ARKIB SOKERNET

8

Kepulangan Panthers

racYnc Sabtu, Februari 23, 2013

Tahukah anda, main mudah?



Nampak? Pap - Pap - Pap - Libas - Gol.

Skuad Harimau Bintang kini diterajui oleh Merzagua Abderrazak. Pemain lagenda Pulau Pinang era Moey Kok Hong dan abang misai Ahmad Sobri. Zaman tu gua sekolah menengah. Facebook pun tak ada lagi. Masa tu nak bergaduh kena datang jumpa depan depan. Zaman Oi! Tak boleh buat macam sekarang - buat akaun palsu, letak gambar bukan bukan kemudian ke sana sini masuk page orang cari gaduh.

Jadi, apa susah sangat si celaka Fandi tu nak ajar main macam ni? Ke nak gua sampai kat TMJ suruh beli Merzagua? Lu tau tak TMJ tu bukan nak layan ke gua pun.

Kah Kah Kah.
6

Dari Johor Ke Arsenal

racYnc Rabu, Februari 20, 2013 ,


Tahukah anda, hard to believe ?

 
 


Sementara itu,





# Gua tengah sibuk urus kedai gua cawangan ke-5. Tengah sibuk macam babi anjing ni. Ulasan akan diberikan kemudian.
9

This is Shah Alam!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Ahad, Februari 17, 2013
Selangor megah di singgahsana takhta Liga Super setelah menang mudah 2-0 keatas Kelantan di Stadium Shah Alam. Formula 1 2 3 lompat zass yang dipraktikkan sebelum ini ternyata tidak dapat dibaca oleh pemain Kelantan. Ramzul Zahini Adenan, bekas pemain lebihan skuad Kelantan musim lepas menunjukkan kepada bekas pasukannya bahawa mereka silap besar kerana mengabaikannya. Crossing gaya Beckham yang dihantar tepat ke kepala Forkey Doe membuatkan Khairul Fahmi merenung tanah beberapa ketika. Tersentak dengan gol seawal minit ke-12 itu, Kelantan cuba melancarkan serangan kearah kubu Selangor. Tetapi ternyata status sebagai gergasi bola sepak negara membuatkan Selangor tenang mengawal keadaan. S Venod, Mahali, Ramez, dan Asra begitu mudah membaca pergerakan pemain Kelantan semudah membaca ABC. Ini dibuktikan dengan ketenangan mereka bermain short pass dan passing dekat-dekat melewati celah kaki beberapa pemain Kelantan. Para pemain Kelantan pula dilihat terkejar ke sana ke mari umpama mengejar bayang-bayang sendiri. 

Permainan mantap yang dipamerkan Selangor nyata menggamamkan mereka. Hantaran-hantaran tepat dari midfielder terus ke kaki Forward menggusarkan rentak mereka sehinggakan mereka kelihatan seperti bermain galah panjang di tengah padang. Wajarkah juara treble diperlakukan sebegini rupa? Melihatkan keadaan itu, jurulatih pasukan Kelantan, Bojan Hodak menukar taktikal mereka kepada permainan yang lebih agresif untuk mendapatkan bola. Ramai pemain Selangor yang dijatuhkan dan diterajang perut mereka kerana tidak tahan dibuli. Cara itu mengundang padah pada minit ke-26 apabila Selangor memperoleh sepakan percuma dari sudut kiri gol Kelantan. Tendangan yang diambil oleh Mahali ditanduk kemas oleh Ramez Dayoub untuk gol kedua Selangor. Khairul Fahmi sekali lagi terpinga-pinga dan tunduk merenung tanah, kali ini lama sedikit.

Gol kedua itu nyata membunuh terus semangat pasukan Kelantan. Penyokong mereka yang sebelum ini riuh dan mendabik dada dengan tiga piala terdiam sepi. Mujurlah mereka sudah membuang perangai lama mereka iaitu membaling botol ke tengah padang. Abang-abang polis yang ditugaskan mengawal tingkah laku mereka hanya memakan gaji buta sahaja. Peniaga-peniaga pula tersenyum lebar apabila penyokong Kelantan memborong semua barang makanan mereka akibat stress dengan permainan lemah yang ditonjolkan pasukan mereka. Babak kedua memberikan sedikit sinar harapan buat mereka apabila kapten fantastik, Piya dimasukkan. Tapi pemain Selangor peduli apa, dengan Piya Piya di'nutmeg' secara bersahaja oleh Ramez.

Selangor  kekal bermain tiki-taka sehingga ke wisel penamat untuk meletakkan mereka megah di puncak singgahsana Liga Super.

Sementara itu di Jalan Besar...

Lawan kita Selangor je, Selangor!
  
4

Misi Mencari "The Red" Sebenar

Jali Bah Jumaat, Februari 15, 2013


Liga Malaysia bukak balik lepas 3 minggu cuti, teruk betul FAM buat jadual ni. Malam ni Selangor lawan Kelantan, sama mantap sama jantan tapi hebat level ranking 159 je la, turun 1 lagi mata sebab kalah 2-0 lawan Qatar, FAM memang bangsat.

Aku tengok dua-dua ‘Red’ ni kualiti sama 50-50. Mungkin Selangor lebih bernafsu selepas menang 3-0 lawan Sabah. Forkey Doe pun dah jumpa balik sentuhan pemusnah, Amri Yahyah mungkin lebih power lepas dapat pengalaman mahal lawan Qatar, begitu juga dengan kapten baru, Asrarudin Putra dan Mahali orang besi yang cemerlang bersama Shakir di Doha. Main pulak di Shah Alam, kena ingat Tok Gajah patah kaki di sini. Cuma Selangor je satu-satu team yang dapat kalahkan Pahang (setakat yang aku tulis ni). Power betul Selangor ni.

Tapi Kelantan pun bukannya team cap ayam. Juara treble musim lepas boh. Turun dengan misi memperbaiki posisi dan memulihkan reputasi dalam liga bila tengok Pahang semakin angkuh di pentas liga. Cuma aku risau tengok Kelantan ni makin lama makin hilang taring. Bila ramai key player keluar, terkena tempias bangang Liverpool. Mungkin zaman emas The Red Warriors sudah sampai ke penghujung. Mungkin. Aku tengok lawan Felda United pun tak boleh makan. Lawan Pahang yang terlalu power lagi nanti, mahu tak jadi arwah kijang ni.

Mungkin game malam ni penuh debaran, hebat dan tak lari dari kontroversi. Dengan ramalan aku yang tak pernah salah, aku ramal game hebat ni seri 2-2.
3

Ronaldo 1 - 1 Welbeck

racYnc Khamis, Februari 14, 2013


Tahukah anda, Nani sudah merajuk dan bikin kerja lain?


"  Roti tisu macha ? " Nani ( bukan nama sebenar )
2

Analisis Psoriasis : Malaysia vs Qatar



Jersi kaler ni mana?

Entri ini di apungkan lambat bersesuaian dengan tema seperti header di atas, yang entah bila agaknya akan ditukar. Ya, gua hanya mengikut tema.

Separuh masa pertama :
1-    Dengan pemain yang ada, coach Raja memulakan permainan dengan formasi 4-4-1-1. Sedikit kejutan, Mahali dipasangkan dengan Shakir sebagai defensive midfielder. Amri sebagai shadow striker dan Koji, kena tipu hidup-hidup dan tenang di tepi padang.
 
Apek
Reuben – Aidil – Fadhli – Asra
Alex – Mahali – Shakir – Ashaari
Amri
Khyril

2-    Formasi di atas hanya untuk sedap cerita sahaja, kerana kebanyakan masa Harimau Malaya hanya bermain dengan posisi 8-1-1. Permainan anti football yang bosan dipamerkan dan para penyokong dan coach Qatar berpakat ketawa berdekah dekah melihat cara kita bermain.
3-     Kelemahan paling ketara pada side back kita. Reuben dan Asra tak berdaya menyerap tekanan. Pendek cerita mereka bermain semacam gampang. Ini menyebabkan Alex dan Ashaari terpaksa track back flanker dan side back Qatar sehingga ke bawah. Bila Mahali dan Shakir dapat bola, flanker kita masih di bawah menyebabkan skill menyepak bola mengikut arah telur terpaksa digunakan.
4-    Ok, gua puji part Mahali. Walaupun di posisi baru, Mahali dapat memainkan peranan sebagai ball winning midfielder dengan padu. Shakir pula nampak tenggelam sebagai deep lying playmaker. Tak boleh salahkan mereka juga, bila dapat bola forward kita entah di mana mana.
5-    Perlawanan berkesudahan tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua :
1-    Tiada perubahan formasi dari coach Raja. Qatar pula sedikit menganjing dengan mengeluarkan left winger ( no. 11 ) iaitu pemain paling menyerlah mereka.
2-     Malaysia bermain dengan lebih berani untuk push forward. Baru nampak gerakan off ball movement dari Amri dan Khyril. Kemasukan Hadi Yahya dan Farhan selepas itu memberi sedikit tenaga tambahan di hadapan.
3-    Reuben dan Asra kekal bermain entah macam mana gua nak kutuk pun tak reti.
4-    Nak cerita apa lagi? Perlawanan berkesudahan, kita kalah 2-0. Kenapa kalah? Pendek cerita kerana presiden FAM yang macam jahanam. Tahu mabuk, berjudi dan bergaduh sahaja. Sekarang gaduh dengan Kelantan dengan menggunakan Johor sebagai proksi. Babi!


* Ulasan preview di SINI.
3

Budak Ajaib Malaysia : Rueben Thayaparan Kathiripillai

racYnc Khamis, Februari 07, 2013





Nama : K ' Amar ' Reuben

Umur : 22 Tahun

Asal    : Petaling Jaya, Selangor

Kelab Semasa : ATM FA

Posisi : Pertahanan

Kelebihan :
1 – Mampu membuat terjahan terhadap pengadil.
2 – Berpakaian kemas dan mantap.
3 – Gemar sepak tak kena.
4 – Dikatakan jelmaan pemain agung Malaysia, Amar Rohidan.
5 -  Boleh wakili Malaysia walau bodoh piang.
6

Ganyang Qatar

Jali Bah Rabu, Februari 06, 2013

Malaysia akan bermain menentang Qatar dengan skuad tanpa kaki (baca: tempang) di Doha. Qatar turun dengan niat sekadar memanaskan badan dengan 2 misi, mencuri 3 mata pertama dan untuk membuat amal kebajikan dengan mendidik anak-anak buah Gopal cara bermain bola sebenar. 

Aku sebagai seorang penyokong tegar Harimau Malaya tanpa segan silu dan rasa bersalah meramal Qatar akan menang besar 3, 4 atau 5-0. Tengok lawan la, Malaysia mana ada kaki. Qatar tu tak pernah tak layak Piala Asia sejak 25 tahun terakhir. Dua pasukan dengan kelas yang berbeza. Ibarat Pahang menentang Melaka. Tidak adil dan sungguh berat sebelah.

Aku tak hairan kalau Qatar ganyang Malaysia cukup-cukup, 8 pemain naturalisasi mantap semua posisi, bermain pulak di tempat sendiri apa lagi yang layak dibuat rakyat Malaysia selain duduk di kerusi sambil menadah tangan berdoa Harimau Malaya tidak menjadi lauk malam ni.

"Makan angin di sini sangat seronok" Amri Yahyah , bekas kapten Selangor.
Sebenarnya perlawanan malam ni tiada yang istimewanya pun kalau kita nak tengok selain dari menunjukkan betapa sayurnya Harimau Malaya dan kepoweran Qatar yang akan mengayam-ayamkan pasukan sayur tersebut. Tak logik dan sangat menghairankan kalau Malaysia dapat kalahkan Qatar. Cuma aku yakin satu benda, tanpa bayangan Safiq dan Amar aku percaya Malaysia mungkin sedikit power dan suci malam ni. Ganyang Qatar!

P/S: Terima kasih yang sudi bagi undi untuk aku sampai dapat masuk final SBSA. #YNWA.
19

Rasuk II

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Isnin, Februari 04, 2013
Reina



Rujuk Rasuk


"Jidin, mari sini kejap."


Ramli memanggil anak driver teksi sebelah rumahnya yang sedang giat mengorek pasir. Budak berusia 8 tahun itu pantas bangkit dan mengesat-ngesat pasir yang melumuri tangan ke bajunya. Dia tidak risau dengan kotoran itu kerana ibunya adalah pengguna Vanish yang fanatik. Jidin mencari-cari seliparnya. Setelah ketemu, Jidin menyarung selipar itu kemas-kemas di tangannya lalu berlari pantas mendapatkan Ramli. Ramli tersenyum.

"Jidin tolong abang pergi kedai mapley kejap. Abang lapar la. Kejap lagi abang nak tengok Liverpool."

Ramli meminta pertolongan separa arahan. Bibirnya tidak pernah lekang dengan nama keramat kelab Inggeris itu. Sejak pulih dari kerasukan, masyarakat setempat melayan Ramli dengan baik sekali. Jiran sebelah -menyebelah memberi bantuan apa sahaja yang dikehendaki Ramli. Pernah sekali Ramli tersadung tunggul batu di hadapan rumahnya, habis pejabat SUK diamuk masyarakat setempat yang merisaukan perihal Ramli. Ramli pula mengambil kesempatan atas kebaikan masyarakat. Padahal game Man City vs Liverpool lambat lagi. Pukul 12 tengah malam. Ramli yang baru bangun tidur pada petang ahad itu terasa lapar dan apabila membuka pintu sahaja dia ternampak Jidin.

"Jidin pergi balik rumah, mintak kat mak RM 100, cakap abang Ramli tengah lapar dan memerlukan makanan dengan kadar segera. Abang nak nasi putih, ayam goreng dua, peha dan kepak, papadom satu plastik, kuah campur. Air fresh orange dua bungkus, lepas tu belikan rokok Dunhill dua kotak. Balance bagi kat abang."

Jidin, mengangguk dua kali dan berlari pulang mendapatkan ibunya yang sedang mengutip baju di halaman belakang. Sejak mendapat layanan baik, selera Ramli terus berubah. Kalau dulu maggi, maggi, dan maggi hari-hari. Sekarang rokok pun dah bertukar jenama, baju pun dah kemeja, rambut pun dah pacak, 2T pun dah pakai 2T Shell, lantai pun dah berkarpet bulu-bulu. Ramli semakin bergaya. Cuma satu sahaja kurangnya, Ramli masih sokong Liverpool.

Tengah malam itu Ramli menunggu perlawanan seperti biasa. Ramli terbaring mantap diatas sofa jenama Cavenzi pemberian orang-orang kampung yang mengutip derma disebabkan kerasukannya tempoh hari. Mereka lakukan itu kerana mahu Ramli hidup selesa. Selesa menonton pasukan Liverpool agar mulutnya tidak berbuih lagi. Sementara menunggu Ramli bangkit dan mencapai remote Astro diatas coffee table. Ditukarnya ke channel MTV. Terpapar video clip Jennifer Lopez yang sedang menari tertonggeng-tonggeng. Ramli jadi teruja. Matanya terbeliak, kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak. Kemudian keluar pula video clip Justin Bieber. Ramli jadi menyampah. Dia naik geram pula. Ramli lantas baring semula sambil menekan punat on pada remote air-cond. Dia perlu menyejukkan hatinya untuk menonton Liverpool sebentar lagi. Ramli perlu tenang.

Sambil berbaring Ramli menyumpah-nyumpah di dalam hati. Dia hairan mengapa Bieber begitu digilai gadis-gadis. Tambah menyakitkan hati, Rokiah adalah peminat tegar Justin Bieber. Pernah sekali Ramli menegur Rokiah tentang minatnya, Rokiah merajuk dan menghentak kepala Ramli ke tanah. Sejak itu Ramli tidak berani menegur lagi. Dia hanya mampu menyumpah sahaja di dalam hati. Sambil berbaring, Ramli menyebut babi sebanyak satu kali apabila mengenangkan hal itu. Ramli menukar channel semula dan melihat pundit-pundit masih berbicara sesama mereka. Akibat keselesaan yang dinikmatinya ketika berbaring, sambil dihembus pelan-pelan pula oleh air-cond, Ramli terlelap.

Ramli bangkit semula apabila commentator menjerit, "Gerraaaarrrrdd!"

Ramli terkejut lalu bangkit berdiri. dilihatnya pemain-pemain Liverpool sedang berpelukan sesama sendiri. Ramli jadi hairan. Matanya pantas menangkap scoreboard pada sudut atas belah kanan tv. 1-2 minit ke 73'. Ramli happy. Dia kemudian menjadi baran apabila mengetahui yang dirinya tertidur.

"Babi! Macam mana boleh tertidur?!" 

Babi lagi.

Ramli kemudian duduk semula dan tidak bersandar. Dia risau dirinya terlelap lagi dan terlepas kemenangan Liverpool di kota Manchester. Biarpun pasukan yang ditentang bukanlah pasukan Manchester yang kuat, Ramli tidak kisah, asal nama Manchester sahaja sudah cukup membuat darahnya mendidih. Dan kemenangan yang bakal dikecapi Liverpool sebentar lagi akan dijadikan modal untuk bermegah-megah di kilang. Memikirkan itu, Ramli jadi bersemangat. Dia tersenyum dan menggetar-getarkan kedua kakinya menanti. Ramli berharap perlawanan segera tamat.

Tiba-tiba, lima minit kemudian, bola dihantar cantik kepada Aguero pada sudut kanan padang, Aguero mengawal kemas, Reina, penjaga gol Liverpool, yang bagaikan disampuk, meluru laju ke arah Aguero. Ramli jadi cemas tak patut.

"Babi Reina, Babi Reina, Babi Reina." Ramli memulakan zikir.

Aguero pula bila melihat pintu gol yang sudah ditinggalkan, membuat pusingan kemas gaya seorang pemain Amerika Selatan, mengatasi Reina. Aguero kemudian merembat, dan...

"Babi! Babi! Babi! Baabiiiiii!!!!!"


Ramli kerasukan babi. Jiran-jiran datang menerjah pintu rumah yang separuh terbuka. Osman, abang pemandu teksi sebelah rumah, serta beberapa lagi orang pemuda dan dua tiga orang anak kecil termasuk Jidin mendapatkan Ramli. Ramli masih seperti tadi. Terpekik, terlolong menjerit babi babi tanpa menghiraukan sesiapa sambil mulut berbuih. Keadaan Ramli tidak berubah setelah lima minit berlalu. Osman dan abang pemandu teksi mengambil keputusan drastik. Mereka mengikat Ramli dengan tali dan menutup mulutnya dengan sehelai kain. Osman bercadang membawa Ramlli ke rumah imam dengan tujuan berubat sekali lagi. Ramli pun dipapah keluar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...