ARKIB SOKERNET

13

Belanda - Pasukan Bakal Juara Euro2012

pakkordi Rabu, Mei 30, 2012


Edgar Davids.

Seorang pemain bolasepak yang sangat digeruni pihak lawan tatkala mewakili kelab mahu pun negara. Menurut beliau (didalam sebuah artikel di soccernet), Holland akan menjadi juara Euro edisi kali ini dengan selamba kerana ada RVP dan Huntelaar. Walaupun Sneijder sedikit "off-form", dia akan menyinga apabila menyarung jersi oren nanti.

Davids menambah lagi, Holland yang sinonim dengan permainan yang cantik dan kemas mungkin akan melepaskan tradisi "Total Football" sebagai korban demi membawa pulang piala yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1988. Pendek kata, skor dahulu kemudian bertahan bermati-matian tanpa melepaskan gol (serupa macam England).

Edgar Davids ini memang seorang yang sangat berkaliber. Jika tidak, mana mungkin filem "Predator" meniru susuk tubuh beliau sebagai salah satu karakter utama filem itu.

Hup Holland!
22

Le Kings Of Europe

Abdul Sokernet Jumaat, Mei 25, 2012 ,



Selamat Hari Istanbul Yang Ke-7!

Campur Hari Istanbul yang ke-7 ni, kiranya dah 12 kali Liverpool menang Champions League!

Memang King!
27

Le King

Jorji Khamis, Mei 24, 2012
 King Sebenar tidak berlari. Beliau terbang.

 King Sebenar bencikan racism. King akan flying kick rasis motherfuckin hooligan yr arse!

 Ahhh... King Sebenar. Inilah selera sebenar raja berpelembagaan bolasepak. 

 Nampak? Gaya mendepa tangan dan kaki tak cecah bumi. 
Terbang melayang..

Ooohhh Ahhhh Eric Cantona! Oooohhh Ahhhh Eric Cantona! Ooohhh Aaaaah Eric Cantona!

 Eric 'The King' Cantona

King Sebenar meninggalkan bolasepak secara terhormat. Walau telah bersara masih di sanjung tinggi dan tetap KING SEBENAR. King juga mesti jaga 'ranking'. Takkan King datang dari pasukan 'mid table' atau jadi kapten pasukan negara tapi pasukan sendiri duduk 'mid table'. Ini bukan sifat king sebenar. Nampak tak?

Hari ini adalah lahir King Cantona. Jadi naikkan kolar baju kamu dan bernyanyilah; Ooohhh Ahhhh Eric Cantona! Oooohhh Ahhhh Eric Cantona! Ooohhh Aaaaah Eric Cantona!

Ingatlah, King sebenar tidak dibersarakan dan kemudian menjadi bin dippers!

Teruskan menyanyi!
22

Harapan Terakhir Umat England - Bertakhta Di Eropah

LuciusMaximus Selasa, Mei 22, 2012 , ,





Dah lebih 48 jam aku merenung skrin komputer, cuba untuk menaip sesuatu tentang hal ini tapi terus buntu.

Benarlah kata orang, kadang-kala sesuatu kehebatan itu sudah terlalu hebat hingga tidak ada kata-kata yang boleh digunakan untuk mengungkapnya.

Keep The Blue Flag Flying High! Zigger Zagger! Zigger Zagger! Oi! Oi! Oi!
8

The Roman Shuffle

Obefiend Weiland Isnin, Mei 21, 2012


Cuak tak?

Mari menari. Chelsea juara Eropah

9

Man United Kini Semakin Terdesak

Obefiend Weiland Jumaat, Mei 18, 2012 ,

Hutang!

Dilaporkam hari ini keuntungan Manchester United tahun ini berkurangan sebanyak 4 juta kerana kegagalan di dalam piala Eropah. Disamping itu Man U terpaksa membayar sebanyak GBP 235 000 sehari bagi menanggung kos bunga pinjaman yang diambil oleh Those Fucking Glazers. Nampak gayanya war chest untuk Sir Alex season hadapan pasti tidak mampu menandingi war chest Roberto Mancini. Tapi jangan risau, Man U kini menawarkan pinjaman Ah Long kepada  anda semua. Orang kata bisnes Ah Long memang senang buat duit. Insyallah tahun depan kayalah Man U semula.



29

King For A Day... Fool For A Lifetime

Jorji Khamis, Mei 17, 2012
Almarhum baik orangnya.

Adakah King Kenny disunatkan semula kerana kegagalan beliau membawa Liverpool untuk layak ke Istanbul musim depan? (Istanbul adalah nama lain untuk Piala Eropah bagi The Kops kahkahkah)

King Kenny disingkirkan kerana kesilapan beliau menangani isu rasis. Itu isu yang besar bagi FSG lebih dari kegagalan di atas padang. Jelas di situ kemenangan umat manusia terhadap kebangkitan rasisme dapat di bendung juga akhirnya. Keputusan semasa; Umat Manusia 1 - 0 Rasisme. Secara kebetulan pula kemenangan ini jatuh pada harijadi pejuang hak samarata tanpa perbezaan warna kulit, Patrice Evra semalam. Manis!

Penyingkiran Kenny juga membuktikan FSG mengurus Liverpool lebih kepada perniagaan dari keterujaan bolasepak. Seperti Abramovich mengurus Chelsea dan kebanyakan kelab-kelab lain yang telah dikuasai oleh kapitalist yang mementingkan keuntungan. Ramai pengurus berada di hujung tanduk, jika kelab tidak menunjukkan prestasi, mereka akan disingkir. Ini diterima pakai dalam semua organisasi perniagaan besar.

Kecuali di United, pengurusan dan peminat berdoa Pak Alex tidak berhenti dan terus panjang umur. Amin.
Nampak tak?

King Kenny juga berbelanja ikut suka tocang. Beli pemain yang tidak berkualiti tetapi mahal. Beli Suarez, Carroll, Hendorsen dan Downing, siapa yang untung? Newcastle jugak sebab dapat duit beli Cisse.

Aku buat survey di twitter, "bolehkah anda nyatakan 1 sebab mengapa King Kenny layak untuk terus mengurus Liverpool untuk 1 musim lagi". Aku tag semua nama RakanKop (jangan keliru dengan rakanCop lagi satu, ke balai kau jang!) Apa aku dapat hanyalah bunyi cengkerik.

kriikkk...kriikk...kriikk..sunyi! takda respons.

Maka sebenarnya bolehlah di simpulkan, The Kops sebenarnya mahu King Kenny dikuburkan. RIP King Kenny. Dulu King Kenny ni cukup kuat kutuk Unkle Roy, kata Unkle Roy ni tak bagus la, bodoh la, tua la. kelaut la.. tapi statistik menunjukkan prestasi Unkle Roy lebih baik dari Kenny. Apa cer? Sekarang Kenny kene berehat, Unkle roy ada urusan besar memimpin England ke kancah Istanbul. (Euro)

Siapa pengganti? Jika mahu pakar penyelamat dari tersingkir ke division 1, ambil Wigan punya pengurus Roberto Martinez. Beliau ada pengalaman 2,3 musim menyelamatkan Wigan dari tersingkir last minit. Rasanya beliau paling layak sebab kemungkinan untuk Liverpool tersingkir musim depan agak tinggi.

Jika mahu meriah semua ambil Benitez dan jika mahu ungkap 'this is our season' tanpa rasa malu-malu pilih la yang elok-elok sikit.

K. Devan misalnya.

Ahhh.. Kem Manchester United mengucapkan selamat maju jaya kepada King Kenny. Terima kasih atas semua keseronokan musim lepas.

klasik!

5

Flare + Ultras Bolasepak = LOL

Obefiend Weiland

Flare

Budak ULTRAS ada yang pernah nak bertumbuk dengan gua pasal gua pernah cakap main flare ini bangang. Merbahaya dan tak seswai didalam stadium. Mistakes can happen dan kalau cedera siapa yang tanggung liabiliti?

17

King Konek Dalam Kenangan

Abdul Sokernet Rabu, Mei 16, 2012



19

LFC - EPL Season 2011-2012 Wrap Up

pakkordi
It has been an exciting roller coaster year for the kops. Even though the league performance did not do us justice but overall there have been improvements.

There were 4 new major signings at the beginning of the season. Jordan Henderson, Charlie Adam, Stewart Downing and Jose Enrique. To be honest, I was not quite sure about Henderson but the rest were to me, a good buy. Winning the championship might have been a long shot but it is all about building a new team with perpetual success for the future.




We got off on the wrong foot in the league during the first third of the season collecting only 23 from a maximum of 39 points. Drawing at home to Sunderland, Norwich and Swansea, the latter being newly promoted clubs was a bit unfortunate. Except for the game against Swansea, Liverpool did quite well and the goal post was the opponents 12th man in most of the matches played while the kops up and coming star, Luis Suarez scored 7 goals in all competition so far.

In the second third of the season, Suarez had to sit out for 8 matches due to a decision by the FA punishing him over allegations of racial abuse. Also, Lucas Leiva got injured and was ruled out till the rest of the season. A major disaster. Astonishingly, Liverpool played well during their absence. They managed to beat Manchester City in the Carling Cup semifinals and arch rivals Manchester United in the FA Cup fourth round. In the league, the goal post was still the opponents 12th man and more draws at home against lower clubs was crucifying. By the end of February 2012, Luis Suarez only added 3 more goals, totalling 10 in all competitions.




It was during this period of the season when the racial abuse accusations on Suarez were at its peak, fans of every team playing against Liverpool started to jeer and shout racist chants against Suarez and the whole team. What ever their reason was, I personally think that it was just to intimidate Liverpool and make them play bad. This constant jeering might fall on deaf ears amongst the Liverpool players on the pitch but not to the sponsors and the club owners. It was a public relations disaster.

I agree to a certain extent that a company such as Standard Chartered might get affected by the negative racist claims towards a club they sponsor especially in market segments that are predominantly blacks. As any normal and sane owner would do, John Henry came over to Wembley for the Carling Cup finals and told the media that while enjoying the finals he also plans to sort out all these mess once and for all.

Two third of the season ended with a cup in the cabinet and Liverpool lying 7th in the league with a club image almost tarnished by the Evra incident.




It may not be obvious to haters and to Liverpool fans alike but I find it odd that the losing streak started immediately after John Henry's announcement that he will take care of the bad public relation mess going on before. True enough, after the win over Cardiff, Liverpool lost 8 out of  the remaining 14 premier league games except for the FA Cup ties where they went all the way to the finals. I expressed my view in the kop blog section stating that the losing streak was a Liverpool diversion to steer away this bad racist connotations and most of the response were "are you mad? its just not the Liverpool way". I guess everyone is entitled to an opinion.

The last third of the season saw Liverpool throwing away more points playing at home, basically washing away the chance of a top four finish. On the cup front, Liverpool managed to reach the FA Cup finals for the first time in 6 years. Their opponent, Chelsea. The team they have beaten twice in two of the previous encounter this season, both away. A sluggish FA Cup final display during the first 60 minutes saw Liverpool defeated 1-2.

The league campaign ended with an inspiring performance by Andy Carroll and the team, disappointingly 8th in the league. Luis Suarez on the other hand was the clubs top scorer at a mere 11 goals. The top management also had a major shake up when Damien Comolli, Liverpool's Director of Football and Ian Cotton, the teams Director of Communications left the club in April and May respectively. As of today, they are also speculating on Kenny Dalglish's future as the Manager.




In a nutshell, it has been a mix season for Liverpool. For some club, winning any cup in a season is already a great achievement regardless of their league standing. But that is not the case here in Anfield. Nevertheless, I believe in the direction the club is heading and that is definitely forward.

Congratulations Manchester City for winning the EPL. Well wishes to QPR and Wigan for surviving. All the best to the three relegated clubs. It is not the end of the world. Before I forget, good luck to Chelsea in their upcoming UCL finals. It is about time you put a star on your club crest.

With or without Kenny Dalglish, next season will be the beginning of something exciting for Liverpool FC. Expectation of a better performance from players, more goals, more wins rather than draws and the deal with Warrior Sports. I sincerely hope they do well in their first ever soccer apparel venture. One thing I am pretty sure Warrior Sports understood even before they decided to sign up with the kop; when you stick with Liverpool, you'll never walk alone.

All Hail!

#YNWA ./
12

D-Day Ialah Dortmund's Day II

LuciusMaximus Isnin, Mei 14, 2012 , , ,




Dari kesinambungan entri tahun sudah, D-Day Ialah Dortmund's Day.

Bila Borussia Dortmund merampas trofi Bundesliga musim lepas ada yang berkata bahawa ini hanyalah pencapaian 'one-off' sahaja, bahawa Borussia Dortmund tidak akan menjuarai Bundesliga untuk musim kedua berturut-turut.

Dan kemudian buat kali pertama dalam 103 tahun kewujudan Die Schwarzgelben, mereka menjuarai bukan saja Bundesliga tetapi turut melakukan Double dengan menjuarai DFB-Pokal!

Ini bermakna, Borussia Dortmund telah mengumpul sejumlah 8 kejuaraan Bundesliga, mengatasi musuh ketat Schalke 04 dan kini berada di kedudukan ketiga di belakang FC Nuremberg (9) dan Bayern Munich (22) dari segi kejuaraan Bundesliga. Borussia Dortmund juga kini telah mengumpul sejumlah 3 DFB-Pokal dan kejuaraan berganda (Double) musim 2011/12 ini meletakkan Borussia Dortmund sebagai salah satu dari hanya 4 kelab Jerman yang pernah mencatatkan Double. Mulai musim depan, dua bintang akan tertera di atas logo Borussia Dortmund pada jersi pemain selaku pengiktirafan di atas 5 kejuaraan Bundesliga era moden.

Bersama kita nikmati kejayaan manis Die Schwargelben. Inilah dia bola sepak sebenar gaya Jerman!


Kejayaan pertama bermula dengan menjulang 'mangkuk salad' Bundesliga setelah meninggalkan Bayern Munich 8 mata di belakang!


Kemudian disusuli pula dengan menjulang DFB-Pokal setelah membelasah Bayern Munich 5-2!


Hasilnya ialah 'open top bus' buat musim kedua berturut-turut di tengah kota Dortmund!


Dan para pekerja lombong Dortmund semua ambil cuti peristiwa!


Kalau musim lepas kejayaan diraikan dengan hanya mencuri rumput padang Westfalenstadion, kali ini para penyokong Borussia Dortmund maju setapak lagi dengan mencuri tiang gol pula!


Kapitan Sebastian Kehl asal menang je dapat kiss, asal dapat kiss je menang


Shinji Kagawa, semoga tidak melakukan kesilapan besar ke Old Trafford


Danke Borussia Dortmund!


Danke Jurgen Klopp!


Apa cerita Schalke 04? Apa cerita Bayern Munich pula?

Amboi bukan main naik angin la Bayern Munich dalam Champions League nanti ye?
23

Keep Calm coz We're Big 8

Abdul Sokernet

Kautim lah sikit Pipiyapong. Kami menang Piala Liga tau, kau hado?  Pasukan lu dan in Arsene We Trust lu tu dah 7 tahun tak menang apa-apa.

Respek la sikit!  Kami adalah Big 8 tau. Next season is our season!

YNWA!
44

Bertenang dan percaya pada Manchester United

Jorji
Phew!


Pernah tak makan buah rambutan dan bila mulut dah terbuka, rambutan dah masuk separuh tiba-tiba ianya jatuh ke tanah. Orang kata takda rezeki. Berpasir jadi buah tu.

Manchester United sah tidak menjadi juara BPL musim 2011/12. Sah tidak menang sebarang piala dan sah Manchester City menang melaui perbezaan gol. Selepas semuanya sah dan selesai, habis 90 minit baru aku nak mengaku. Walau semenjak 2 minggu lepas banyak mulut yang kata Manchester United tiada harapan lagi, aku tak peduli. Konsep masih ada 90 minit lagi sebagai penentu aku pegang dan terbukti, hatta selepas 90 minit pun, Manchester United bakal juara.

..dan semuanya di rampas pada 2 minit terakhir masa tambahan yang diberi.

Klasik, orgasm sebenar, mendebarkan dan sangat drama. Ianya dilalui oleh semua peminat sebenar Manchester United. Aku tidak menonton perlawanan Manchester United tetapi ke siaran Manchester City vs QPR. Pilihan tepat untuk drama bolasepak BPL sebenar! Aku meramalkan mereka akan seri tetapi Kun Aguero menghancurkan hati kita semua. Ramai juga peminat lain sama-sama menikmati debaran ini dan apa atau kemana tujuan mereka sama-sama berdebar itu tidak penting. Peminat bolasepak sebenar pasti teruja mengikuti drama ini.

Ada juga yang tak rasa apa-apa, tapi aku terima hakikat, bukan semua pandai main bola,ini pula layan bola.
Boto tak?

Susah nak terima musim tanpa piala? bertenang semua. Ini bukan kali pertama dan juga kali terakhir. Dari 20 musim EPL bermula tahun 1992, 12 telah dimenangi oleh Manchester United. Bermakna ada 8 musim Manchester United tidak menang piala EPL, jadi ianya bukan sesuatu yang baru. Ya, betul masa itu ada menang piala lain seperti FA atau Eropah, tapi lihat kembali apa jadi selepas musim kekalahan Manchester United?

Mereka kembali mendominasi dan menjadi juara berganda. Nampak?

Seri semasa menentang Everton adalah punca dari segi matematik. Tetapi secara peribadi, dan dari sudut bolasepak, aku lihat kekuatan bahagian tengah adalah punca sebenar atau kelemahan sebenar Manchester United. Ini boleh dilihat dalam semua perlawanan sepanjang musim ini. Kemasukan semula Scholes bukti sebenar. Lihat bagaimana ketenangan beliau mengemudi tengah banyak membantu Manchester United semula.

Tetapi walau hebat mana Scholes dan Giggs, faktor usia menjadi penghalang. Manchester United perlukan pemain yang muda dan pantas. Pemain berusia atas 30 tahun tidak mampu bersaing kepantasan dengan yang berusia 23 tahun. ok, Arsenal tak kira.

Mari kita lihat apa tindakan Pak Alex selepas ini. Tetapi mari kita semua bersetuju walau apa pun tindakan Pak Alex, kita akan tetap percaya.

BELIEVE.

Aku ingat jika rajin nak ulas semua pasukan, big four, kelayakan eropah dan europa, siapa tak layak, siapa no lapan dan sebagainya, tapi mungkin di post akan datang. Post ini khas untuk terima kemenangan Man City sebagai juara musim ini. Mereka layak kerana mereka bagus. Manchester United tetap terbaik dan lebih bagus dari Manchester City, cuma mereka tidak juara. Jika dilihat pada kedudukan mata, semua sama kecuali dibahagian perbezaan gol. Pedih!

Sementara itu, kalau post ini tidak membantu devils sekelian, keep calm, we are not #8.

Di tweeter aku tengok bukan main mehanjing masing-masing. Lucu bila ada yang begitu serius sampai bergaduh. Sepanjang aku menyakat dan disakat pasal bola memang aku ada bertembung dengan yang bahalol ni. Apa lagi penyokong Liverpool la. Penyokong United aku tak perasan pulak.Serius! Tapi itu biasa. Kalau rasa tak mahu pasukan anda di perlekehkan, jangan perlekeh pasukan orang lain. Atau jangan main tweeter. Atau sokong diam-diam pasukan Swansea.

Tapi kalau rasa nak seronok-seronok menyakat, jadi gentleman. Kalau rasa tak gentleman jangan kacau orang lain pula. Ini sampai ajak datang rumah! amboi!

Tapi buah rambutan yang jatuh kalau di basuh semula, masih boleh di makan sebenarnya. Makan ramai-ramai!

Ok, ikut ranking, bagi fans United komen dulu, kemudian City (jika ada) dan seterusnya Arsenal. Kalau kelab duduk no 8,9,10 tu tunggu la 3 hari lagi. Jangan la sama-sama sibuk pulak, ok?

Welcome to Manchester United.


14

5 Pasokan Terbaik England

Pipiyapong Abdillah Hamzah , , ,



Setelah selesai 38 perlawanan, maka berakhirlah Liga Perdana Inggeris musim 2011-2012 malam tadi. Tahniah kepada pasukan Manchester City yang bergelar juara di kona last.

Apa? Chelsea? Liverpool? Oh ya, nanti aku semak balik diorang dah main cukup 38 perlawanan ke belum. Takut tak cukup karang, naya la ye dak?
38

Chelsea - Juara FA Cup Yang Bermurah Hati

LuciusMaximus Khamis, Mei 10, 2012 ,




Sebenarnya tak banyak yang perlu ditulis tentang kejayaan Chelsea menjuarai FA Cup 2012. FA Cup ni macam tiap-tiap tahun juga fesyennya, kelab-kelab power yang pernah menjuarai EPL seperti Chelsea dan Blackburn Rovers serta yang bakal menjuarai EPL macam Manchester City bertarung dengan kelab-kelab bawahan seperti Hartlepool United, Blackpool FC dan Liverpool FC.

Kemudian sekali-sekala akan ada kelab bawahan yang diberi jolokan 'Daud' diberi peluang oleh FA untuk mara ke perlawanan akhir menentang kelab berstatus 'Galut' supaya ada unsur keseronokan di situ. Tahun 2012 ini, Liverpool diberi peluang untuk menghidupkan kisah 'Daud melawan Galut' ini.

Tapi amatlah jarang-jarang kelab 'Daud' pernah menang ke atas kelab 'Galut' dalam FA Cup melainkan atas kehendak FA. Maka skrip FA Cup 2012 memang tidak jauh bezanya. Baik di London, Manchester mahu pun Kuala Lumpur, semua tahu skrip yang telah diatur untuk perlawanan akhir minggu sudah. Hanya mereka yang di Liverpool dan D'Stall Corner saja yang masih berada dalam mimpi di malam hari.

Gol oleh Ramires di awal permainan memang sudah dijangka. Kalau Victor Valdes pun kena ayam dengan Ramires inikan sardin macam Pepe Reina pula? Gol kedua oleh Dubuk Liar seperti biasa sekadar untuk mencipta rekod sebagai satu-satunya manusia dan dubuk yang pernah menjaringkan 4 gol dalam 4 perlawanan akhir FA Cup.

Sekadar untuk membangkitkan rasa ghairah orang di Liverpool dan D'Stall Corner, Andy Carroll diberi peluang menjaringkan gol saguhati. Tentang gol kedua yang sebenarnya memanglah tidak gol, itu tidak lebih dari sekadar menunjukkan kepada dunia kehebatan Petr Cech dan untuk memberi peluang kepada pihak media melaporkan sedikit isu kontroversi bagi mewarnai perlawanan akhir FA Cup ini.

Sehingga wisel penamat ditiup, Chelsea bermain bertahan untuk memberikan lebih debaran buat orang di Liverpool dan D'Stall Corner. Tapi mereka yang arif hal bola sepak pastinya sudah tahu. Chelsea adalah juara FA Cup 2012. Terima kasih Liverpool atas latihan memanas badan selama 90 minit di atas padang.

Namun sebagai juara, Chelsea tidak pernah bongkak. Tidak seperti sesetengah kelab yang terlalu riak dan takbur dengan sejarah zaman batu kapur mereka yang kononnya gilang-gemilang. Chelsea walaupun power tidak pernah lupa kepada mereka yang lemah. Chelsea walaupun kaya tidak pernah alpa dari menghulur kepada yang miskin.

Maka atas sebab itu, dalam satu perlawanan yang tidaklah relevan mana, Chelsea bertandang ke Anfield selepas FA Cup dengan satu misi penting. Misi bantuan kemanusiaan yang suci dan murni. Dubuk Liar dan Petr Cech direhatkan, sementara RDM meletakkan Ross Turnbull di gawang. Itu pun The Racist Rabbit Diver masih belum mampu menjaringkan gol.

Nasib baiklah Michael Essien bermurah hati untuk menunjukkan kepada pemain Liverpool cara menjaringkan gol. Nasib baiklah Ross Turnbull bermurah hati untuk memberi Jordan Henderson peluang menebus maruah beliau yang tercalar selepas FA Cup minggu sudah. Nasib baiklah barisan pertahanan Chelsea bermurah hati memberi peluang buat Andy Carroll menunjukkan sedikit kehebatan supaya berpeluang pergi ke Euro 2012 nanti. Nasib baiklah sifat bermurah hati Chelsea memberi peluang buat Liverpool memintas Fulham dan merapatkan jurang dengan Everton. Itu pun masih lagi dipanggil 'Chelsea is our bitch' oleh segelintir orang di Liverpool dan D'Stall Corner. Tidak apalah, sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima.

Itulah dia misi bantuan kemanusiaan yang suci dan murni. Sama seperti ketika Chelsea menghulur derma GBP50 juta ke Tabung Bersamamu Liverpool satu masa dulu dan sanggup mengambil pelarian seperti Nando Torres atas dasar kemanusiaan. Sebenarnya dengan duit GBP50 juta itulah juga Liverpool akhirnya berjaya membeli Mickey Mouse Cup musim ini.

Tapi sayang, GBP50 juta hanya cukup untuk membeli Mickey Mouse Cup. Kalaulah ada lagi GBP50 juta, mungkin boleh juga Liverpool guna untuk membayar FA bagi membeli FA Cup pula. Tapi malang, sejumlah GBP120 juta khabarnya habis dibelanjakan King Kenny untuk membeli posisi ke-8 EPL.

Kenalah minta sedekah lagi untuk musim depan nampaknya. Kesian.
9

Jasamu Dikenang



Sagna yang tenang tidak ketinggalan mahu berparti

44 tahun setia bersama Arsenal dan 16 tahun bersabar dengan Arsene Wenger. Satu kejuaraan berganda bersama Arsenal dan dua kejuaraan berganda bersama Wenger. Dan tak lupa satu trofi Liga Perdana Inggeris istimewa jenis emas! Selamat bersara pakcik Pat! Seronok la duduk rumah main dengan cucu yek?


Pakcik Pat di zaman tegap

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan Pep Guardiola akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pat Rice manakala Alex Ferguson juga tak ketinggalan menyatakan minatnya. Namun yang terbaik tetaplah dari Arsenal maka akhirnya Steve Bould terpilih mengisi kekosongan itu.

19

I Love LFC!





Muahhh!!

#YNWA ./
21

oi!

Jorji Ahad, Mei 06, 2012



"Untuk layak bermain di final piala FA kene menang semua game. Tapi kalau kalah di final, apalah ertinya semua kemenangan tersebut" - Patrice Evra.

Kau ni Evra..apa kau tau pasal main Final kat Wembley? hah negritos? ptuih!

Tapi steady la Liverpool. Sekurang-kurangnya ada juga Piala Carling dan lepas juga ke final sambil kekal di tangga ke 8 kan. Manchester United hado???

Liverpool bermain baik sebenarnya. Suarez langsung tak dive. Bukti beliau sebenarnya seorang pemain berwibawa. Sementara Andy Carrol memang power la dia. Berbaloi Liverpool beli 35 juta pound. Sepatutnya tandukan beliau dikira sebab nampak masuk. Serius! Keputusan pengadil ni kadang-kadang tidak adil. Tu la..nama pun pengadil.

Aku kagum dengan semangat peminat Liverpool seluruh dunia. Mereka tetap bersemangat dan bernyanyi walau pasukan mereka ketinggalan. Semangat macam ni pasukan lain takda. Manchester United? Ptuihh!


The Kops kalau dah bakar flare dan pasang banner besar, memang gerun menengoknya.

oklah. aku tak boleh cerita banyak sangat hal Liverpool ni. Tak manis orang kabor. apapun,berdiri teguh di belakang king Kenny! STAY TRUE! goodnite.

errr...YNWA!



13

Acara Bolasepak Paling Penting Tahun Ini.

Abdul Sokernet Khamis, Mei 03, 2012


Celaka apa nak tengok Final Piala FA dekat mamak nak kena bayar RM12. 

Tapi duit korang, korang punya pasallah. 

Ini abang nak ajak korang pergi satu event bersejarah. Lagi bersejarah dari Liverpool. FREE pulak tu.

Tak kiralah korang The Kop ke, kalah dengan Fulham ke, skor gol sendiri ke, apa ke, korang amatlah di alu-alukan ke acara berprestij ini.

Apa ada dekat event ni?

Ada LUCIUS MAXIMUS dan kot2 Pipiyapong sudi datang, syukur alhamdullillah.  Karipap tidak disediakan. Ah, kau tengok bola dekat mamak, masuk kena bayar RM12 lepas tu nak order air pun kena bayar lagi pun kau boleh pergi, apatah lagi event memartabatkan bolasepak negara ni.

Cakap banyak pun tak guna.  Akhir kata, siapa tak datang, mak dia hitam.

P/s: Sticker "This Is Anfield" Versi Sokernet akan diberikan kepada 10 orang pengunjung bertuah.





15

The Kop: Jom Layan Final FA Di D'stall Corner

pakkordi Selasa, Mei 01, 2012


Saya bersama beberapa rakan kop seperti @jarr, @farwalis, @pjoe_ @zanbassist dan seorang budak MU @_jorji akan beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir piala FA di Dstall Corner, Kelana Jaya.

Pihak NSTP (News Straits Times Press) telah menaja kedai ini untuk menyaksikan perlawanan di skrin besar dan hanya mereka yang membeli tiket sahaja dibenarkan masuk. Diberitakan juga ada goodie bag. Harga tiket RM12 itu termasuk goodie bag barangan dari NSTP seperti tiket wayang free dan beberapa barang lagi yang berharga RM30 + lucky draw bercuti 3h2m di 5star hotel yang belum diketahui lokasinya.



Tengok ramai2 lagi seronok. Nak tengok di wembley, takde duit. Oleh itu, marilah bersama-sama memeriahkan suasana. Kalah atau menang, itu semua belakang kira. Sesiapa yang nak join, sila pergi ke facebook page Dstall Corner untuk membeli tiket. (Klik sini)



Untuk lokasi, sila lihat peta diatas.

#YNWA ./
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...