ARKIB SOKERNET

27

Rangkuman Perlawanan Man Utd vs Chelsea

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Selasa, Ogos 27, 2013


1. Sepak mula!

2. Man Utd baru mula memanaskan badan.

3. Memanaskan badan.

4. Masih memanaskan badan

5. Memanaskan badan biasanya memerlukan 10 minit. Skip ke minit 10'.

10. Kedengaran penyokong Chelsea menyanyikan lagu "Wayne Rooney, we'll see you next week."

11. Nyanyian berlangsung tiga minit. Skip ke 13'.

13. Wellbeck menghidu peluang tapi pantas dilanggar bas jenama Samsung yang baru diservis oleh seorang pomen berbangsa Portugis. 

14. Bola menuju ke tangan Ashley Cole di dalam kotak penalti tetapi tiada tendangan penalti kata pengadil, kerana bola itu tak berniat untuk melakukan tindakan tak bermoral ke atas Cole.

15. Cole berdendam dengan bola yang cuba mencabulnya lalu bertindak melakukan tackle keras kepada Van Persie, mujur pengadil tengah tengok henset masa tu. Tiada kad. 

16. Van Persie membuka gerakan ke sebelah kanan padang dengan menghantar tepat kepada Rooney. Rooney yang dipagari oleh 75 pemain Chelsea kemudian berjaya melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti. Tetapi Samsung bukanlah sembarangan jenama bas. Ia buatan Korea!

17. Kamera menunjukkan Mourinho mencari pen di dalam sakunya. Mourinho kelihatan serius mencatat sesuatu. Kamera zoom in lagi menunjukkan Mourinho sebenarnya bermain 'sos' dengan menggariskan kotak-kotak kecil. 

18. 18' sampai 30' aku pergi berak. 12 minit bukanlah untuk teran sahaja. Aku mengambil masa yang lama untuk mengejas parking sebenarnya sebab depan aku ada makwe pakai skirt terselak kain nampak spender warna pinky. Hmm fevret betul! 

31. Balik ke meja makan. Order lamb chop bersama salad. Aku dah tak mementingkan diet sebab nak badan macam orang biasa-biasa balik. 

32. Schurrle nampak lemah melakukan serangan. Setiap gerakan begitu mudah diterajang Vidic.  
33. Astaga! Makwe depan terselak lagi. Nasib parking dah ejas.

34. Tumpuan terganggu sampai minit 38'. Lepas ni sumpah aku taknak lepak Hakim dah tengok bola!

38. Jones melakukan hantaran leret kedalam kotak penalti, bola tertampan oleh sape pun aku tak nampak lepas tu bergolek perlahan sebelum dirembat ke penonton oleh Cleverley. Clever sangat!

39. Duduk balik selepas menjerit "haa!" 

40. Makwe depan cuba melakukan eye-contact. Aku beristighfar dalam hati.

41. 41' sampai rehat half time aku fokus pada istighfar. Meminta supaya dilindungi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

46. Sepak mula separuh masa kedua.

47. Evra melakukan hantaran silang dari sebelah kiri ke dalam kotak penalti tetapi bas berfungsi bagus.

48. Man Utd menguasai perlawanan dengan bertukar-tukar hantaran tanpa cabaran daripada pemain Chelsea. Keadaan ini berlangsung hingga minit ke 56'.

56. Rooney memulakan gerakan untuk merogol bas.

57. Gerakan merogol menjadi layu apabila Wellbeck mati pucuk depan gol. Aku nak sarankan Vimax kat dia untuk ketegangan maksimum!

58. Bas hampir terancam menyebabkan Mourinho memasukkan Torres untuk mengetatkan skru tayar.

59. Schurrle shoot, tapi diblok, bola melantun leret kebelakang dan dirembat deras oleh Cahill. First time aku nampak De Gea pegang bola selepas sejam perlawanan. 

60. Lamb Chop bersama salad baru sampai. Hakim biasalah... Kadang-kadang lembab. Aku tendang kerusi sebagai tanda protes. Makwe depan spender pinky stim dengan tindakan aku.

61. Makwe-makwe lain mula beri penumpuan pada aku.

62. Masih merenung aku, tapi cepat-cepat tunduk ke lantai bila aku jegil biji mata. Mereka kuis-kuis kaki secara serentak sebagai tanda malu tapi mahu. 

63. Torres meluru laju membawa bola, tetapi tidak menggunakan akal. Ferdinand senyum nipis. 

64. Bola terkena tangan Lampard, pengadil tak nampak sebab leka look around kat wechat. 

65. Rooney merembat deras setelah mendapat bola dari Carrick. Cech pantas menepis. Belajar dari kesilapan lalu mungkin.  

66. Young masuk menggantikan Valencia yang nak berak. 

67. Ya Allah malasnya nak taip! Terus ke minit 71'.

71. Cole bertukar hantaran satu dua dengan Hazard dan meluru laju ke dalam kotak penalti lalu merebahkan badan meminta penalti. Pengadil tak layan pasal sudah masak dengan perangai Cole yang menjadikan Fakri Saarani sebagai idola. 

72. Cole hampir menangis.

73. Cole meleleh sikit airmata tetapi lekas disapu menggunakan lengan baju.

74. Cole babi.

75. Cole kepala bana.

76. Cole setan. 

77. Cole ketiak hitam.

78. Cole Jaafar Onn.

79. Cole Bobo.

80. Ryan Giggs masuk menggantikan Wellbeck yang mati pucuk. Ini merupakan penampilan yang ke-50 buat Ryan Giggs dalam perlawanan menentang Chelsea. 

81. Torres mendapat kad kuning kerana tackle bangang yang dilakukannya.

82. Mata kelihatan tabah di kerusi pemain simpanan. Muka ketat sebagai cover, dalam hati sedih Ya Rabbi. 

83. Evra mengadu batuk dan sakit tekak lalu baring di padang sebagai kaedah penyembuhan. 

84. Astaga! Makwe depan spender pinky tadi dah duduk sebelah aku dan merenung aku dengan pandangan ghairah.

85. Aku mula bersembang hal-hal biasa dengan makwe tu.

86. Topik kami mula serius dengan membincangkan tentang peristiwa memaki dan menghalang pengadil dari memasuki bilik persalinan.

87. Kami mula berpegangan tangan.

88. Aku terkejut bila orang ramai menjerit "Haaaah!" Replay menunjukkan volley dari Van Persie yang terkena tangan Mikel. Pengadil masih look around.

89. Aku raih dan genggam balik tangan makwe tadi yang terlepas.

90. Makwe lain memerhati cemburu.

91. Makwe tu menyatakan persetujuan bila aku mengajaknya untuk melawat bilik aku di rumah. Aku cuma ingin menunjukkan koleksi figura Iron Man keluaran Hot Toys yang menjadi idaman dia. 

92. Pegi mampus dengan perlawanan.

93. Perlawanan tamat. GAME ON untuk aku.


8

Kejohanan Ragbi Sekolah Enam Penjuru - Supersix

pakkordi Selasa, Ogos 20, 2013
Buat julung2 kalinya, kejohanan ragbi seperti ini akan dianjurkan oleh pihak swasta. Budak MCKK aku rasa memang lauk la sebab pelajar mereka diberitakan ramai yang lemah-lembut.

Enam sekolah yang akan bertanding secara liga ini ialah Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Sekolah Alam Shah dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR).

Walaupun sekolah sains yang sebenar ialah Maktab Rendah Sains MARA dan bukan mana2 Sekolah Menengah Sains, untuk kejohanan ini aku sokong Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor.

WWW.SUPERSIX.COM.MY
Majulah sukan untuk Malaysia.
1

Salam 2-0

Jali Bah Isnin, Ogos 19, 2013

Tahukah anda, terlalu mudah.

Permainan semalam sebenarnya tidaklah jauh bezanya ibarat satu perlawanan pemanas badan sahaja bagi pasukan hebat seperti Chelsea memandangkan lawan sebenar Chelsea yang juga bakal juara EPL musim ini adalah Manchester United, bukanlah Hull City, calon pasukan untuk dihantar balik ke liga kejuaraan. 

Petang yang begitu indah di Stamford Bridge yang begitu beremosi dengan kepulangan The Special One ke Stamford Bridge selepas 7 tahun merantau ke seluruh Eropah. 

Chelsea power sampai kiamat.
1

Untuk Panduan dan Pedoman kita Semua


Untuk info terkini, KLIK SINI!
7

Sokernet ada kerna Liverpool ada.

Sokernet ada kerna Liverpool ada.

Itu memang tidak dapat dinafikan lagi. Abang tak pernah peduli setiap tahun Spurs atau Everton duduk nombor berapa. Abang juga tidak peduli tatkala season lepas Arsenal bersorak girang macam menang liga walaupun hakikatnya mereka duduk no. 4. 8 tahun tak menang piala, apa yang nak diraikan lagi?


Sokernet ada kerna Liverpool ada.


Sokernet meriah tatkala Liverpool kuat. Jika Liverpool bangang macam season lepas, Sokernet mati. Para pengulas mati akal mahu mengulas. Dan abang mati akal nak tulis apa. Mati mati mati.


Syukur.


Liverpool menang game semalam, dan buat pertama kali dalam berapa tahun ntah, Liverpool berada di puncak liga. Satu2 perkara yang King Kenny tak berjaya buat sewaktu dia menjadi pengurus di Liverpool.


Alhamdulillah.


Dengan kemenangan itu, maka besarlah harapan kita untuk melihat Liverpool menang EPL musim ini. "This is our season!" kata peminat mereka.


Sokernet ada kerna Liverpool.


Ayuh kita berdoa kehadrat Illahi agar Liverpool terus kuat musim ini, kerna kita perlu ingat, bila Liverpool kuat, Sokernet jadi hangat.


P/s: Tersenyum girang abang semalam bila Liverpool menang. Mereka di puncak liga. Kena pulak Arsenal lepas tu sayur. Tapi bila abang bangun pagi ini, segalanya berubah. Tapi abang tetap percaya,


THIS IS OUR SEASON!




23

Menuju 21

Silat Gayong


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pasukan juara sebenar tidak memerlukan permainan pelik-pelik untuk menang. Simple touch diadun dengan sedikit teknik sihir, sudah cukup untuk menumbuk padu ke muka haters yang berkeliaran. Berbekalkan patch emas di lengan, para pemain Man Utd mempamerkan gaya mudah dan senang dipandang untuk memenangi perlawanan.

Swansea bukanlah pasukan yang kerdil. Permainan mereka sebelum ini menarik ketika bertemu pasukan lemah seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Mereka tiba-tiba jadi kaku dan hilang arah tatkala berdepan dengan juara Inggeris. Kegentaran mereka dapat dilihat dari segi tahan bola berterabur dan sepak bola guna keting. Michu yang sebelum ini menjadi igauan ngeri penjaga gol pasukan lemah yang disebutkan diatas nampak seperti hilang arah dan berlari-lari tiada guna. 

Perlawanan dimulakan dengan sedikit bosan kerana penguasaan bola yang melampau oleh Man Utd. Tiada pemain Swansea yang berani tampil kedepan untuk merebut bola. Kalau ada pun akan disergah Vidic sampai meninggal. Robin Van Persie yang baran melihatkan keadaan ini kemudian bertindak menjaringkan gol pertama menerusi gerakan silat. Terpinga dan terkejut melihatkan keadaan yang berlaku, Wellbeck pula menjaringkan gol sambil pejam mata dua minit kemudian.

Selepas itu pemain United bagaikan dirasuk saka kerana tidak henti-henti melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke arah pintu gol Swansea. Mujurlah mereka masih ingat tuhan dan bertindak bijak untuk menikmati perlawanan tanpa menjaringkan gol lagi.

Waktu rehat digunakan sepenuhnya oleh para pemain dan pegawai pasukan United untuk bermain Candy Crush. Tiada kata-kata berunsur taktikal yang diberikan oleh David Moyes kerana kejang melihat cara pemainnya bermain. Kalau ada pun hanya pesanan berupa nasihat agar bermainlah secara bersama-sama dengan Swansea.

Separuh masa kedua United dilihat mengendurkan asakan mereka. Ternyata pesanan yang diberikan Moyes digenggam erat oleh pemain United. De Gea yang sebelum ini dilihat bersila sudah mula berdiri. Pertahanan United mula membuka ruang untuk pasukan Swansea mempamerkan gaya mereka. Tetapi Van Persie ni dasar kepala batu. Dia merembat masuk gol ketiga United, kali ni dengan gaya sepakan peluru. Moyes yang berang kemudian mengeluarkan Van Persie untuk menghentikan dia dari menjaringkan gol. Ini bagi menjaga air muka penyokong Swansea, Liverpool, Arsenal, Chelsea, City, Bayern Munich, Real Madrid dan Barcelona. 

Menjerit dari luar, Moyes mengarahkan pertahanan United untuk memberikan gol saguhati kepada tuan rumah. Wilfried Bony kemudian dipilih oleh pasukan United secara sepakat untuk menjaringkan gol. Setelah itu barulah nampak penyokong mereka gembira. Mereka dikhabarkan bakal mengadakan kenduri kesyukuran kerana dapat menjaringkan gol menentang United. 

Menjelang minit akhir perlawanan, Wellbeck bercadang untuk menamatkan perlawanan dengan cara aneh. Dia berniat untuk mengechip bola menuju tiang tetapi tidak sengaja telah menjaringkan gol keempat. 

Tamat perlawanan, Swansea 1-4 Manchester United.
6

Hmmmmmmmmmm

FdausAmad


"Kecoh apa ni Rinho? Ko pegi jalan dulu 5 tiang aku nak tengok..ko pegi! "
5

Dirgahayu Sokernet! Empat Tahun Bukan Sekadar Angkuh!

LuciusMaximus Sabtu, Ogos 17, 2013 , , ,

"Sepanjang pemergian saya dari Stamford Bridge, saya tetap mengikuti perkembangan bola sepak semasa melalui Sokernet ori (blogspot.com). Dan keputusan saya untuk kembali bersama Chelsea adalah kerana Sokernet dan Lucius Maximus. Selamat hari jadi Sokernet!"
- Jose Mourinho
13

Selamat Datang Bola Sepak. Selamat Kembali Arsenal yang Sentiasa Diperhatikan dan Dicemburui.

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
Hai, saya Pipiyapong. Anda kini berada di laman web Sokernet iaitu permulaan kepada semua 'Sokernet' yang wujud di Malaysia pada hari ini. Selamat datang ke Sokernet!

Malam ini musim kelima Sokernet akan bermula. Ulasan, ramalan, berita, gosip dan luahan bola sepak semasa akan kembali dipaparkan di Sokernet terutamanya Liga Perdana Inggeris diikuti kemudiannya dengan liga liga utama Eropah dan Piala Malaysia. Untuk itu seramai 19 pengulas akan bersama anda dalam melayari musim bola sepak terbaik ARSENAL.

Arsenal akan muncul juara musim ini.

Saya bukanlah bersikap berat sebelah, tapi ini adalah hakikat yang kita semua patut terima. 

Lain pula kalau saya mengatakan Liverpool akan muncul juara. Itu kelihatan seperti menyindir pasukan yang sudah tidak punya apa-apa lagi. Mereka Liverpool hidup dalam lara kesedihan dan berpura-pura gembira mengharungi musim demi musim. Tidak hairanlah jika baru baru ini saya mendapat khabar semua Liverpool berkumpul ketika kejadian hujan meteor untuk memohon hajat yang besar.



NOTAKAKI:  HARI INI 17 OGOS 2013. ULANG TAHUN KE-4 SOKERNET.
9

Melihat Masa Depan

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Rabu, Ogos 14, 2013 ,
Ini Nostradamus


Nostradamus adalah seorang peramal barat yang begitu terkenal. Ramalannya tentang peristiwa yang bakal berlaku adalah 90% tepat. Tapi ini bukan cerita pasal dia, ini cerita pasal sebuah pasukan pandai main bola dari England iaitu Manchester United. Dan cerita ini berkaitan dengan ramalan juara musim ini.

Mudah untuk meramal siapa yang bakal menjuarai musim ini. Penguasaan bola yang mantap, tandukan padu di udara, skill yang mempesona serta gaya yang terbilang. Ciri-ciri itu tidak ada pada pasukan lemah lain yang bertanding dalam Liga Perdana Barclays musim ini. Kebanyakan pasukan yang bertanding hanyalah sebagai pelengkap jadual dan tidak lebih dari memberi sokongan moral kepada pasukan ini untuk mengangkat mereka sebagai juara pada penghujung saingan. Bersama pengurus baru tidak sedikit pun mencacatkan rentak mereka, malah kembali dengan lebih padu dan jitu.

Terkenal dengan falsafah bola sepak menyerang, pasukan Manchester United dengan bersahaja menjuarai perisai komuniti tanpa perlu mengeluarkan banyak peluh. Sistem one touch football yang diterapkan begitu mudah difahami pemain di samping gelekan menarik membuatkan lawan terkaku dan kejang. Ini adalah faktor menyebabkan mereka begitu digeruni lawan. 

Tidak seperti pasukan lain yang bermati-matian bermain di dalam perlawanan pra-musim, Manchester United hanya sekadar memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru untuk digilap dan kemudian dijual kepada pasukan lain yang ketandusan pemain hebat. Mereka tidak kisah kalah pada perlawanan pra-musim kerana mereka tahu di hujungnya hanya mereka sahaja yang dipilih untuk bermain pancut-pancut air botol. Tanpa perlu menggigit pemain lawan, mereka tetap ditakuti dengan cara mereka sendiri.

Untuk apa beli pemain baru kalau akhirnya cuma merebut slot kelayakan ke Liga Juara-juara sahaja? Jadi mereka tenang tanpa perlu mengeluarkan buku cek bagi mendapatkan pemain bangang seperti 50 juta paun.

Jadi, mudah kan untuk meramal?

Ini pasukan Juara!

6

Amaran Awal Untuk Arsenal dan Sekutu

Jali Bah

Macam biasalah, awal-awal musim mesti team tu paling kuat sembang bakal juara lah, itu lah ini lah, bab beli player pun lemah ada hati nak jadi juara. Sembang kencang serupa dah confirm dapat sign Higuain, Liverpool yang bangang pun tak sanggup tahu lepaskan Suarez masuk kelab yang tak realistik.

Dekat England sekarang semua pilih Chelsea, media-media, lejen-lejen yang dah bersara tunggu nak meninggal pun masih boleh fikir logik tahu. Yang kuat sembang pung pang pung pang Arsenal atau Manchester United power ada dekat Malaysia je sebenarnya. Dekat Kelantan, Selangor atau Johor.

Jadi apa alasan kau masih nak sokong Arsenal, Manchester atau Liverpool juara?. Tak jauh bezalah kau nak pilih JDT jadi juara Piala Malaysia langsung menidakkan kepoweran Kelantan, atau Selangor, ya Selangor walaupun tak begitu logik nak selit dekat sini.

Terus terang lah aku cakap, Arsenal ada ke tak bukan ada masalah pun sebenarnya untuk Chelsea. Chelsea rilek je walaupun dah menang 3 trofi pra musim ni. Macam ni lah pasukan juara, gaya dia, cara dia semua nampak cool, tunduk merendah diri.


Chelsea power sampai kiamat.
8

EPL AKU DATANG DAN ARSENAL POWER

SEKILAS PANDANG MUSIM 2012/2013




Hari terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2012/2013 menyaksikan Manchester United kekal angkuh dengan kejuaraanya yang ke-20. Arsenal masih layak ke Liga Juara-juara Eropah (UCL) seperti musim-musim lepas setelah menempatkan diri mereka di tangga keempat. Chelsea tamat di tangga ketiga di bawah kendalian Rafa Benitez yang menggantikan Di Matteo angkara kegagalannya di peringkat kumpulan kejohanan UCL. Manchester City gagal menghambat kemaraan Manchester United dan hanya menamatkan saingan di tangga kedua. Pasukan lain seperti Fulham, Aston Villa, Reading, dan lain-lain kekal menjadi rencah kehebatan liga mat saleh ni. Ada pasukan yang dirogol. Ada pasukan yang merogol balik. Liverpool pula kekal bangang. Indah kan? Kerana semua itulah kita semua merindui bola sepak Inggeris yang sudah dua bulan berehat.


Antara isu yang menjadi tumpuan musim lepas ialah:


1 - Manchester United juara kali ke-20.

2 - Pak Alex pencen (baca ini peluang Arsenal)
3 - Gareth Bale
4 - Gigitan cinta Suarez
5 - Chelsea gagal UCL tapi menang Liga Europa.

Tutup kitab lama dan buka kitab baru. Arsenal nak menang ni.



SEKILAS JENGUK MUSIM 2013/2014





Secara peribadi, tempoh pra musim yang perlu digunakan untuk merejek dan membeli pemain nampaknya tidak digunakan secara gila babi oleh kelab-kelab bola sepak di England. Hanya berlaku sedikit perubahan dalam kalangan skuad kelab. Yang banyak berlaku hanyalah desas-desus, khabar angin, dan mengaitkan pemain itu ini. Kelab tu cakap nak jual pemain ni la, berminat nak beli pemain ni la, tak perlukan khidmat pemain ni la, nak luaskan karier la, dan bermacam-macam jadah lagi. Akhirnya hampas jugak yang ditinggal. Awal musim lepas aku ingat lagi Pak Alex cakap takde niat pun nak Robin Van Persie. Mati-mati orang tua tu menidakkan pertanyaan wartawan. Last-last jadi top scorer kat Old Trafford. Cilake. Orang putih memang terkenal dengan drama. Skrip yang sama diubah suai mengikut kesesuaian zaman. Nasib baik aku power dah boleh nampak benda ni. Namun, unsur komersial macam ni patut orang kita contohi demi kemeriahan liga walaupun agak menyampah untuk ditatap.


GAMBARAN AWAL SECARA KASAR


Chelsea akan buat lebih baik berbanding musim lepas dengan kehadiran pengurus baru. Pemain lama seperti Lampard, Ashley Cole, dan John Terry memudahkan tugas Jose Mourinho. Kemasukan Lukaku mungkinkah akan menambahkan luka lawan?


Arsenal tidak lagi runsing dengan bayangan penculik budak dan dapat mengekalkan skuad sedia ada. Budak-budak pun dah besar sikit. Tiada perpindahan besar. Tenang je.


Manchester United dapat pengurus baru, David Moyes. Ramai mengharapkan Moyes membawa United menyembah bumi. Menang Community Shield dilihat sebagai langkah kanan. Itu lawan Wigan. Wigan? Ye Wigan. OK. Selamba aku cakap kegagalan Moyes mendapatkan Fabregas ketika artikel ini ditulis menandakan ego Arsenal dah mengatasi ego mereka.


Manchester City menjadi satu-satunya kelab yang lebih rancak sedikit membuat perpindahan pemain walaupun penyertaan empat pemain baru bukanlah boleh dipertimbangkan sebagai pemain berkelas dunia.


Tottenham masih berkira-kira nak lepaskan Gareth Bale. Kalau lepas, jahanam. Kalau tak lepas pun main Liga Europa aje la Bale. Tiada nama besar masuk.


Cardiff, Crystal Palace, dan Hull City naik liga. Bertabahlah di liga perdana ni.


Everton, Fulham, Newcastle, Norwich City, Stoke, West Brom, West Ham, dan Southampton akan merancakkan saingan liga. Pasukan-pasukan ini biasanya yang merencatkan kemaraan pasukan-pasukan pilihan. Siapa sangka West Brom bakal menerajang Manchester United sebanyak 7 jaringan nanti.


Liverpool terus memikirkan hiburan lain. Perkauman dah. Gigit dah. Bawak jengkaut sodok perut lawan je belum. Harap ada kali ni. Paling kurang pun seumpamanya la.


Prediksen penuh bias dan berat sebelah top 4 EPL 2013/2014


1) Arsenal

2) Manchester City
3) Chelsea
4) Liverpool


PASUKAN TUMPUAN MUSIM DEPAN : ARSENAL





Masa sembang hari tu, Wenger ada bagitahu aku yang dia nak bawak masuk nama-nama besar. Aku pun cakap la sikit kat dia. "Wen, buat apa ko nak bawak masuk pemain yang power semusim je. Tak payah beli player mahal-mahal. Real Madrid tu gila. Jangan nak buat gila sekali Wen". Aku menambah, "kau ingat balik Wen. Arsenal ni orang kenal sebab taktikal dia penuh seni, pemain dia ada kaliber, karisma kau tu buat orang dengar cakap". Dia angguk tanda setuju. Lepas tu kami sambung sembang pasal cerut Cuba harga RM 650k tu. Ok itu cerita lain. Kita sambung pasal bola.


Koscielny sangat mantap di posisi pertahanan hujung-hujung musim hari tu. Ada tanda tanya di posisi penjaga gawang tapi usah risau. Szczesny (macam mana la Wenger sebut nama dia) dilihat mampu bertindak sebagai tembok penghalang dari sepakan-sepakan lemah pemain Liverpool ataupun tandukan penuh syirik dari penyerang syaitan merah. Menilai dari perbualan aku dengan Wenger tempoh hari, jauh di sudut hati, dia teringin mencari pengganti Robin. Giroud mungkin berkeupayaan tetapi aku nampak dia belum cukup tajam. Wilshere dengan Cazorla pun belum benar-benar berbisa untuk menjadi mimpi ngeri penjaga gol lawan. Tapi secara peribadi, perubahan demi perubahan dalam kelab lain yang berlaku sekarang, itu dah cukup sebenarnya.


Benda-benda ni semua aku tak nak ulas sangat la. Lawan City dua tiga hari lepas pun dah gila babi dia punya power. Ramsey, Walcott, Sagna, dan yang lain dah cukup untuk menjadikan tugas menyontot, menapak, menerajang, dan menyiku lawan sebagai satu tugas mudah.


Tentang perpindahan pemain, aku nak sentuh isu Higuain. Bukan dia tak nak masuk Arsenal tapi aku yang tak bagi sebenarnya. Kelab power hanya untuk pemain power. Bukan yang macam dia. Elok la dia pergi jahanam dengan Napoli. Suarez ni pulak kalau tak paksa Liverpool jual dia, rasanya Arsenal takkan letak 50 juta. Tak nak takpe. Tiada apa perlu diresahkan. Arsenal kali ini mungkin akan banyak bergantung pada Diaby. Melihat kepada perkembangan semasa, kemungkinan besar Arsenal yang bangang musim-musim sebelum ini akan menunjukkan kebangkitan sebab kelab lain dah menunjukkan kebangangan masing-masing. Lain kelab lain bangangnya. Bangang Liverpool sudah tersurat, bangang Chelsea bila sembang pasal pengurus, dan bangang Manchester United akan kita tengok musim depan. Bangang City bila kalah dengan Wigan. Jelas.


Kesimpulannya, corak permainan yang lebih berseni, jaringan yang lebih menarik, hantaran yang sentiasa mengelirukan lawan, dan banyak lagi bakal dipersembahkan sepanjang musim depan oleh Arsenal. Itu sahaja kali ini secara ringkas.


COME ON YOU GUNNERS!
5

Sokernet Fantasy League: Last Call. Jangan Jadi Kodok.

pakkordi Selasa, Ogos 13, 2013


2

ARSENAL 3 - MANCHESTER CITY 1 : PRA MUSIM EPL

zaileefd2 Ahad, Ogos 11, 2013 , ,

Ketika artikel ini ditulis, pasukan setempat Manchester City iaitu Manchester United sedang berhempas pulas berjuang menentang Wigan. Seingat saya, Wigan inilah yang meleburkan hasrat Manchester City menjulang Piala FA baru-baru ini. Mungkinkah Manchester United akan menewaskan Wigan atas ego orang Manchester? Jika berjaya, ini ialah piala pertama untuk Manchester United di bawah kendalian Moyes. Untuk soal ini, saya serahkan pada Dany Armando untuk membuat ulasan lanjut.


**********


Sudah hampir 24 jam berlalu setelah Arsenal menewaskan Manchester City dengan bergaya. Namun saya tidak nampak pun kutu yang sembang pasal ni sebab semua sibuk dengan 'kejayaan' Malaysia XI kalah kepada Barcelona.


Atas rasa cinta yang dalam pada sukan bola sepak, saya tetap memberikan laporan. Arsenal seperti biasa bermain cantik, mudah mencipta peluang, dan tidak sukar menjaringkan gol. Pak Cik Wenger kekal dengan ART yang sudah lama dipraktikkan. Senang je. Tak perlu panjang-panjang sebenarnya mengulas soal kepoweran ni.


Satu perkara yang menjadi perhatian dari perlawanan ini ialah urban legend tentang jaringan Ramsey. Selepas Osama bin Laden, Muammar Gadafi, Steve Jobs, Michael Jackson, dan Whitney Houston, ramai yang mengaitkannya dengan Justin Bieber. Di Malaysia, tidak kurang juga yang berharap Messi menjadi mangsa kali ini. Geram barangkali kena tipu.


Kesimpulannya, kejayaan Arsenal membenam Manchester City ini sedikit sebanyak mempertahankan kewajaran Arsenal berada di puncak liga setiap kali tiba tempoh liga berehat. Bukan sebab aksara 'A' semata-mata.


FULL TIME RESULT : Budak 3 - Penculik budak 1


5

Harimau Malaya 1 - 3 Barcelona


Tahukah anda, selain part Wan Zack-Fabregas bergaduh dengan gol cantik Amri Yahyah, part lain semua boleh di abaikan. Cerdik budak Zack ni.



1

Rote Teufel von Deutschland

Jali Bah Isnin, Ogos 05, 2013

Kalau ikut teori logik akal bola sepak moden sekarang, mana ada team baru promote terus jadi juara dalam satu musim. Logik ke Cardiff City yang baru naik dari liga kejuaraan terus jadi juara EPL musim ni langsung menidakkan kepoweran Chelsea yang makin menjadi-jadi power dia sekarang.

Kelantan pun ambik masa tahu sebelum naik jadi juara liga super. Ini kan pula JDT, atau Cardiff City sebagai perumpamaan mudah.

Dalam catatan sejarah, hanya FC Kaiserslautern yang membuat sejarah besar ni. Ya kelab yang bermain di Bundesliga, liga bola sepak terbaik sekarang dekat dunia. Budak-budak yang baru tengok bola semalam mana tahu kisah-kisah cerita mahsyur klasik ni. Pung pang pung pang cakap Barcelona, Real Madrid dan Man.United paling power sebab ada Messi, Ronaldo, dan Van Persie. Kepala bana dia.

Musim 1997/98 ni boleh lah diibaratkan zaman paling gemilang FCK di bawah kendalian pengurus fenomena, Otto Rehhagel yang membawa Greece juara Euro 2004 apabila langsung saja menjuarai Deutscher Meister walaupun terelegasi setahun sebelum itu ke divisyen 2 meninggalkan Bayern di belakang dengan beza 2 mata. Kekalahan yang cukup hina untuk team sebesar Bayern memandangkan FCK baru sahaja naik ke Bundesliga dalam musim yang sama langsung menjadi juara liga. Paling diingat, kemenangan masyhur FCK 1-0 menentang The Bavarians di kandang lawan.

Otto Rehhagel angkuh mengangkat trofi DM 1997/1998
FCK juga dikenali dengan nama manja Rote Teufel von Deutschland (Red Devil of Germany). Rival utama kelab ini adalah Werder Bremen dan Bayern Munich sendiri. Musim ini lah muncul bakat baru seperti Michael Ballack dan pemain veteran Olaf Marschall yang menjadi top scorer untuk FCK musim tersebut. Pencapaian terbaik di pentas Eropah iaitu di suku akhir UCL tersingkir selepas dibelasah Bayern Munich tanpa belas kasihan 6-0 secara aggregat musim 1998/99 yang masih menyimpan dendam kesumat dekat FCK.

Macam biasa lah, lepas masyhur mesti akan jatuh tersembam ke bumi seperti The Red Giants di Malaysia. Akibat dari pengurusan kelab yang bangang, masalah kewangan yang teruk dan hutang yang banyak, perpindahan ramai pemain utama, kelab ni terumbang-ambing dan mengalami penurunan prestasi bermula pada tahun 2002 dan konsisten terus menjadi bangang dan kemudian terelegasi sekali lagi pada tahun 2006 dan kekal di divisyen 2 selama 4 tahun.

Tenggelam dengan reputasi hebat Bayern Munich, Bayer Leverkusen, Schalke 04 dan Borrusia Dortmund, FC Kaiserslautern sekarang tidak ubah seperti pasukan Melaka di Malaysia. Terumbang ambing dan tiada hala tuju yang realistik untuk kembali menjadi pencabar utama Bundesliga macam dulu. Sejarah tidak mungkin berulang lagi untuk The Red Devils Jerman ni.

Kalau ikut teori moden bola sepak sekarang pun, mustahil ada lagi kelab bola sepak boleh buat macam FC Kaiserslautern. Kalau bajet kurang, pemain pun tidak sehebat mana, dapat kekal terus main dekat liga utama musim-musim berikutnya sebenarnya sudah cukup baik. 
2

BELASUNGKAWA 56 TAHUN-HERO TIDAK DIDENDANG

Unknown
Terlebih dahulu, untuk pengetahuan, artikel ini ditulis oleh saudara Yusof Mohamed Salleh yang sudi berkongsi artikelnya di Sokernet.

---------------------



Para peminat bola sepak tentunya tahu tentang "Tragedi Munich" yang mengorbankan 23 nyawa daripada 44 penumpang BEA Penerbangan 609. Tragedi melibatkan para pemain Manchester United yang lebih popular dengan nama jolokan "The Busby Babes" pada ketika itu berlaku pada tanggal 6 Februari 1958 di mana kapal terbang yang membawa para pemain, penyokong dan pegawai pasukan terhempas ketika hendak berlepas. Akan tetapi, tahukah anda, tentang tragedi tempatan yang berlaku kurang setahun daripada peristiwa itu?

Hari Jumaat, 2 Ogos 1957 menemukan dua pasukan utara tanah air dalam pertembungan Malaya Cup zon A. Pasukan Perak berangkat ke negeri Perlis dengan menaiki beberapa buah kereta bersama sama pemain dan pegawai pasukan dengan misi membawa kemenangan ke Ipoh tanpa mengetahui malapetaka yang akan mereka tempuhi. Sejurus selepas perlawanan tamat, skuad Perak memulakan perjalanan pulang dari Kangar dengan kereta yang mereka naiki tadi. Malang tidak berbau, kenderaan yang dinaiki enam orang pemain, Yip Wan Thoong, Wan Tai Thoong, Ng Pooi Wah, Chan Peng Lum, Ahmad Daniel dan kapten pasukan Lee Sai Chong, seorang pegawai kastam berumur 30 tahun mengalami kemalangan di Bagan Serai yang mengakibatkan kematian Yip Wan Thoong, Wan Tai Thoong dan Ng Pooi Wah pada hari Isnin, 5 Ogos 1957 di Hospital Taiping manakala tiga lagi cedera parah.

Situasi sebegini biasanya akan mengakibatkan sesebuah pasukan lumpuh, akibat hilangnya pemain pemain utama tetapi tidak bagi sebuah pasukan yang penuh dengan warna warni- Perak FA. Tepat dua bulan selepas pemergian Ng Pooi Wah iaitu pada 5 Oktober 1957, Perak mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Malaya Cup dengan membenam pasukan Kelantan 6-1 di Padang Dewan Perhimpunan Cina di Ipoh. Ketika itu pasukan Perak hanya turun dengan seorang pemain berbangsa Melayu manakala Kelantan pula hanya seorang sahaja bukan Melayu. Wong Kong Leong, pemain sayap kiri berusia 20 tahun menjadi hero Perak pada perlawanan tersebut apabila menyumbat hatrik (13', 60', 70') dan mencipta ketiga tiga ruang bagi Ramadass Rao (18',75') dan Loh Kam Fook (46'). Pada ketika itu 7 daripada 11 pemain utama Perak adalah berbangsa Cina, membuktikan penguasaan Perak Chinese Recreation Club yang ditubuhkan seawal 1913 oleh Dr KT Khong dan Chung Thye Pin, Kapitan China terakhir Perak dan Malaya yang juga merupakan anak kepada pemimpin kumpulan Hai San dalam sukan bola sepak di negeri ini. Mungkin pemilihan tersebut berdasarkan merit Kelab PCRC yang memenangi Liga Ipoh pada tahun sebelumnya. Ironinya, hanya seorang saja pemain berbangsa Cina yang bermain dalam skuad liga super dan Piala Presiden Perak kini, itupun kedua duanya datang dari luar negeri. Begitu juga dengan kelab yang ditubuhkan 9 Jun 1906, Kinta Indian Association (KIA) yang dahulunya melahirkan pemain berkualiti seperti Nanthakumar Kaliappan dan mungkin juga Ramadass Rao perlu lebih proaktif dalam melahirkan bakat bakat baru di dalam negeri. Skuad Perak telah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia lama sebelum pengenalannya oleh Perdana Menteri.

Dalam perlawanan Malaya Cup 1957 di Stadium Merdeka, Perak berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga sekaligus bergelar pasukan pertama memenangi Piala Malaya selepas era kemerdekaan negara setelah menundukkan pasukan Selangor 3-2. Pemain muda berusia 18 tahun, Ramadass Rao menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut sebelum kedudukan disamakan menjadi 2-2 oleh pemain Selangor. Pemain terbaik perlawanan sebelum ini, Wong Kong Leong membuktikan bisanya apabila meledak gol kemenangan bagi membolehkan Perak menjulang Piala yang paling lama dipertandingkan di benua Asia ini.

Di tarikh yang sama dan hari yang sama dengan tragedi ini, #050857-ISNIN, setulus ingatan bagi mereka yang terkorban dalam kemalangan 56 tahun lepas dan tidak lupa juga bagi hero hero yang berjuang untuk kemenangan pasukan.

Terima kasih National Library Singapore yang membekalkan info untuk tulisan ini, buku IPOH: When Tin Was King oleh Tak Ming Ho dan juga hasil kajian Refugee Review Tribunal Australia. Gambar ehsan HangPC Dua Malaya di google.


4

SERIE A 2013/2014 PREVIEW : THE ITALIAN JOB

zaileefd2 Ahad, Ogos 04, 2013

Serie A ni sebenarnya aku malas dah nak sembang sebenarnya. Nanti ada yang kata sembang pasal Serie A ni sama la dengan kita sembang kegemilangan Liverpool, Real Madrid, mahupun Selangor. Pesen kaki sejarah. Mana taknya, cerita baru pasal kelab Serie A ni pasal kegagalan aje. AC Milan kena balas 4 gol dengan  Barcelona dan Juventus yang digelar Pahang Itali pulak senak disontot Bayern Munich di pentas Eropah. The Don of European Football kepala bana dia. Namun, atas semangat kecintaan tiada tara ke atas “the beautiful game” ni, aku hadap jugak la. Kita mulakan dengan sedikit perkembangan terkini Serie A. Liga Division 1 Itali yang pernah masyhur dan kurang digilai glory hunter ni berada di kedudukan keempat iaitu bawah La Liga, Liga Perdana Inggeris, dan Eredivisie. Ini bermakna hanya tiga pasukan sahaja dibenarkan untuk bermain di Liga Juara-juara Eropah pada musim 2014/2015.

Itu sudah cukup angkuh untuk mengekang kelab-kelab dari Jerman meluaskan pengaruhnya di benua Eropah. Musim depan yang akan bermula pada 25 Ogos ini dijangka akan berlaku lagi kerancakan seperti mana musim lepas yang menyaksikan Juventus memenangi Piala Liga dengan cukup bergaya. Di kaca mata aku, kelab-kelab Serie A telah melaksanakan alternatif dengan membeli dan menjual pemain bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali. Pemain bebal dijual dan pemain genius diambil menyertai pasukan. Kira macam aku diajak menyertai Sokernet la ni. Atas alasan genius barangkali.


JUVENTUS

Juventus dengan cukup bongkak mengukuhkan cengkaman di Serie A dengan kemasukan pemain berkaliber, power, dan berkarekter iaitu Carlos Teves di bahagian serangan. Kekuatan ini ditambah pula dengan perpindahan percuma Fernando Llorente. Walaupun kita tahu Llorente semasa di Athletic Bilbao kerap semput, cepat pancut, dan off-form, dia masih boleh menjadi penguat jentera serangan. Juventus memiliki stok penyerang yang ramai seperti Sebastian Giovinco, Mirko Vucinic, Alessandro Matri, dan Fabio Quagliarella. Penggiliran pemain mungkin akan memberikan Llorente ruang untuk rehat dan mengekalkan form sepanjang musim. Aku sangat berharap mereka mengulangi “Unbeatable Season” dan tidak lagi bertindak dungu dengan skandal mengatur perlawanan hingga diterajang ke Serie B.


NAPOLI

Napoli telah menjual mesin gol, Edinson Cavani lantas menggunakan hasil jualan dan kini memiliki skuad serba baru bersama pengurus yang boleh kira tebal la jugak telinga iaitu Rafa Benitez. Dia ni aku cukup respek. Duk Liverpool, tak menang piala liga tapi buat selamba je kena maki ngan The Kop. Masuk Chelsea pulak tiap-tiap game kena cerca dengan Blues Brother. Haru, haru. Namun, dia berjaya menempatkan Chelsea di kedudukan 4 terbaik liga dan membolehkan Chelsea menjulang Piala Liga Europa. Chelsea yang macam tu punya barai dia boleh bawak apa lagi Napoli yang dah sedia kemas dan tegap. Di bawah pengurusannya, dia berjaya membawa masuk dua pemain Real Madrid iaitu Jose Callejon dan yang terbaru Gonzalo Higuain. Hanya berbekalkan senyuman redup dan ayat power, dia berjaya merembat Higuain dari Arsenal yang bukan main beria nak beli. Ahhh.. Ingat Arsenal heran ke?

Bagaimanapun, Callejon ni kita semua tahu jarang diturunkan di Real Madrid akibat tahap yang lebih rendah berbanding bintang-bintang di sekelilingnya. Maka akan timbul soal pengalaman di situ. Higuan pula sukar untuk mengawal mental. Aku masih ingat lagi pada musim 2009/2010, Real Madrid jatuh ke tangga kedua dan diterajang dari kejohanan Liga Juara-juara di pusingan ke-16 akibat kebangangan dia. Peluang bukan main banyak depan gol, tapi senang-senang disia-siakan. Bangang kan? Namun, dengan kematangan yang lebih agresif, mungkin ada ruang untuk membaiki kelemahan itu. Kemasukan Raul Albiol juga menguatkan skuad Napoli untuk mengulangi kemampuan mereka menamatkan saingan di tangga kedua musim lepas. Ikhlas aku cakap Napoli berada dalam radar pemerhatian aku pada musim depan.


AC MILAN

Tidak lengkap kalau cerita pasal Serie A tanpa menyebut nama jaguh Liga Juara-juara Eropah tujuh kali, AC Milan. Pasukan dari kota Milan ini yang kini dibarisi pemain yang kelihatan bodoh-bodoh alang tetapi menjadi mimpi ngeri pertahan dan penjaga gawang kelab lawan iaitu Mario Balloteli dilihat mahu mengembalikan kegemilangannya di Itali. Di samping Ballotelli, pemain muda El Shaarawy juga akan memberikan impak besar kepada pasukan. Tanpa membuat perpindahan pemain dengan segalak Napoli, AC Milan bagaikan sudah yakin dengan kekuatan sedia ada. Mungkin akan ada kejutan memandangkan pintu perpindahan masih terbuka. Biasanya pemain lagenda akan berpindah ke kelab ini sebelum bersara. Lihat Beckham, Ronaldo, atau Ronaldinho. Semua pemain mengimpikan untuk bermain di San Siro walau semusim dalam karier profesional masing-masing. Sama-sama kita nantikan.


FIORENTINA

Berita terbesar tentang perkembangan di Serie A tentunya pada kem Fiorentina. Selepas bermusim lamanya menamatkan kedudukan di pertengahan liga, pasukan ini menamatkan saingan liga di kedudukan keempat. Sayang sekali taraf  Serie A dah turun. Jadi mereka perlu melepasi peringkat kalah mati Liga Europa untuk ke Liga Juara-juara. Dengan pasukan yang sudah sedia memberangsangkan, kemasukan Josip Illicicand dan penyerang prolifik dari Bayern Munich, Mario Gomez, nafsu yang membuak-buak Fiorentina untuk turut sama dalam Liga Juara-juara Eropah.Meskipun Mario Gomez menghabiskan masa lapangnya di Bayern Munich sekadar penghias bangku simpanan di Bayern Munich akibat kecederaan, dia akan sembuh dan bersedia untuk diturunkan lantas mengejutkan peminat Serie A. Turut menyertai jentera pasukan ialah Giuseppe Rossi, pemain muda Josip Illicic, dan pemain tengah berpengalaman dari Malaga, Joaquin. Rekrut-rekrut baru ini akan lebih berkemampuan berbanding gandingan Stevan Jovetic bersama Viola pada musim lepas.
**********

Mana Inter Milan? Inter Milan jaguh Liga Juara-juara tahu. Ya, aku tahu tetapi dengan prestasi semasa, aku tak rasa mereka kompetetif seperti dulu. Jutawan Indonesia pun nak beli. Sampai macam tu sekali dia punya senak nak bersaing. Javier Zanetti pun tak larat dah nak main macam dulu.

Mana AS Roma? Totti power tahu. Dia boleh score pakai pinggang aje. Ya, aku tahu jugak. Tapi prestasi terkini kelab ini yang huru-hara dengan kisah keganasan penyokong, skandal judi, dan banyak lagi bala bencana, aku tak rasa kisah lalu bakal berulang. Yang aku paling ingat pasal AS Roma ini pun masa ditoron sehingga lunyai oleh setan merah si Manchester United 7-1 pada Liga Juara-juara 2006/2007 dahulu aje.

Jadi, jawapan paling wajar ialah dua-dua pasukan tu eloklah disandarkan pada kenangan…....


PREDIKSEN BERAT SEBELAH 4 KEDUDUKAN TERATAS SERIE A 2013/2014

1) Juventus
2) Napoli
3) AC Milan
4) Fiorentina
1

Ada apa dengan empat?

racYnc Jumaat, Ogos 02, 2013


Suatu ketika negara pernah digegarkan dengan berita Copot 'score' empat:

Copot 'score' empat.


Kemudian, dunia digegarkan pula dengan berita Lewandowski score empat:

Lewandowski pun score empat.


Secara tiba tiba, di kala umat melayu nusantara tengah sibuk membazir shopping raya, alam semesta pula digegarkan dengan berita score empat. Aneh. Namun lepas baca ENTRI Zailee barulah gua paham serba sedikit.

Bertabahlah!!

8

Namamu Merah - Red Warrior Against Red Giant : Pra Piala Malaysia


Sementara itu di Stadium Shah Alam, skuad Kelantan tanpa dibarisi pemain-pemain bintang tenang menyontot pasukan tuan rumah dengan jaringan sebanyak 4 gol. Prestasi yang ditunjukkan anak-anak buah Bojan Hodak ini secara berterus-terang tanpa selindung memberikan bayangan bahawa Kelantan sebagai finalis menunggu adalah relevan. Dalam perlawanan ini kelibat Fakri, Azizi, Shakir, Khairul ‘Apex’ Fahmi, dan Farhan tidak kelihatan kerana dipaksa menanggung beban cemuhan dan makian peminat akibat kebangangan Rajagopal di Jepun beberapa hari ini. Itu isu lain.

Jadi, Sebagai langkah mengelirukan pihak lawan, Bojan memilih untuk menurunkan pemain muda dari skuad Piala Presiden. Ini penting dalam membentuk bakat baru demi meneruskan agenda Kelantan membanakan pasukan lain seperti senior-senior mereka. Disebabkan ini hanyalah perlawanan persahabatan dan menghormati Dany Armando selaku penyokong kem Selangor aku ringkaskan sahaja perjalanan perlawanan. Penghormatan ini juga disampaikan melalui tindakan Bojan yang tidak menurunkan Captain Marvel, Piya.

Gol pertama diperolehi seawal minit ke-25 dari tendangan sambil lewa pemain import Kelantan iaitu Dickson Nwakame. Keputusan satu kosong masih belum mampu membangkitkan pemain Selangor yang masih lagi meracau dirasuk saka Misi 33. Menyedari keadaan itu Haris Safwan menjaringkan gol kedua lantas menjarakkan jurang antara dua pasukan dan secara simboliknya memberitahu “there is only one red in Malaysia”. Cilake serupa Manchester United dah. Perlawanan rehat berhenti rehat setelah 45 minit perlawanan.

Masuk separuh masa kedua, Irfan Bakti telah berjaya menyedarkan pemain-pemain Selangor yang enak dibuai saka Misi 33. Mereka tampil dengan lebih garang. Lebih bengis berbanding tadi berdasarkan kerutan dahi yang jelas kelihatan. Namun demikian, pemain berkaliber, Indra Putra Mahyudin memadamkan semangat itu semua hanya selepas 4 minit perlawanan dimulakan. Spoil betul. Baru nak rasa sedikit cabaran. Pemain Selangor monyok kembali. Ultras Selangor dikhabarkan menyanyi lagu raya akibat kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan pasukan sokongan mereka. Ini bukan aku reka. Ini real.

Sebagai mana Bayern Munich meninggalkan episod duka pada Barcelona, begitu lah juga Kelantan melengkapkan kemenangan bergaya ini. Jaringan keempat ialah jaringan luar jangkauan akal manusia biasa. Hal ini adalah demikian kerana Faiz Subri sentiasa menjadi bahan makian dan cemuhan aku akibat kawalan bola secara bangang dan hantaran yang tidak sistematik. Bila menentang Selangor, power pulak dia ni. Timbul persoalan adakah prestasi Faiz meningkat atau Selangor dah mula putus asa ni? Bagai memerah asam di tempat luka, Faiz Subri menjaringkan gol keempat pada minit ke-51. Baki masa perlawanan dihabiskan dengan bermain ayam-ayam dan sembang sesama sendiri. Ini juga sebagai tanda menghormati pasukan tuan rumah. Keadaan itu berterusan hinggalah ke wisel penamat.

Rumusannya, perlawanan ini jelas menunjukkan bahawa tugas berhadapan dengan pasukan Selangor bukanlah satu tugas yang sukar. Nyatalah pasukan Selangor itu Liverpool jika di Liga Perdana Inggeris kerana sangat handal berbahas sejarah.  Zikir “This Season Is Our Season” di England dimanifestasikan sebagai “Misi 33, Misi 33, Misi 33” pula di Malaysia.

**********

FULL M4TCH RESULT PR4 PI4L4 M4L4YSI4
SEL4NGOR 0 - KEL4NT4N 4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...