ARKIB SOKERNET

21

Rasuk V

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Selasa, April 29, 2014
Steven Gerrard


Prolog:

"Tap tap tap."

Derap tapak kaki Ramli membelah kesunyian malam. Dia melangkah sambil menundukkan muka memandang lantai. Dahi Ramli berkerut. Lenggok tangannya yang kemas teratur kemudian dimasukkan ke dalam poket sweater dalam keadaan berdarah.

***

Epilog:

Ramli sudah bebas. Dia sudah menjalani hukuman penjaranya dengan penuh taat. Walaupun terdapat sedikit kesulitan pada waktu awalnya di penjara bersama Zailee, dia akhirnya berjaya juga menghabiskan hukuman dengan tenang selepas membenam Zailee ke dalam tanah. 

Di tahun-tahun terakhirnya Ramli menjadi seorang yang begitu ceria sekali. Masakan tidak, pasukan pujaannya Liverpool bakal ditabalkan sebagai juara sekiranya menghabiskan baki perlawanan dengan kemenangan. Kemarau selama 24 tahun membuatkan Ramli jadi teruja. Sekarang ini sudah 11 kali berturut-turut Liverpool membuatkan Ramli tersenyum ceria. Paling dia gembira bilamana pasukannya meraih kemenangan bertemu dengan juara bertahan yang juga juara 20 kali liga perdana Inggeris. Ramli menjadi seorang yang periang. 

Tapi keriangan itu sedikit tercela apabila Ramli melihat angka 20. Sakit hati dia apabila ternampak atau terdengar nombor 20.  Pernah sekali di dalam kelas masakan, guru Ramli menyuruh Ramli ketuk ketampi sebanyak 20 kali kerana menumis bawang menggunakan petrol, habis dihentaknya kepala guru itu ke meja sebanyak 20 kali. 

"Kau suruh aku ketuk ketampi 100 kali pun takpe, aku boleh buat! Tapi bukan 20!"

Kata Ramli dengan tegas sambil mencucuk pusat gurunya itu dengan sudip.


Guru masakan itu terus bersara dan menjadi penjinak haiwan pula selepas kejadian itu. Ramli makin dihormati dipenjara selepas itu. Warden penjara sudah tak berani kacau Ramli. Kalau ada yang berani pun hanya sekadar meminta Ramli memainkan lagu twinkle little star sebelum tidur. Hidup Ramli dihabiskan dengan membaca surat khabar. Muka belakang surat khabar selalu menceriakan dirinya. Kisah Gerrard, Suarez dan Sturridge selalu menjadi tajuk berita kerana kehebatan mereka. Perkara itu membuatkan emosi Ramli stabil seterusnya berkelakuan baik sehinggalah dibebaskan.

Bertepatan dengan hari pembebasan Ramli akan berlangsung pula perlawanan Liverpool menentang Chelsea pada malamnya. Teruja betul Ramli kerana perlawanan itu akan menentukan hidup mati Liverpool untuk mencium piala setelah bermusim-musim mencium kamera tanpa rasa segan.

Pagi yang cerah dan dingin membangkitkan mood Ramli. Dia sudah bersedia. Rambutnya    
disapu gel agar berkilat. Jersi Liverpool buatan siam pemberian seorang warden disarung kemas. Ramli melangkah keluar dari penjara dengan segak. Lagaknya persis seorang saudagar kaya raya yang baru pulang dari berniaga. 

Ramli menahan teksi. Satu teksi berhenti. Ramli melangkah masuk pintu belakang sambil bersandar memejamkan mata.

"Pergi mana dik?" Abang teksi bertanya.

"Saya nak balik rum...... ???!!!" Ramli menjawab separuh lalu terkejut.

Baru dia perasan abang teksi itu memakai Jersi CHAMP20NS pasukan Man Utd.

"Pukimakkk!!!" Ramli menjerit sambil menerajang kerusi pemandu teksi tersebut.

Abang teksi yang terikat pada tali keledar kemudian terpelanting lalu melanggar cermin hadapan teksi sehingga pecah. Abang teksi terseret diatas jalan sejauh 100 meter sebelum dilanggar bas.

Ramli melangkah keluar dari teksi dengan perasaan yang membuak. Dia kemudian menendang teksi itu pula sehingga tercampak dan tersangkut di atas pokok seberang jalan. Ramli puas. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berpura-pura bermain Twitter dalam keadaan tangan menggigil dan terkencing.

***

Ramli keluar ke kedai mamak awal satu jam sebelum perlawanan bermula. Dia mahu dapatkan tempat yang terbaik untuk menonton permainan Liverpool. Ramli memilih meja berhadapan tv bersebelahan dengan sekumpulan makwe Chelsea. Dia yakin. T shirt berwajah Steven Gerrard dipamerkannya kepada makwe Chelsea. Makwe Chelsea di sebelah hanya tersenyum-senyum. 

Perlawanan bermula. Ramli menyedut rokok tenang sambil mata difokuskan ke tv. Liverpool menguasai perlawanan. Gerrard kepada Sturridge kepada Suarez kepada Gerrard semula. Kombinasi tiga serangkai kebanggaan Liverpool bijak menguasai bola. Ramli menjeling makwe Chelsea yang nampak berdebar. Turun naik tetek makwe itu cemas menyaksikan perlawanan yang berat kepada Liverpool. Ramli stim. 

Tiba-tiba, pada penghujung babak pertama, bola dihantar kepada Gerrard yang kemudian tergelincir kerana gagal menahan kemas bola itu. Bola seterusnya dirampas oleh penyerang Chelsea Demba Ba. Ramli jadi cemas. Sudu ditangan digenggam bengkok.

"Babi Gerrard, babi babi babi babi babi!" Ramli mula meracau.

Demba Ba kemudian membawa lari bola itu menuju ke pintu gol dan menolak masuk untuk gol pertama Chelsea.
"Goooooooooooooool!!" Penyokong Chelsea bertempik sorak.

Ramli diam. Tetek makwe Chelsea yang bergoyang laju tidak lagi menjadi perhatiannya. Dia cuba untuk bersabar dan berharap Liverpool akan bangkit untuk separuh masa kedua.

Perlawanan seterusnya dikuasai Liverpool juga dengan serangan yang bertali arus dan laju. Ramli merasakan bakal melihat Gerrard bakal bertindak songsang mencabul 
kamera sebentar lagi. Hantaran-hantaran menarik yang disajikan pemain Liverpool menjadikan penyokong Chelsea resah semula. Tetek makwe Chelsea sebelah menjadi renungan Ramli semula.

Menuju ke hujung perlawanan Liverpool masih gagal menghasilkan gol penyamaan. Ramli resah. Kakinya digetarkan menahan amarah yang mula merasuki minda. Sebolehnya dia cuba untuk menguasai dirinya kali ini. Ramli tak mahu kembali ke penjara akibat tindakan rebel dia. Liverpool terus mencuba. Hantaran lintang dipatahkan dengan mudah oleh barisan pertahanan Chelsea seterusnya menghantar bola kepada Torres, bekas pemain kesayangan Liverpool. Torres kemudian membawa laju bola munuju ke pintu gol Liverpool dan...

"Gooooooooooooooooooooooooollllllll!!!!!" Makwe Chelsea meja sebelah menjerit dan menari-nari diatas meja.

Ramli berdesing. Matanya kelihatan putih. Ramli kemudian melompat keatas meja dan menerkam makwe Chelsea. Sasarannya tepat ke tetek makwe itu lalu diramas penuh geram sehingga hancur. Makwe Chelsea mati serta merta. Tindakan Ramli terlalu pantas. Orang ramai tergamam lalu bertempiaran lari. Mamak kedai yang sedang mengutip duit dari pelanggan juga bertaburan. Ramli kemudian berlari keluar menuju ke satu arah...
  

19

Benda Basic

zaileefd2 Isnin, April 28, 2014
Bangang tiada tara


Aku bukak twitter nak tengok makwe denyut dan terbaca tweet ini dari ateras. Barangkali mereka kecewa dengan sambutan dingin ke atas perlawanan Filipina menentang Malaysia. Yela, main jauh depa tak boleh pergi sama. Dah tak boleh bakar flare, perkecilkan minat orang ajelah kan. Lepas tu guna sentimen patriotisme untuk kasi kukuh sikit statement sendiri yang bangang. Dah habis power la tu taruk hashtag #SupportLocalFootball lepas kritik sikap peminat EPL di Malaysia. Meh aku nak tanya;

Adakah aku kena jadi orang London dulu untuk berbual ghairah tentang Arsenal?
Adakah aku kena jadi orang Merseyside dulu untuk membahan Manchester United?
Disebabkan aku orang Malaysia, adakah aku kena lebih fokus kepada Safie Sali yang mewakili Malaysia?
Disebabkan aku orang Malaysia, adakah aku kena lebihkan pasukan bola negara aku yang terumbang ambing ni?

Kepala takuk dia. Orang minat bolasepak. Bukan minat pasukan. Bebalnya jelas nampak tahu bila cakap "bersungguh sokong EPL macam la dia beranak kat London."

Orang Malaysia tak tengok Liga Monyet ni sebab bolasepak tempatan ni tak sedap. Terima aje lah. Kenapa susah nak jujur pada diri sendiri? Ya, Sokernet pun ada tengok Liga Monyet sekali sekala. Tapi macam ko pergi zoo, ko mesti nak tengok sugar glider. Takkan nak tengok punai kan? Begitu juga dengan pengulas Sokernet yang sekali sekala meluangkan masa untuk tengok Liga Monyet. 

Sini la aku tanya engko lagi satu ateras-ateras semua yang katanya patriotik. Engko tengok tv? Engko kenal Ryujin Juwara? Kau pilih mana antara Ryujin Juwara dengan Batman? Kalau engko pilih Batman, starlite la dahi sendiri. Patriotik celaka apa kalau pilih Batman jugak.

Habis yang itu, ini lagi satu ultras bangang tak faham fundamental bolasepak. Suku-sakat ni bangang sepesen.

Bangang tanpa penghujung

Tiga minggu Liga Super rehat tetapi yang disibukkan mereka ialah tak boleh main flare, tak boleh chant, tak boleh terkinja-kinja, tak ada tifo. Fakoff. Orang sibuk dengan prestasi Kelantan yang dah macam Kedah, depa boleh pulak pikir benda-benda picisan macam ni. Akal mana akal?

*****
Point dia senang aje, ketiadaan semangat sukan. Kefahaman dan roh bolasepak jelas tak ada dalam diri ultras-ultras. Menyokong atas sentimen patriotisme dan bukannya atas sentimen rasa cinta yang mendalam ke atas sukan ini. Sebagai penyokong bolasepak yang selalu memerhati, khalayak yang sokongannya macam ni biasanya makwe-makwe belen yang status Facebooknya berbunyi "ittew sokong tak kira apew ponk jadi. Selamanyerrr Harimau Malaya." Dah tu apa beza ultras dengan makwe-makwe belen kalau macam ni la sebab utama ke stadium? Makwe belen pun takat gigit kuku aje bila Safee Sali tak score penalti. Takde maki-maki marah. Ultras lagi la tak marah.

Malas cakap lagi panjang. Bukan deme paham. Kesimpulannya, jangan perkecilkan minat orang. Kita semua ada motif masing-masing dalam memilih pasukan kegemaran. Yang pasal gaduh-gaduh membahan tu biasalah. Kau fan Chelsea, kau fan Liverpool, kau Manchester United, aku Arsenal. Kita semua berbeza tapi jangan lupa bahawa kita minat satu perkara yang sama iaitu bolasepak. Biarlah kita bersatu atas dasar minat bolasepak dan membahan sekali sekala atas dasar mempertahankan pasukan.
21

Thank You Gerrard

Jorji
Aku tak tahu yang mana lebih menggelikan hati;

i) Melihat Gerrard tersungkur dan menggaru kepala, atau
ii)Melihat Liverpool kalah dan di malukan dengan team B Chelsea.

Dan semua itu berlaku di saat penyokong liverpool angkuh, walau belum ada sebutir piala liga perdana pun dalam sejarah mereka.

Aku nak semua penyokong Manchester United faham, tau dan berani dalam menentang keangkuhan Liverpool dan gigi Suarez. Adalah tidak menjadi kesalahan langsung kepada semua penyokong United untuk turut sama pasukan lain atau apa saja perkara lain asalkan ianya berseteru dengan Liverpool.

Kita boleh berganding bahu dengan Manchester City, apatah lagi Chelsea atau apa saja, asalkan kita dapat kegembiraan ini. Ingat! biar di tempat ke 7 dan tak layak ke eropah, asal bukan Liverpool yang menjadi juara liga.

Biarlah mereka ke eropah sebagai top 4, dan bukan juara, kerana setakat wakil England ke eropah sebagai top 4, Arsenal tiap tahun buat! Habuk pun tarak!

*Gelak jap.

Ok. Sementara itu, Abang Giggs kita entah apa yang di katanya kepada pemain United hinggakan bagai nak gila mereka menyerang walau masa tinggal seminit dan telah pun mendahului dengan 4 gol tanpa balas.

Itulah United sebenar.

Fucking slip,eh?

15

Thank You Moyes

Jorji Selasa, April 22, 2014
Aku tak tahu yang mana lebih menyakitkan hati;

i) Melihat Moyes dan Manchester United merudum, atau
ii) Melihat Liverpool semakin hampir menjadi juara liga setelah 24 tahun.

Dan semua ini berlaku serentak dalam musim yang sama. 

Moyes dah pun keluar dan Manchester United kekal di pertengahan liga. Itu adalah sesuatu yang telah pasti. Apa berlaku seterusnya masih lagi dalam 'spekulasi'. Sakit hati sedikit terubat, atau telan saja.

Buat masa sekarang, semua penyokong Manchester United, baik yang asli atau plastik, dalam gua atau selesa di sofa rumah, mari kita rapatkan barisan dan sama- sama berdoa supaya kelab yang akan menjuarai liga Perdana Inggeris musim ini adalah Manchester City.

Itu saja yang mampu kita lakukan sehinggalah musim akan datang bersama pengurus baru.

Terima kasih Moyes. 
Apa yang Fergie buat bukan sesuatu yang lucu,Moyes. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...