pin
Arab Saudi
Jepun
Syria
Jordan

Tilikan Ayah Pin seperti biasa memang tak boleh pakai. Arab Saudi melakukan kejutan dan kemaluan besar ke atas diri sendiri apabila menduduki tangga tercorot kumpulan yang sepatutnya muda buat mereka. Jepun bagaimanapun lebih bernasib baik dan membuktikan keupayaan Samurai Blue berdepan dengan pasukan negara Arab. Jordan dan Syria merebut slot terakhir terima kasih pada kejatuhan Arab Saudi dan dalam perlawanan antara dua negara berjiran ini Jordan muncul pemenang untuk mara ke suku akhir mengiringi Jepun.

Kumpulan C
Australia
Korea Selatan
Bahrain
India

Tilikan ‘almarhum’ Paul The Oracle
Australia
Korea Selatan
Bahrain
India

‘Almarhum’ Paul The Oracle terus mengekalkan reputasinya sebagai penilik bolasepak paling berjaya di alam semesta. Atau mungkin ianya kerana kedudukan Kumpulan C mudah diduga kerana ianya memang mudah. Australia muncul juara mengatasi Korea Selatan dengan kelebihan jaringan tetapi seperti diduga kedua-dua ‘heavyweight’ Asia ini melangkah ke suku akhir dengan mudah. Bahrain yang cuba mengintai peluang untuk mencuri satu slot jelas bukan tandingan dua ‘heavyweight’ tersebut. Sedang India pula sekalipun kalah semua perlawanan akhirnya pulang membawa pengalaman berharga. Paling tidak rekod mereka lebih baik dari rekod Malaysia dalam Piala Asia 2007.

Kumpulan D
Iran
Iraq
Korea Utara
Emiriah Arab Bersatu

Tilikan Paranormal Andi S Chalin
Iran
Emiriah Arab Bersatu
Korea Utara
Iraq

Apa yang awalnya dijangka sebagai kumpulan maut rupanya adalah kumpulan yang mudah buat dua negara berjiran yang pernah berperang sesama sendiri dulu, Iran dan Iraq. Iran mengekalkan rekod kemenangan 100% manakala Iraq pula membuktikan kejayaan edisi 2007 mereka bukan secara kebetulan dan Lions of Mesopotamia sebenarnya masih berkeupayaan untuk mempertahankan kejuaraan kali ini. Korea Utara dan ‘Wayne Rooney Asia’ rupa-rupanya sekadar auta dan bahan propaganda komunis, mereka tidak sehebat mana dan sama membosankan seperti penyokong mereka yang berkemeja dan bertali leher untuk ke stadium. Emiriah Arab Bersatu pula sepatutnya sedar duit yang banyak elok dilaburkan untuk bolasepak tempatan bukannya ke Manchester City.

Dengan selesainya saingan peringkat kumpulan maka kedudukan pusingan kalah mati dan suku akhir terbentuk seperti berikut:

Uzbekistan lawan Jordan
Australia lawan Iraq
Jepun lawan Qatar
Iran lawan Korea Selatan

Melihat kepada kedudukan suku akhir di atas, perlawanan paling sukar diduga ialah pertembungan antara Iran dan Korea Selatan. Australia lawan Iraq juga tidak kurang hebatnya dengan status Iraq sebagai ‘darkhorse’. Uzbekistan dan Jepun sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk ke separuh akhir.

Jepun lawan Qatar adalah pada 9.25 malam ini sedang Uzbekistan lawan Jordan pada 12.25 pagi nanti. Australia lawan Iraq jam 9.25 malam esok diikuti Iran lawan Korea Selatan pada 12.25 pagi Ahad.

Siapa yang sibuk berkata akan tengok Piala Asia 2011 apabila bermula peringkat kalah mati, inilah masanya.
41

Ater?

LuciusMaximus , , , ,



Acappan: Ayoyo Mr Os, itu Kelantan sama Selangor punya orang, belakang ada gaduh juga pasal bintang apa macam?
Mr Os: Mike usah riso Acappan. Deme ingat bintang deme aje. Ater gigi teman deme tak ingat? Sekali teman kokak baru deme tau! Riuh benor pasei bintang, teman nak nanye, deme pernah ke ada player sepet macam Park JS?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

159

Sokkermik #7 - Kelantan vs Selangor

Obefiend Weiland Rabu, Januari 19, 2011 ,


Perihal Bintang

Karya Mohd Faizol



84

Pemain Bolasepak Sebenar



Rafael & Rooney ; "Fuck you! fuck you! fuck youuuu!
Fletcher ; "what the fuckkk?

Rafael Da Silva, pemain pertahanan Manchester United yang bermain hebat bagaikan pemain Brazil, mampu mengelecek dibahagian tengah dan kanan ketika membantu serangan Manchester United, berjaya membuat Gareth Bale mati akal, akan didakwa oleh FA Inggeris kerana kesalahan berkelakuan 'kurang ajar' kepada pengadil permainan, Mike Dean, yang telah melayangkan kad merah kepadanya.

Inilah pemain bolasepak sebenar dan lelaki sejati. Gayo Pejuang!

Sementara itu,

Pandai berlakon buat muka sedih

Penyerang ala kadar Liverpool, Ryan Babel didenda 10,000 pound sterling oleh FA Inggeris atas kesalahan men' tweet' gambar Howard Webb memakai jersi Manchester United. Beliau tidak puashati atas kekalahan Liverpool kepada Manchester United hari itu.

Sissy! ampu kemaluan! ketinggalan keretapi! Saya tweet saya ok! bergundal!


semua sumber dari soccernet.com hari ini.
72

Nemanja United

Jorji Isnin, Januari 17, 2011 , ,


Van Der Vart

Tottenham Hotspurs bermain baik, pemain-pemain mereka sangat laju, gaya serangan yang kemas serta mencemaskan tetapi itu sahaja yang mampu mereka lakukan semenjak 10 tahun yang lalu.

Mereka tidak pernah menang dengan Manchester United semenjak 2001, kenapa malam tadi ada yang fikir akan kekalahan Manchester United?

Bagi peminat Spurs, mereka merasakan perlawanan malam tadi sangat mendebarkan atau mengujakan tetapi tidak kepada Van Der Sar, Vidic, Beckham dan semua makhluk Manchester United. Mereka bermain seperti biasa saja. Ianya adalah perlawanan biasa. Seri tapi klasemen.

Apa makan Nemanja Vidic ni? Kejam macam Serbia! Kental dan seorang pemimpin contoh yang berdisplin tinggi. Bergabung pula dengan Ferdinand, Evra dan Rafael, habis bila nak bolos dan bila nak kalah macam ni? Inilah barisan back four yang paling mantap di EPL selepas barisan pertahanan Liverpool.

Apa makan Van Der Sar ni? Dah 40 tahun, sehelai rambut pun tak kusut malam tadi sebab tiada aksi terbang yang cukup bahaya untuknya. Van Der Varrrttt? Van Damme lagi hebat dalam filem Bloodsport!

Gareth Bale? Chit poodah Interlok!

Aku rasa, tiba masa Manchester United kalah pulak. Aku dah habis modal nak angkuh, bongkak, sombong dan memuji-muji. Dah penat!

Baik tumpukan aje pada ulasan Piala Asia.
36

CILAKE BTOL..

saudagar gaRAM..
cilakak btol..sambung lagi unbeaten dia??
dapat plak anak anak setan merah bawak balik satu mata dari White Hart Lane..

apa pakcik alex tu bagi depa makan ntah..memang bangang macam sial btol..
"satu mata pon jadiklah,lawan team hebat, apa nak buat.."

letak abes semua defend dia ada..main defensive pasal memang dia dah faham kot skuad chap ayam punya pace memang tak ingat dunia..

modric ,van der vaart ,bale ,lennon..tu semua main macam lipas kudung tak reti nak slow down rentak..

memang cilakak..
tapi nasib baik game best..

cuma dua dua defensive macam celaka bagus main..bangsat btol.

"ngantuk main possession camni..sumbat je sedas apa salahnya??"


bangsat..lepas ni turn sape nak bagi pecah rekod mamat ni???tak puas hati btol selagi tak pecah ni..
10

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-9

LuciusMaximus Ahad, Januari 16, 2011 , , , , ,





Okay yang sebenarnya bukan aku tak mahu pos entri tentang kemenangan Chelsea. Kemenangan itu sudah diduga pun. Setakat lawan Blackburn Rovers apa ada hal? Chelsea beb, bukan Liverpool.

Niat aku sebenarnya sepanjang Piala Asia 2011 ini ialah untuk cuba fokus mengenai Piala Asia saja. Tapi sebab Obefiend dah sebut-sebut pasal Chelsea jadi aku tambah sikit.

Kemenangan malam tadi adalah petanda jelas bahawa Chelsea kini kembali dalam pemburuan takhta klasemen. Walaupun ketinggalan agak jauh tetapi secara matematik Chelsea masih berpeluang. Liverpool lain cerita, baik dari segi matematik, sejarah, geografi atau pun pendidikan moral memang dah tak mampu dah.

Jadi kepada semua penyokong Chelsea yang dirahmati sekalian, zigger zagger!

Okay kembali pada Piala Asia 2011.

Pertarungan Paksi Kejahatan

Dua negara yang pernah digelar Uncle Sam sebagai anggota Paksi Kejahatan bermain malam tadi. Republik Islam Iran lawan Republik Rakyat Demokratik Korea atau Korea Utara. Terima kasih pada RTM kerana mengambil alih tugas ESPN dan Star Sport dengan menyiarkan perlawanan ini secara langsung malam tadi. Dengan Datuk Haji Hasbullah Awang dan Richard memberikan ulasan, aku dapat tengok perlawanan Piala Asia 2011 sambil terkekeh-kekeh depan TV.

Korea Utara yang perlukan kemenangan turun dengan sokongan padu dari penyokong mereka yang berkemeja lengkap bertali leher gaya nak pergi temuduga kerani pejabat tanah. Mula aku syak mungkin kakitangan kedutaan Korea Utara di Doha tetapi jumlah mereka punyalah ramai tidak mustahil mereka ini pekerja ladang gandum atau pelombong arang batu paling produktif untuk tahun 2010 yang dipilih sendiri oleh pemimpin agung Kim Jon-Il untuk dihantar terbang percuma ke Qatar sempena Piala Asia 2011. Tahniah!

Tetapi sokongan padu dari komrad-komrad pakai kemeja dan bertali leher tidak dapat membantu Wayne Rooney Asia dan rakan-rakan untuk menundukkan kuasa Republik Islam Iran. Semangat revolusi Iran lebih kuat dan jitu, Karim Ansarifard yang khabarnya kini dalam perhatian kelab Jerman Borussia Dortmund meledak gol kemenangan Iran pada minit ke-62. Iran 1 Korea Utara 0.

Iran kini adalah pasukan pertama yang sah ke suku akhir.

Lions of Mesopotamia Bangkit

Iraq, yang tunduk pada Iran dalam perlawanan pembukaan kembali menghidupkan misi mempertahankan kejuaraan mereka dengan menundukkan Emiriah Arab Bersatu 1-0 malam tadi.

Kedua-dua pasukan seperti akan terikat tanpa jaringan tetapi gol sendiri oleh pemain Emiriah Arab Bersatu, Walid Abbas pada minit ke-90+3 memastikan Iraq mengutip 3 mata penuh dan kini hanya perlu menang ke atas Korea Utara dalam perlawanan terakhir mereka.

Malam Ini

Pusingan peringkat kumpulan kini hampir tamat dan malam ini Kumpulan A akan melabuhkan tirai mereka. Macam biasa mengikut prosedur FIFA setiap perlawanan terakhir kumpulan hendaklah dijalankan serentak untuk mengelak sebarang keputusan yang disengajakan.

Tuan rumah Qatar bertemu Kuwait dalam perlawanan wajib menang untuk mereka layak ke suku akhir. Kuwait pula secara logiknya tidak mempunyai peluang, melainkan mereka menang besar ke atas Qatar untuk mengatasi defisit 3 gol mereka dan menjaminkan kelebihan jaringan.

China pula bertemu Uzbekistan dan masih berpeluang untuk ke suku akhir jika menang dan hanya sekiranya Qatar kalah. Tetapi andai Qatar juga menang ke atas Kuwait maka peluang China tertutup kerana rekod pertemuan China dan Qatar sebelum ini memihak kepada tuan rumah.

RTM melalui TV1 akan menyiarkan siaran langsung pertembungan China dan Uzbekistan malam ini jam 9:15 malam.

Sebelum berpisah, gol dari pemain Iran Karim Ansarifard. Dengan gol sebegini tidak mustahil beliau bakal ke Borussia Dortmund!

22

Mana? Mana? Mana?

Obefiend Weiland ,

Persoalan Terjawab


Eh mana entry melaungkan team klasemen terbaru Manchester City? Mana entry memuji Carlito Tevez yang berjaya membuat one man show semalam? Mana pula update dari Lucius tentang kebangkitan Chelsea di Stamford Bridge? Mana hasil penulisan bongkak dan takabbur pemuda dari Tronoh ini? Apakah sudah insaf dengan dabikan dada beliau sehingga kemenangan kali ini disambut dengan sujud syukur instead of gambar Aslan dari Narnia. Mana pula bebelan separa bongkak Pipistuta? Sejak kebelakangan ini tak nampak langsung nukilan dari penulis paling kacak Sokernet ini? Ke sudah pasrah selepas kalah dengan Ipswich tempohari?



Actually aku ada jawapan mudah untuk semua persoalan anda semua. Malam ni ada game yang lagi best untuk dianjing. Semua pengulas Sokernet dah buat final draft anjingan masing-masing in case Man United dan Liverpool kalah. Hatta Jannah yang terperap ditengah hutan itupun sudah menulis karya bernada apologetic untuk mempertahankan King Kenny sekiranya beliau mempertahankan rekod 100% tanpa menangnya.

At the end of the day tiada yang lebih menginzalkan pengulas Sokernet (dan pembaca Sokernet) selain mentertawakan 2 kelab TERBAIK liga perdana inggeris. We love poking fun at Manure and Sandarkan Pada Kenangan FC more than anything.

Man City pendahulu liga? No one gives a shit
Chelsea menang semalam? No one gives a shit

Arsenal menang mudah ? No one gives a shit


Semua orang menyimpan tahi didalam dubur untuk diberakkan keatas Liverpool dan Manchester United.

Ini fakta..

Kan?

Tak percaya? Tengoklah berapa komen yang bakal ditinggalkan pada entry ini dan bandingkan dengan komen untuk entry MENGANJING yang bakal di post kelak. Just wait and see

Ok aku nak buat banner menganjing pulak. Siapkan template dulu baru update. HAHAHAHA
23

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-8

LuciusMaximus Sabtu, Januari 15, 2011 , , , , ,




May The Force Be With You!


Malam ini semua perlawanan Piala Asia 2011 akan bertembung dengan perlawanan-perlawanan liga bolasepak tempatan yakni EPL. Maka macam biasa keutamaan perlu kita berikan kepada EPL. Kalau bukan rakyat Malaysia nak sokong EPL, siapa lagi?

Senario EPL diutamakan dari Piala Asia ini bukan baru sangat dalam Malaysia. Pada tahun 2007 berjuta-juta anak jati Manchester di Malaysia pernah dihampakan kerana kunjungan Manchester United ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan akibat protes AFC kerana Malaysia juga adalah tuan rumah Piala Asia 2007. Ramai yang kecewa tetapi tidak menyedari Piala Asia 2007 adalah yang pertama buat negara kita sejak perginya arwah Mokhtar Dahari.

Malam ini, kerana EPL maka ESPN dan Star Sport terpaksa memberi laluan kepada perlawanan EPL. Buat mereka yang mempunyai Astro B.yond bagaimanapun bolehlah layan perlawanan Piala Asia 2011 di ESPN HD.

Sepatutnya FAM melobi kepada FA England supaya membenarkan pasukan Harimau Malaya bermain dalam EPL. Atau pun suruh Tony Fernandes beli Hull City dan namakan Harimau Malaya kemudian sumbat pemain Malaysia dalam kelab itu. Lambang pun dah harimau dah.

Asian Heavyweights

Negara bolasepak paling berjaya di Asia, Korea Selatan bertembung dengan pendatang baru bolasepak Asia, Australia. Korea Selatan pernah ke Piala Dunia 8 kali berbanding 3 kali untuk Australia, tetapi dalam ranking FIFA Australia ialah pasukan nombor satu Asia berbanding ke-3 buat Korea.

Korea Selatan yang pertama merobek gawang Australia, pada minit ke-24 melalui pemain muda Koo Ja-Cheol yang bermain untuk Jeju United. Keseluruhan babak pertama dikuasai baik oleh Korea Selatan dengan Australia lebih banyak mengejar bola. Tim Cahill dan Harry Kewell tidak langsung mengancam kubu Korea, dengan Cha Du-Ri cemerlang mengawal pergerakan Cahill.

Australia bagaimanapun menunjukkan peningkatan positif pada separuh masa kedua. Dan pada minit ke-62 mereka diselamatkan oleh pahlawan Jedi bernama Mile Jedinak yang bermain untuk kelab Turki, Genclerbirligi. Ia adalah gol antarabangsa pertama buat Jedinak.

Seri merupakan keputusan yang memuaskan buat kedua pihak. Cuma Korea Selatan kini lebih selesa kerana perlawanan berikutnya ialah India. Australia pula perlu berdepan Bahrain dan wajib menang jika mahu ke suku akhir. Masalahnya Luke Wilshire, David Carnay dan Jason Culina kesemuanya mengalami kecederaan dan sedikit menjejaskan persediaan Socceroos.

Goal Fest

Tujuh gol disajikan dalam pertemuan antara Bahrain dan India dengan penyerang Bahrain Ismaeel Abdullatif menjaringkan 4 gol manakala seorang lagi penyumbang gol Bahrain, Faouzi Aaish dilayangkan kad merah kerana melakukan aksi terjun dalam kotak penalti India.

India walaupun bolos 5 gol tetap memberikan saingan selayaknya buat Bahrain. Gouramangi Singh dan Sunil Chhetri menjaringkan 2 gol buat India. Okaylah tu, Malaysia pun hanya mampu mencatatkan satu gol dalam Piala Asia 2007.

Kalah 5-2, India kini sudah terkeluar dari saingan Piala Asia 2011. Tetapi mengikut kata jurulatih India, Bob Houghton, pengalaman bermain Piala Asia 2011 dan menentang pasukan handalan merupakan pengajaran yang berharga buat Bhangra Boys.

Malam Ini

Pertarungan Paksi Kejahatan antara Iran dan Korea Utara berlangsung jam 9:15 malam dan Jong Tae-Se kali ini berjanjikan akan melakukan satu tumbukan padu ke udara. Kemudian pada 12:15 pagi Emiriah Arab Bersatu berdepan pula dengan juara bertahan Iraq.

Sebelum berpisah, aksi gol dari pemain Sporting Kansas City dan India, Sunil Chhetri. Jadahnya India ada pemain yang bermain di MLS Amerika Syarikat? Kita baru nak hantar Safee Sali keluar pun dah kecoh satu kampung. Tapi sebenarnya kalau dilihat dengan teliti, Renedy Singh sudah pun terlebih dulu meletakkan bola dalam gawang melalui screamer beliau.

17

Aku, Liverpool dan Sarawak.

Apabila ada orang bertanya, apa yang aku ingat pada tahun 1985? Banyak yang boleh aku ingat, sebab hidup aku pada waktu itu bersifat khusus. Seperti hamster yang berlari-lari di dalam sangkar yang khusus. Tidak banyak protokal, hidupnya ringkas dan sekitarnya yang mudah diingat.

Tetapi bukanlah aku hidup di dalam sangkar melainkan aku hidup di sebuah kampung pedalaman di Sarawak, yang hanya ada jalan air. Lalu hidup aku menjadi sangat khusus. Tanah becak, ayam, anjing yang bernama Bobby, pokok kelapa, buah koko, pokok kopi, bot, pelita, bateri televisyen, kaset Joget Melayu Deli dan radio. Khusus.

Namun menyebutkan satu-satu perkara itu sebagai jawapan, bukanlah sesuatu yang menawan, apatah lagi apabila yang bertanya itu seorang gadis yang lahir di HKL. Nasib aku baik kerana aku sempat mengingati satu perkara yang tidak khusus. Perkara yang sampai sekarang aku masih tidak boleh fikirkan atas sebab apa ia berada di situ dan mengapa. Iaitu poster bolasepak piala dunia 1978 Argentina, berwarna hijau pudar yang terlekat pada dinding rumah datuk aku.

Selain bermain-main dengan Bobby di bawah rumah, merenung poster bolasepak itu juga adalah aktiviti kegemaran aku semasa datang ke rumah datuk. Poster itu lengkap dengan gambar semua pasukan dan pemain berserta dengan jersi-jersi yang menangkap mata aku. Itu pengalaman aku berkenaan bolasepak dan aku mula menyenanginya tanpa sebarang alasan.

Itu cerita dahulu. Bobby sudah lama mati dilastik pencuri pisang dan rumah datuk aku sudah dirobohkan bersama dengan poster itu.

“Jadi apa yang sebenarnya awak nak cerita?” Anggap soalan itu daripada gadis yang lahir di HKL.

Hanya dalam beberapa tahun lepas aku dapat mewakilkan perasaan aku pada tahun 1985 itu dengan satu perkataan, iaitu 'automatik'. Adalah lebih mudah apabila kamu pernah menggunakan kereta automatik dan manual. Jadi perasaan aku tadi adalah bersifat automatik dan ia tidak ada buku manual yang perlu aku ikuti, seperti apabila jalan jem, tukar ke gear dua.

“Jadi apa kena mengena dengan Liverpool dan Sarawak?” Soalan daripada gadis yang sama, cuma kali ini dia melepaskan rambutnya yang separas bahu.

Itu rasa automatik yang aku rasa apabila aku menyokong Liverpool. Untuk aku, aku tidak perlukan buku manual mengapa aku perlu sokong sesuatu kelab itu. Perasaan itu datang begitu sahaja dan apabila ia sudah datang, ia tidak akan pergi. (Semestinya itu semua atas izin Allah juga).

Membayangkan diri aku memerlukan buku manual bagi menyokong Liverpool adalah seperti aku membayangkan, pada tahun 1985, aku menyukai poster piala dunia 1978 itu kerana aku tahu warna font yang digunakan sesuai dengan layout poster.

Menyokong Liverpool tidak perlukan sebab dan sekiranya aku memberitahu juga dua tiga perkara menarik berkenaan Liverpool, ia bukan sebab tetapi ia cuma mahu bersikap rasional. Kerana logiknya, menyokong tanpa sebab itu adalah tidak rasional, dan dilihat tidak rasional itu sangat tidak manis apatah lagi oleh gadis yang lahir di HKL.

Tetapi ada perkara yang lebih 'automatik' dan lebih tidak rasional berbanding menyokong Liverpool itu sendiri. Iaitu menyokong pasukan Sarawak. Setidak-tidaknya, Liverpool aku masih kenal wajah dan nama pemainnya atas bantuan media. Namun Sarawak, haram seorang pun aku tidak kenal wajah dan nama pemainnya sekarang.

Aku cuma kenal, Jalil Rambli, Gilbelrt Casidy Gaweng, Affendi Julaihi, Affendi Jol, Ibrahim Mentali, Ramos Sari, Joseph Kalang, Safee Sali, dan Kamberi Hemlet.

Ada empat lima lagi nama pemain sebenarnya, tetapi aku boleh lupa pula sekarang. Kesemua nama itu sudah tidak bermain untuk Sarawak. Joseph Kalang ke Terengganu dan Kamberi Hemlet berhenti kerana mendapat tawaran kerja yang lebih menjamin berbanding bermain bola.

Lalu apa yang aku tahu berkenaan pemain-pemain Sarawak sekarang? Aku cuma tahu mereka sudah tidak bermain di Liga Super dan menjadi pasukan belasahan. Juga satu fakta yang mereka juga punyai kelab penyokong tegarnya sendiri, UltraCroc. Ultra Croc?

Namun aku tetap gembira dan bangga menyokong Sarawak. Aku masih tetap ingat bagaimana rasa gembiranya aku apabila Sarawak menang Piala FA 1992.

Semua perkara itu berbalik pada tahun 1985, pada saat aku mula mengerti, aku tidak perlukan manual untuk suka apa yang aku suka. Ngap Sayot dan YNWA!

Mujur zaman sekarang ada internet. Berikut adalah pasukan Sarawak yang diperoleh daripada laman webnya. Entah sudah update ataupun tidak, aku kurang pasti.


33

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-7

LuciusMaximus Jumaat, Januari 14, 2011 , , , , ,
Kata orang, Piala Asia 2011 ini makanan negara Arab. Pedulikan bagus mana Australia, Jepun atau Korea Selatan; kerana Piala Asia kali ini dianjurkan di Qatar, di tanah Arab, dalam dunia Arab; semestinya pasukan negara Arab yang akan menguasai kejohanan ini.

Tapi setakat ini belum ada negara Arab yang telah memijak sebelah kaki dalam pusingan suku akhir. Qatar bernasib baik menang ke atas China untuk menghidupkan kembali peluang mereka. Tetapi dalam Kumpulan A keadaan masih agak terbuka di mana semuanya masih boleh melangkah ke sukur akhir.

Kumpulan A
Uzbekistan 6
Qatar 3
China 3
Kuwait 0

Qatar bakal bertemu Kuwait dan China pula berdepan Uzbekistan. Jika China menang ke atas Uzbekistan dan Qatar pula seri atau tewas kepada Kuwait, tidak akan ada pasukan Arab yang layak ke suku akhir dari Kumpulan A.

Jawapan pada teka-teki ini hanya akan dapat kita ketahui pada 16 Januari nanti.

Sementara itu dalam Kumpulan B, kumpulan paling Arab kerana mengandungi 3 pasukan Arab di dalamnya, paling tidak satu slot suku akhir masih boleh menjadi milik pasukan Arab. Dan jika diikut percaturan sebelum bermulanya Piala Asia, slot itu berkemungkinan besar milik Arab Saudi. Tetapi masalahnya:

Syukran Jazilla Saudi Arabia!

Bapak segala negara Arab di dunia, Arab Saudi menjadi pasukan pertama yang berkemas pulang. Tidak menjadi masalah pun kerana dari Qatar balik ke Arab Saudi naik bas pun boleh.

Selepas kalah mengejut kepada Syria, Arab Saudi malam tadi tumbang pula kepada Jordan. Kali ini kurang mengejut kerana kalau hendak ditengok gaya permainan Arab Saudi memang macam celaka. Unta pun boleh main bola lagi bagus aku rasa.

Melalui Baha'a Abdul Rahman, Jordan terlebih dulu di depan minit ke-42. Arab Saudi kemudiannya mempunyai seluruh babak kedua untuk bangkit mengatasi lawan mereka. Tapi semuanya main ikut kepala bana sendiri. Di sebalik nama-nama besar macam Yasser Al-Qahtani, Mohammad Al-Shalhoub dan Taisir Al-Jassim, masih tidak ada persefahaman antara mereka. Semua terikut dengan perangai Arab dari Semenanjung Tanah Arab, besar kepala dan perasan bagus.

Lain ceritanya dengan Jordan, sekalipun bermain dengan 10 pertahanan mereka ada semangat sepasukan. Jordan mengisi penuh babak kedua dengan pertahanan yang jitu ibarat Walls of Jericho. Bukan masalah sangat pun buat Jordan sebenarnya. Semua serangan Arab Saudi lebih bercorak individu, semua jenis nak rembat sendiri. Mungkin sebab Sultan Bola Arab Saudi ada menjanjikan telaga minyak bagi sesiapa yang menjaringkan gol.

Sebaik pengadil meniup wisel, Jordan telah melengkapkan satu kisah klasik Piala Asia. Menghantar Green Falcons, juara 3 kali pulang. Dan lebih pahit lagi sebagai pasukan pertama yang pulang dalam Piala Asia 2011 ini.

2 Penalti 2 Kad Merah

Jujur, bolasepak macam ini yang kita perlu untuk setiap perlawanan yang disiarkan waktu tengah malam di Malaysia. Yang penuh drama, kontroversi dan saspen pastinya.

Syria, bersemangat kesan dari kemenangan mengejutkan mereka ke atas Arab Saudi bertemu Jepun yang hampir-hampir tumpas kepada Jordan sebelumnya. Jepun juga perlu menang jika tidak mahu pulang awal.

Tetapi berdepan dengan Syria bukan mudah. Qasioun Eagles memang tidak tersusun macam Blue Samurai, tetapi permainan mereka tipikal bolasepak Arab. Sangat fizikal, banyak menggunakan long ball dan penuh intimidasi. Kalau semangat Jepun lemah macam budak Arsenal memang kena lauk jawabnya.

Pun begitu, Jepun terlebih dulu di depan. Kapten pasukan Makoto Hasebe meledakkan gol pertama minit ke-35 selepas huru-hara berlaku di depan gawang Syria. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Mula separuh masa kedua, Syria banyak mengasak kubu Jepun dengan semangat yang lain macam. Macam mahu merampas Bukit Golan dari Israel lagaknya sedang Jepun bermatian mempertahankan gawang mereka ibarat ianya Pulau Okinawa.

Dan kemudian timbul kontroversi yang pertama. Syria diberikan penalti oleh pengadil dari Iran setelah penjaga gol Jepun Eiji Kawashima menjatuhkan Sanharib Malki. Tetapi penjaga garisan melayangkan bendera kerana Sanharib Malki berada dalam kedudukan ofsaid. Pengadil bagaimanapun menolak keputusan penjaga garisan dan melayangkan kad merah kepada Eiji Kawashima. Firas Al-Khatib menyempurnakan penalti untuk kedudukan 1-1.

Ianya adalah kesilapan yang jelas dari pengadil Iran bernama Mohsen Torky. Mungkin kerana itulah pada minit ke-82 Jepun pula dihadiahkan penalti, tit for tat version. Shinji Okazaki seperti dijatuhkan oleh Ali Diab dalam situasi yang agak 50-50. Keisuke Honda menyempurnakan penalti tersebut untuk Jepun yang bermain 10 orang di depan kembali.

Dalam waktu kecederaan, Nadim Sabagh pula dilayangkan kad kuning kedua selepas menerima yang pertama kurang 30 saat sebelumnya kerana merebut bola dari pemain Jepun yang masih belum melakukan sepakan percuma.

Pengadil meniup wisel penamat untuk memberikan Jepun kemenangan 2-1 tetapi ianya lebih awal dari waktu kecederaan yang sepatutnya, begitu dakwaan jurulatih Syria Valeriu Tita.

Dengan kemenangan ini, Jepun mendahului Kumpulan B dan hanya perlu seri ke atas Arab Saudi untuk layak ke suku akhir.

Malam Ini

Masuk hari ke-8 dan barulah kita bakal disajikan dengan pertembungan heavyweight pertama, Australia lawan Korea Selatan pada jam 9:15 malam. Bahrain pula menentang India pada jam 12:15 pagi.

Sebelum berpisah, aksi-aksi penuh kontroversi dari pertemuan Syria dan Jepun. Semangat Arab sungguh pengulas itu.

12

Sokernet di Doha, Qatar

FdausAmad ,


Wakil sepenuh masa Sokernet di Doha, Qatar

Apa lu orang ingat bisnes Sokernet ni main main ke?


Boleh berkawan dengan wakil kami di fesbuk beliau di sini

133

Kalau Dah Namanya Arsenal...





Bangang!


"I don't know if it is long ball or a rugby kick but it worked for them. In England a lot of team create chances like that and it works. We just have to put the ball on the floor and try to play football. It was disappointing to lose because I think we were much the better team. Arsenal made the football, the other team refuse to play football, they were lucky to score with a long ball" - Cesc Fabregas

Terjemahan Melayu:
"Saya tidak tahu jika ianya hantaran jauh atau tendangan ragbi tetapi ia berkesan buat mereka. Di England banyak pasukan mencipta peluang sebegini dan ia berkesan. Kami hanya perlu meletakkan bola di atas padang dan cuba bermain bolasepak. Ia amat mengecewakan untuk kalah kerana saya rasa kami merupakan pasukan yang lebih bagus. Arsenal menjadikannya bolasepak, tetapi pasukan yang satu lagi enggan bermain bolasepak, mereka bernasib baik dapat menjaringkan gol dengan hantaran jauh"

Encik Cesc Fabregas, selamat datang ke England. Mungkin Fabregas ini baru main dengan Arsenal hari Selasa lepas, tapi bila aku periksa balik dia ini rupanya 'reject' Barcelona yang telah pun bersama Arsenal sejak tahun 2003.

Tapi bila difikirkan kembali 8 tahun di England ini bersama dengan Arsenal, di bawah pengurus yang digelar jurulatih terbaik dekad pertama kurun ke-21 bernama Arsene Wenger. Hanya Arsenal dan Arsene Wenger saja di England yang setiap kali kalah akan kompelin pasukan lawan tidak bermain bolasepak. Maka apa nak hairan kalau mamat Fabregas ini pun dah membawa tabiat bangang Arsenal dan Arsene Wenger ini.

Apa benda bolasepak ini sebenarnya? Apa objektif bermain bolasepak? Kenapa setiap kali kalah Arsenal akan bagi alasan pasukan lawan tidak bermain bolasepak? Bangang apa bagi alasan macam ini?

Dalam bolasepak bila kau kalah memang kau boleh bagi seribu satu alasan. Kena laser ke, pengadil kayu ke, dubuk liar kena malaria ke, Fergie's time ke, apa-apa saja alasan ikut suka hati mak bapak kau. Tapi ada satu alasan yang bangang lagi gampang dan sangat tidak jantan bila digunakan yakni kalah kerana pasukan lawan tidak bermain bolasepak.

Bolasepak ada peraturan dan undang-undang. Objektif bila bermain bolasepak ialah untuk menang mengikut peraturan dan undang-undang tersebut. Dan sukacita aku mengingatkan 'menang dengan bermain cantik atau ART' bukanlah sebahagian dari peraturan atau undang-undang tersebut.

Ayat bangang macam yang dikeluarkan oleh Cesc Fabregas hanya menguatkan lagi kepercayaan aku selama ini bahawa Arsenal semenjak berada di bawah Arsene Wenger sudah berubah menjadi kelab ratu cantik dan budak-budak emo.

Bangang, bangang, bangang!

(Sila bergaduh di ruangan komen)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...