ARKIB SOKERNET

21

Peristiwa Besar Liga Perdana Inggeris Sepanjang 2013

Imbas peristiwa-peristiwa besar dalam Liga Inggeris sepanjang 2013.

1. Persaraan Sir Alex Ferguson
Ramai yang suka dia. Tak kurang yang membenci. Namun, suka atau tidak, kita semua perlu mengakui bahawa insan ini yang menjadikan Liga Perdana Inggeris sangat menarik tidak seperti yang kita lihat hari ini. Penuh dengan kejutan, drama, dan keangkuhan sebenar. Dah habis jadi manager, buat kecoh lagi dengan Roy Keane dan individu-individu lain melalui buku autobiografinya. Itu yang membezakan Sir Alex dengan manager lain. Ada telur!

Fergie at his best


2. Manchester United menang liga buat kali ke-20
Ini pencapaian yang pastinya hanya boleh dipecahkan oleh Arsenal. Bermula musim ini. Ya. Itu pasti.

Pasukan mid table musim ni sedap bergelak ketawa

3. Gareth Bale pemain termahal dunia tinggalkan Liga Perdana Inggeris
Ini salah satu tarikan di EPL 2013. Kesan dia kepada Tottenham amatlah besar. AVB bawak dia naik. Bale jadi power. Jual Bale pada harga £100. Dua tiga hari lepas AVB kena pecat.

Akulah Ronaldo 2.0

4. Chelsea dan kuasa wang.
Dua individu yang hebat memegang jawatan pengurus di Chelsea dalam tahun yang sama. Benci boleh jadi sayang. Lawan boleh jadi kawan. Inilah kuasa duit!

Poket dah tebal. Tunjuk muka dekat bebudak The Blues pun tak jadi hal.

5. Kegembiraan seluruh warga dunia kecuali peminat Manchester United
Moyes hadir sebagai pengganti Sir Alex Ferguson. In Moyes We Trust. He is The Chosen One! Kini semua orang sayangkan Ferguson kerana telah memilih Moyes. Thank you Sir. Rooney tak jadi lari. Bawak masuk Fellaini. Ahh banyak lagi la. Belum masuk part rekod lebur di Old Trafford lagi tu.

"Ko jahanamkan terus. Jangan tinggal sisa", bisik Alex pada Moyes. Giggs buat-buat mandom.

6. Kebangkitan Arsenal
Arsenal juga termasuk dalam senarai peristiwa besar pasal tahun ini tahun kebangkitan. Ini biasa yang orang cakap. "Awal season biasalah. Lepas January transfer habis jahanam." Aku tak nak cakap banyak sini. Jangkaan aku dah tulis masa pra musim lagi. Ozil masuk. Ramsey on-form. Kekalahan ke atas Manchester City itu hari ialah kekalahan terakhir mereka. Jadi, tunggu dan lihat okey. Calm your tits bebeh!

Pasangan berkaliber dan berkarekter dalam menuju kejuaraan. 
7. Suarez
Gigit Ivanovic. Kena gantung 10 perlawanan. Habis kena gantung, masuk main balik dan jadi sangat ganas untuk meletakkan diri sebagai penjaring terbanyak musim ini. Sedang dalam pertimbangan untuk ke Real Madrid. Main kat Liverpool tak boleh main Liga Juara-juara.

Nyumm nyum nyumm

8. Ulangtahun penubuhan FA ke-150 tahun
150 tahun FA Egland ialah masa yang sangat lama. Generasi kita hanya menonton mereka semasa era kemajuan. 150 tahun dahulu mereka sama macam kita. Barai. Belajarlah sesuatu.

Lama betul

9. Greg Dyke jadi pengerusi FA baru.
Pengerusi baru nak adjust jumlah player yang betul-betul layak main. Lepas tu target nak menang Piala Dunia. England dah tukar. Kita bila lagi?

Ditekan peminat bolasepak tentang prestasi pasukan kebangsaan England di kejohanan Piala Dunia


10. Kuasa duit ni Chelsea dengan Manchester City aje percaya
Wigan menang Piala FA lawan Manchester City. Lepas tu relegate ke divisyen 2. Pantang maut sebelum ajal.

Lu ada duit, gua ada peminat sejati.

11. Swansea menang bergaya di Piala Liga
Kelab biasa-biasa. Trofi ini ialah trofi utama jugak. Tahniah untuk Swansea. Peminat anda di Malaysia tidak ramai tapi anda hebat.

Kah kah kah!!!


12. Chelsea sebagai wakil kelab Inggeris menang piala di pentas Eropah.
Wenger cakap ini piala kelas kedua. Rafa cakap baik ada dari takde. Aku cakap darjat Arsenal terlalu tinggi untuk piala sebegini.

Hiyargghhhh!!!

13. Teknologi garisan gol
Liga Perdana Inggeris menjadi liga pertama di dunia yang menggunakan teknologi garisan gol. Keeper Manchester United dah tak boleh kencing pengadil serupa dulu-dulu.

Teknologi dibangunkan oleh Hawk-Eye


Kesimpulannya, tahun 2013 ada banyak peristiwa besar dalam liga. Ada yang bagus. Ada yang tak bagus. Kalau ada yang aku terlepas pandang, senaraikanlah sendiri. Itu gunanya ruang komen.

Ralat : 150 Tahun FA hari tu aku silap tulis 150 EPL. Anda mungkin sudah maklum berdasarkan gambar yang saya sertakan. Terima kasih untuk teguran.
17

Super Suarez

pakkordi Isnin, Disember 16, 2013

KAH KAH KAH !!
21

Rajagopal dan Kita

zaileefd2 Isnin, Disember 02, 2013 , ,



Undian untuk Piala Dunia 2014 ialah 6 Disember nanti. Malaysia tidak tersenarai. K. Rajagopal dah habis kontrak. Tukar jurulatih lain lepas ni rasanya keadaan tetap sama. Itu isu yang sudah lama dihuraikan Sokernet jadi tak perlulah aku hurai kembali.

Aku nak cakap pasal K. Rajagopal ni. Manusia ni kita selalu maki dia, selalu kutuk dia. Hina dia, cerca dia, cela dia, edit gambar dia, dan banyak lagi sebab nak tunjuk betapa kita tak suka dia. Manusia ni sebenarnya dah ajar kau satu benda sebenarnya. Nak tak nak kau kena mengaku kau sebenarnya glory hunter aje. Si Rajagopal ni la yang tunjuk perangai buruk kau tu.

Aku masih ingat masa Malaysia kena tapau dengan China di kejohanan Piala Asia dulu. Mana kau? Lepas Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010 barulah kau nak peduli pasal bola Malaysia. Masa Malaysia belum menang pun kau dah mula meng'elehhhh'kan aje skuad Rajagopal. Aku tahu ni. Kau tak payah nak sorok.

Kau tukar wallpaper laptop Harimau Malaya, kau lupa misi nak gugurkan Presiden, kau dah boleh bawak makwe ke stadium, dan banyak lagi sebab si Rajagopal ni. Aku senada dengan Lucius Maximus bahawa budaya atau roh bolasepak sebenar tidak ada pun di Malaysia ni. Roh bolasepak hanya ada bila Malaysia menang.

Jadi, tanpa berkata lebih panjang, aku nak ucap terima kasih pada K. Rajagopal sebab tunjuk siapa kita yang sebenar-benarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...