Di sebalik protes rakyat Brazil tentang penganjuran Piala Dunia 2014 yang dituduh ada unsur korupsi dan pembaziran, kejohanan ini berlangsung
dengan aman, tiada balingan batu dalam stadium, tiada penonton jatuh dan
khabarnya tiada satu pun kelibat kucing kelihatan di Maracana, Castelao atau di
Arena Pernambuco.
Separuh akhir piala konfederasi, Brazil yang layak atas
tiket tuan rumah melawan Uruguay juara Copa America manakala Sepanyol juara
dunia dan Eropah beradu kekuatan dengan Italy di Fortaleza, naib juara Euro
2012 ( Sepanyol menang WC dan Euro 2012).
Ok, tak ada Jerman,
Argentina atau Belanda. Jangan sibuk nak tanya aku mana Ronaldo, Messi, atau Robben
tak pasal-pasal aku sumpah jadi azkal.
Brazil vs Uruguay
|
Derby klasik Amerika Selatan, the Celesta melawan the Selecao |
Brazil
Pertemuan klasik derby Amerika Selatan ini yang sudah berjumpa
72 kali untuk semua pertandingan sebelum ini,
the Selecao menang 33 kali, Uruguay 20 dan selebihnya seri. Sekarang
Brazil berbeza dengan Brazil zaman Pele ke Ronaldo gemuk. Rentak Samba sekarang
sumbang dan tak mengancam macam dulu, ranking pun jauh terpelosok
bertangga-tangga ke bawah.
Brazil cukup kuat di gelanggang sendiri, England seri di
sini, begitu jugak Perancis kena titik 3-0. Group stage, Samba masih kekal
dengan rekod 100% menang, dengan wonderkid Neymar menjaringkan gol dalam semua
perlawanan. Jelas, Brazil dalam kondisi top form sekarang menentang Uruguay dan
langsung saja layak ke final.
Uruguay
Uruguay bukan lawan mudah, walaupun diayamkan sepanyol
dengan penguasaan bola 27%-73%, anak-anak buah Oscar Tabarez bangkit menang ke atas Nigeria,
wakil Afrika 2-1 sebelum menyemadikan newcomer, Tahiti 8-0 dengan tenang di Arena
Pernambuco.
Di barisan depan, gandingan hebat 3 serangkai cukup berbahaya
untuk menggempur Brazil, Suarez, Forlan dan Cavani siapa sedia meng’threesome’kan Julio Cesar bertubi-tubi awal
pagi Jumaat nanti.
Ramalan: Brazil
3- Uruguay 1
Sepanyol vs Itali
Bermula goyah menang tipis 2-1 ke atas Mexico sebelum nyaris
dibunuh Jepun 4-3 dan kalah dengan tuan rumah, Brazil 2-4 selepas itu. Itali sudah
melepaskan 8 goal dengan Buffon semakin dimamah usia di gawang gol. Tanpa Andrea Pirlo, maestro yang macam biasa bermain sebagai deep lying playmaker, siapalah Italy. Hilang punca, kurang menyengat dan tiba-tiba Itali bermain seperti Melaka FA yang beraksi di Liga FAM.
Timbul tanda tanya keberkesanan taktikal Catenaccio.
Atau buang saja taktik Catenaccio dan meniru corak permainan JDT yang sudah pun
layak ke final piala FA.
Sepanyol
Sepanyol sebenarnya masih belum anzal dan bermain sekadar memanaskan
badan setakat ini. Dengan rekod bersih menang 100%, 15 jaringan gol dan hanya
melepaskan satu gol setakat ini, La Roja calon pilihan juara Piala Konfederasi
edisi kali ni. Tak kira team Sepanyol A atau B, La Roja tetap cemerlang seperti
biasa.
Sepanyol cukup complete sebagai satu pasukan yang kuat, aliran
pergerakan bola yang cukup lancar di atas padang dengan prinsip total football,
tanpa syak Sepanyol sekarang adalah jelmaan Belanda di Piala Dunia 1974 di Jerman.
Dibantu kualiti pemain yang seimbang tak kira yang duduk menonton saja di bench
atau yang sedang menggentel bola di atas padang, terlalu banyak pilihan untuk
Del Bosque.
Tanpa prejudis dan ragu-ragu lagi, Sepanyol akan terus mengekalkan legasi kuasa besar bola sepak
dunia sekurang-kurangnya sampai Malaysia layak bermain di Piala Dunia.
Ramalan: Sepanyol
4- Italy 0