ARKIB SOKERNET

6

Pengumuman Sokernet

Abdul Sokernet Rabu, Disember 19, 2012
Kami mencari penulis/pengulas baru laman ini bagi saingan Liga Super 2013. Mereka yang berminat boleh menghubungi sokernet.media@gmail dengan mengepilkan maklumat berikut;

1. Kem/pasukan yang dipilih 
2. Pengalaman mengulas 
3. Contoh ulasan/karangan 

Seperti mana yang anda sedia maklum, kriteria utama untuk menjadi pengulas/penulis Sokernet ini anda mestilah mempunyai penulisan/ulasan yang berlagak, sombong dan angkuh tetapi dalam masa yang sama tidak mengenepikan fakta.

Sekian sahaja dari Abdul. Selamat memohon!
8

Harimau Yang Kecewa

pakkordi Jumaat, Disember 14, 2012
Saya kongsi kekecewaan yang diharungi hampir seluruh peminat bolasepak tempatan semalam. Saya juga berkongsi pendapat bahawa mutu pengadilan yang tidak begitu konsisten telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kekecewaan saya ini. Namun begitu tidak boleh kita sangkal bahawa secara keseluruhannya, Thailand lebih layak ke final.

Tektikal, mereka lebih tersusun. Teknikal, mereka lebih padu. Mental, mereka lebih bersemangat untuk memenangi perebutan bola dan kelihatan amat bersungguh-sungguh.

Semalam Malaysia telah mencuba tetapi bagi saya layangan kad merah kepada Fadhli Shas bukan penyebab utama kegagalan Malaysia untuk cuba bersaing. Gol pertama jaringan Teerasil semalam juga bukan. Jika kita kaji lebih dalam lagi, gol penyamaan jaringan Teerasil di Stadium Nasional Bukit Jalil juga bukan.

Kegagalan skuad bolasepak negara harus kita pandang dari sudut micro. Keseluruhan sistem pentadbiran yang mendukung skuad harimau malaya bertapak diatas satu platform yang rapuh. Ibarat kondominium Highland Tower, sistem ini telah pun punah menerkam tanah.

Kita berjaya memenangi beberapa kejohanan sebelum ini tetapi tahukah anda bahawa peminat mahukan konsistensi dan hala tuju, misi dan visi yang lebih mudah untuk semua fahami. Menang kerana hebat, kalah kerana berjuang dan bukan kerana sistem itu sendiri tidak tahu kenapa.

Kita perlukan anjakan paradigma bukan hanya dari sudut pentadbiran tetapi juga dari sudut bekalan pemain yang patut dipertimbangkan oleh mereka. Kita tidak boleh hanya mencaci walhal kita boleh menerapkan pendidikan dan mentaliti semangat juang yang tinggi kepada anak kecil didalam rumah kita sendiri. Kita boleh tiupkan kedalam jiwa-jiwa mereka erti bolasepak Malaysia yang sebenar.

Ultras Malaya berhak untuk menyokong sebegitu rupa, admin sokernet juga berhak untuk menyokong dengan cara mereka yang tersendiri. Maka tepuk dada, tanyalah selera.

Kita akan jadi yang terbaik jika opsyen yang kita ada bukan hanya kesebelasan atau seratus yang terbaik dikalangan kita. Kita akan jadi yang terbaik apabila Harimau Malaya memiliki seratus ribu opsyen berkualiti untuk dipilih menyarung jersi negara.

Malang sekali, ramai yang tidak sedar bahawa membina seratus ribu opsyen berkualiti ini semuanya bermula dari dalam rumah kita sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...